Showing posts with label amal. Show all posts
Showing posts with label amal. Show all posts

Nov 26, 2011

Awal muharam

alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan, untuk menambah dan memperbaiki amalan. mudah2an kita sama2 memperoleh rahmat dan keredhaan dariNya.

Membaca doa akhir tahun –   Selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).

Membaca doa awal tahun -     Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).

Disunatkan berpuasa pada 1 – 10 Muharram.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram


  1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram. Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
  2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
  3. Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.
  4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
  5. Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
  6. Menziarahi rumah orang alim.
  7. Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
  8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
  9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
  10. Menziarahi kaum keluarga
  11. Mengerat kuku
  12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.
  13. Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu
  14. Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
  15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
  16. Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali


info: info:

Nov 8, 2011

ibadah qurban

salam aidiladha buat semua
alhamdulillah syukur nikmat atas tiap2 rezeki pemberian Allah
tahun ni buat ibadah kurban di kedua-dua belah keluarga
 
kebetulan pula. suasana pagi tu
hening je
lepas solat hari raya dan takbir

semua dah berkumpul untuk membantu

err kita skip gambar yang penting.
masa ni tuan muda dah tak selesa nak join
nak tidur pulak

bila keluar semula dah selesai
tinggal sesi pembahagian

alhamdulillah sekali lagi

semoga diterima

Firman Allah subhanahu wata‘ala: { فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya: “Maka kerjakanlah sembahyang kerana 
Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)” 
(Surah Al-Kauthar 108:2) 

Nov 4, 2011

salam aidiladha

Alhamdulillah, tak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidiladha. 
semoga kita dapat menambah amalan dan diredhai olehNya

  1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah bagi yang berkemampuan.
  2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya.
  3. Takbir dan berzikir
  4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.
  5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat
  6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu.
  7. Disyari’atkan amalan korban pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
  8. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
Info sharing : kelebihan zulhijjah

Sep 10, 2011

selesai

alhamdulillah..
 
dah selesai ganti untuk tahun ni..
 
boleh sambung beraya..;)

Aug 29, 2011

takbir mulia

terbenam suria petang ini,
cahaya syawal menjelma,
bersambut alunan takbir,
menyeru kebesaran Illahi..
alhamdulillah syukur

disunatkan membaca takbir di luar solat, 
pada Hari Raya Aidilfitri,
dimulai dari terbenamnya matahari akhir ramadan 
hingga imam berdiri untuk mengerjakan solat hari raya.
Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri 
adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Rakaat pertama : takbir 7kali selepas takbiratul ihram 
dan doa iftitah kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua: takbir 5 kali dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.

Aug 20, 2011

lailatul qadar: anugerah ramadhan

malam-malam akhir ramadhan,
lailatul qadar
Keutamaannya sangat besar, 
malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim 
yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya 
ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke darjat yang mulia dan abadi.

bangunlah di malam hari dengan 
penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.
baca selanjutnya di >> sini

Jul 3, 2011

musim panas & bulan syaaban

bahang ramadhan bagaikan dah terasa..
bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, 
pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri  
dan bulan Ramadhan menerangkan hati dan jiwa.. petikan dari : kelebihan syaaban.
mudah2an kita sama2 dapat menambah dan memperbaiki amalan
semoga selalu diberi petunjuk dan rahmatNya
tahun ni, puasa di sini nampaknya.
agak panjang masa siangnya musim panas ni
putaran alam. 

err alasan la tu nak melanggar pantang je kejanya..
musim2 panas y hangat ni, suka betul jeling2 kaunter aiskrim.
mujur xda rasa nak minum ais
lepas kejadian dulu, baru ni makan lagi..
hehe aci la, pause sekejap kan
slurrp..
dah makan aiskrim, xyah makan nasi arini.. ahahaha

Jun 6, 2011

mulakan hari dengan ceria

masa dah suntuk
yang kurang perlu dilengkapkan
yang tak faham kena belajar
yang tak mahir kena dilatih
yang malas kena disebat dilawan ;)
maka, berusaha berusaha berusahalah...

“Ya Allah, 
berikanlah kemanfaatan ilmu untukku 
apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, 
dan ajarkanlah aku ilmu yang dapat memberi manfaat bagiku 
serta tambahkanlah ilmu untukku, 
segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan 
dan saya berlindung kepadaMu dari siksa api neraka.”

Jun 3, 2011

ilmu dan amal

the novel points and contribution of this paper are not enough~
bila nak cukup ni?
macamana nak cukupkan ni?

salam 1 rejab. 
sama-samalah kita memuliakan bulan rejab dengan amalan2 sunat ;)

Feb 22, 2011

rapuh...


R.I.N.D.U. :(


maafkanlah...

Feb 21, 2011

kita mulakan dengan

بسم االلهالرحمن اارحيم.
Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah,
 maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
"Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah 
kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas 
mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan."
[sumber]
moga selalu beroleh rahmat, hidayah, petunjuk dan pertolongan oleh Nya

Feb 16, 2011

kira kira hikaru


alolo comelnya. nursery rhymes camni, jangankan budak, mak budak pun leh terbuai sama..
Amalan sunat: sebelum dan sesudah tidur
  • berwuduk, berdzikir dan berdoa.
  • membaca surah: Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas
  • membaca ayat Kursi (Al-Baqarah: 255) dan surat Al-Baqarah (ayat 285-286)
  • doa sebelum tidur:
    بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ”. 
    Dengan namaMu, Ya Allah, aku mati dan hidup -(HR. Bukhari & Muslim)
  • disepertiga malam: bangun bermunajat dan tahajud,
  • doa sesudah tidur:
 "اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ"      
 Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali
setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
semoga memperoleh keberkatan dariNya ;)

Feb 15, 2011

salam maulidur rasul 1432H

selawat dan salam, ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 
Kelebihan berselawat antara lain ialah sebagaimana hadis Baginda SAW seterusnya,
daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata :
 Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
"Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi,
tidak naik barang sedikit juga daripadanya 

sehingga engkau berselawat ke atas-Ku".
(Riwayat Al-Imam At-Termidzi) 
 
~mudah-mudahan kita selalu mensyukuri/menghargai nikmat masa dan kesihatan~

Jan 29, 2011

keranamu Ummu Hani



hati diruntun pilu
pengorbanan, hakikat ketentuan illahi.
penyakit itu salah satu ujian Tuhan
redha dan penerimaan itu perlukan setinggi2 sabar dan iman
kekuatan y hakiki.
hikmah disebalik ujian 
biar bukan mudah untuk difahami
tapi itulah hakikat

habis sepinggan mee goreng dan sekotak tisu tengok drama ni.
sebagaimana hani dan keluarganya menghadapi kesukaran itu.
semoga Allah beri kesembuhan & y terbaik kepada y melalui ujian itu.

Jan 19, 2011

dah selesai..

alhamdulillah.. 
dah dapat selesaikan hutang wajib ni jumaat minggu lepas
mudah2an diterima amalan.

Jan 10, 2011

doa pagi

بسمك اللهم ندعو
في غدو ورواح
لك منا كل حمد
في مساء وصباح
هب لنا منك رشدا
واهدنا سبل الصلاح
إن تقوى الله نور
وطريق للفلاح

 
ini doa favorite anakanda saya.
kalau menangis, alhamdulillah boleh diam dengar doa ni.
seperti mana tafsirnya, moga selalu dalam lindunganNya
dan selalu beroleh petunjuk dari sisi-Nya.

Dengan Nama-Mu Ya Allah kami meminta
Pada waktu pagi dan petang
Bagi-Mu segala pujian
Pada waktu petang dan pagi

Kurniakan kepada kami dari sisi-Mu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah adalah cahaya
dan jalan kejayaan.

Dec 15, 2010

sunat hari Asyura



AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
Perkara-perkara amalan yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
    Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin.
    Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah.
    Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang yang sesat
    Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
    Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
  6. Bersedekah.
    Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri.
    Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat.
    Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
  9. Bercelak.
    Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat.
    Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
    Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa.
    Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
    Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Dec 6, 2010

selamat datang1432H


Semoga Allah melimpahkan rezeki dan kurniaNya 
untuk kita agar dapat memuliakan 
kedatangan bulan Muharram dan 
dapat melakukan amalan2 sunat. 
Semoga akan memperolehi yang lebih baik pada tahun ini.

Amalan-amalan sunat:
  1. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
  2. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X.
  3. Berpuasa.
  4. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Semoga selalu di dalam peliharaNya

Nov 17, 2010

korban 1431H


Ketika kumohon kepada Allah kekuatan,
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk diselesaikan
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon kepada Allah keberanian,
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon Allah sebuah cinta,
Allah memberiku orang2 bermasalah untuk ku bantu
Ketika kumohon kepada Allah bantuan,
Allah memberikanku kesempatan!

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang kuperlu

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain terbuka,
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama
pada pintu yang tertutup sehingga
tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita

Orang orang yang paling berbahagia
pun tidak selalu memiliki hal hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

mengerti & berterima kasih atas kurniaNya &
hargailah tiap2-tiap kesempatan yang ada.

Waktu kita lahir,
kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum,
jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal,
kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.."
kongsi dari sini

antara keresahan dan kepiluan hati yang sangat mencengkam ini,
antara takdir dan ketentuanNya,
antara bait2 doa dan harapan,
hamba mohon yang terbaik daripadaMu

Aug 10, 2010

cahaya Ramadhan



untuk semua muslimin dan muslimat,
selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan 1431h.

Naluri Kita Manusia Selalu Leka
Hanya Sujud dan Sembah Padanya Jua
Kini Engkau ku Datangi
Berserah Diri Bersama Kehitaman Masa Nan Silam

Ampunan Mu Kuharapkan
Tiada Daya
aku Menghindarkan
Kesalahan dan Dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini Kabulkan Doaku

Suluhkanlah Cahaya Mu
Di Malam Yang Penuh Syahdu

"di ramadhan ini,
ampunkanlah dosaku
kabulkanlah doaku..."