Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

Apr 5, 2012

jom kira

Pengiraan Pindahan Gaji

boleh di buat di sini : http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan


TM pesan, mummy, berbelanjalah dengan berhemah.. 
upsss

Mar 15, 2012

nan oh nan..

adnan sempit 2. mesti ramai yang dah tengok kan?
kita cam biasa la.
tunggu kat you tube je..
terkekek-kekek tengok ni.
kelakar sungguh la rasa
hehe bolehlah, wat hilang tension fikiran ni sekejap.
oh duniawi semata-mata

Feb 17, 2012

langit pagi jumaat

pemandangan setiap pagi hari kerja..
langit yang mulai mencerah
 
pagi tadi terlambat sikit 10 minit dari biasa,
maka merasalah mengiringi lori-lori balak dan 
segala macam yang bersusun memenuhi laluan
yang terasa besar sungguh di hadapan

ialah, dah semua orang pun ada tugas masing2,
takkan tak bagi lori tu lalu situ kan.. hehe

huhu penat lah juga
takpa, meh makan ni dulu.
 
nasi ambang 2.50, gerai akak depan sekolah menengah
kuih muih dia pun murah.
5 seringgit... besar lak tu.
puas hati
 
selamat berhujung minggu ;)

Feb 9, 2012

penghargaan

boleh diterjemah dengan pelbagai cara..
 
 sewaktu dihulurkan penghargaan ini, 
terasa ada keikhlasan yang mengiringi..
 semoga berjaya,
dan memperolehi keberkatan ilmu yang dipelajari

Jan 30, 2012

jom tuisyen

rumah mil memang tak pernah sunyi dari budak-budak..
 
termasuk budak-budak yang datang mengaji, 
sesi pagi, tengahari, petang, juga malam..
 
bergantung kepada usia dan jadual waktu persekolahan.
pendek kata sentiasa ada je lah yang datang mengaji
sekarang, tambah pula tuisyen, untuk anak-anak pra-sekolah, tahun 1-4.
tapi kebanyakkannya basic lah. untuk pengukuhan. lebih kepada ulangkaji.
hampir setiap malam ada sessi ini.

tak menang tangan teacher nya.. 
termasuklah student yang ini yang tak bayar yuran. hehe

Jan 21, 2012

rajin makan

assalamualaikum semua... 
hailah, lama dan semakin di'tinggal2'kan je umah kecik ni.. 
pertama, kadang tak tau nak kongsikan kisah apa, 
kedua, ada timbunan hal2 yang berkeperluan lebih tinggi 
untuk dilangsaikan terlebih dahulu..

makin banyak dan makin mencabar.. ecehwah.. 
mungkin sesuailah la tu dengan tingkat usia, ye tak
ya ya
musim peperiksaan, 
maka haruslah gigih marking beratus2 skrip jawapan tu 
dengan masa yang terhad..
ini kalau dengan bantuan tn muda, mungkin lagi 'cepat' la siapnya.. 
sambil2 disertai dengan perkara2 berikut.. ;)
 

err ni macam lagi cepat abis makan dari siap menanda.. hahaha

Jan 19, 2012

coklat vanilla yang manis

ada sapa-sapa ikut cerita ni..
kahwin muda perancangan keluarga
malu-malu remaja..
dari episod pertama lagi dah rasa best
tambah2 lagi  episod 5 ni,
memang sweet la saya rasa..
isk manis manis manis
cam choc strawberry la gayanya
 
baca sinopsis di sini

Jan 7, 2012

bicara hati gemersik kalbu

err ada sapa2 dah baca novel ni? gemersik kalbu.  
rasa ingat2 lupa samada dah pernah baca ke belum. 
tapi tak kisahlah.. 
kesian la kat saya, adaptasi ombak rindu belum lagi dapat disaksikan, 
tapi takpa2.. 
bukanlah penting sangat untuk dijadikan things to do kan.. 
 
hiburan mata semata.. 
 adaptasi novel mungkin lebih sesuai di buat drama berbanding filem, 
sebab masa y lebih panjang untuk penceritaan kisah kan.. 
lebih sampai maksudnya.. 
seperti stanza cintanora elena dll
harap2 yang ini pun seronok lah.. :)
eh tak lupa juga drama bicara hati.. oh la la
ya silalah buat kerja yang penting dahulu

Nov 24, 2011

Kisah Ombak Rindu: Nora Elena dalam kenangan VII

dia datang lagi.. alahai. kali ini bersama ombak rindu.
sayangnya mengapa bukan dengan nora..:)
hehe eh eh pandai2 je kan.
malam tadi ada special review filem ini. 30 min.
sempat tengok walau pun ke hulu ke hilir mengejar TM yang ligat main walker..

alahai teringin betul nak tengok sampai sudah. sabar2.
tunggu saja di GSC. apa? menonton di GSC? ah lupakan saja.
haha tunggu sajalah di tayangan percuma. lambat pun tak apalah.

bila adaptasi dari novel ni, dah tentulah takkan sama feelingnya kan.
tentu ada y kurang dan tak puas rasa sana sini. 
tapi harap2 juga keseluruhan olah cerita di filem tetap menarik.
novel ini agak panjang dan banyak sub-plot.
kalau buat drama bersiri cam trilogi cinta tentu best juga. 
sinopsis novel. lihat sini kalau ada yang nak membaca online.
pada yang berminat, selamat menikmati karya ini..;)

Nov 21, 2011

kekasih awal dan akhir: nora elena dalam kenangan V1

komitmen bertingkat-tingkat, berlapis-lapis.. 
ecehwah, orang lain pun sama juga kan. seperti dulu, 
dah kat sini pun masih teruskan aktiviti menonton siaran terlambat. 
mana taknya, bila ada siaran langsung tu, 
tak semestinya dapat tonton terus. 
ada je perkara lain yang perlu dibereskan dahulu 
dan lebih penting dari duduk berteleku tengok siaran.. 
eh itula kut cara saya nak atasi lambakan kerja di rumah mahupun di sekolah.. 

takpa. kena cergas dan serba pantas nak catch up semuanya
nampak gandingan nora & seth sekali lagi, tentula teruja nak saksikan. 
hai serasi betul mereka. suka
cerita ni mirip KKHH 
tapi adalah ubahsuai sedikit sana sini. menarik juga jalan cerita.

pengorbanan dan penerimaan,
redha itu pasrah dan menyerah, tak semudah yang diucap..
sebab itu nak dapatkan redha bukannya mudah. 
nak mendidik hati juga satu cabaran
sebagaimana besarnya ganjaran atas keredhaan itu, sebegitu juga getirnya..

apapun, semoga hati-hati terus dilimpahi rahmat olehNya

tonton di sini :

Nov 11, 2011

vitamin tambah selera makan

ehehe cantik pula bila ada yang ringkaskan
lagi nama pena tn muda kepada TM. 
kih2. tentang vitamin tu,
tidaklah banyak pun beri vitamin.
 masa setahun dulu cuba beri appeton lysine ni. 
tapi tak boleh kerap, sebab nanti dia macam panas.. 
sikit je beri seminggu sekali ke macam tu la
   
sumber: google.

y latest ni KK beri multi-vitamin. lupa nak snap gambar. 
eh suka pulak dia. tak cukup sesudu nak lagi dan lagi. 
sedap gaknya TM, tentang makan memang memilih sikit. 
dia akan reject sungguh kalau tak suka.
sayur pun tak berapa nak. buah lagi lah
masa kecik dulu nak juga, sekarang kurang sikit.
chocolate je tak leh tolak. kesukaan adalah bubur nasi + ikan bilis. 
 dia memilih tapi bila dah kena yang dia selera, 
beriya mengadap kita, sambil sua mulut.

alahai anak, cemana lagi ntah.
cuba kalau mak dia ni haa, tak perlu vitamin utk tambah2 selera ni
memang sentiasa berselera je..
ini sejak balik, tak berani nak timbang..
haha bayang je la berapa berat terkini daku
yang ini pulak 'vitamin' untuk mak TM, 
yang menjadi-jadi batuknya. 
kadang sampai tak tau cemana nak batuk, 
sbb terlalu gatal tekak. mudah2an mujarab yang ini..
adeh uhuk uhuk

Oct 14, 2011

suasana lama edisi baru

salam pagi jumaat. 
wah nampaknya makin menjadi-jadi 'rajin'nya nak kemas umah ini. 
haha nak bw pun ikut masa, sampai kadang tak sempat tinggal pesan.. 
phew, macam banyak sangat pulak komitmennya ya. err heeee  
suasana baru. 
inspirasi baru. 
semangat baru. 
cabaran yang baru
 
maka,
berusahalah! 
err sarapan dulu sekejap ya..:)

Oct 7, 2011

orang mengantuk di sorong nasi lemak

memang menjadi-jadi lah jawabnya kan..
   
 nikmat. tidur? heh kerja-kerja.. hehe
 
hailah nasi lemak.. 

Oct 6, 2011

seperti dulu

alhamdulillah,

sudah kembali seperti dulu...
tapi dengan pertambahan komitmen.
seperti kena ambil masa semula untuk adaptasi.
tentang banyak perkara
tentang budi bicara
tentang kerjasama
tentang tolak ansur
tentang semua
maka, berusahalah...
dengan gigih dan tabah. 
walaupun malasnya pun boleh tahan juga. hik ;)

Sep 23, 2011

sambal pecal merah dan hijau


variasi sambal pecal..
sedap kan makan pecal ni. lagi2 kalau sambalnya sedap
kuah merah, sambal instant. tinggal curah air masak secukup rasa. manis.
yang hijau ni saya buat. kacang sikit je, stok abis.
malas lak tu nak buang kulit kacang, so tak berapa cantik lah sambalnya..
dalam bancuhan curah serbuk udang kering, baki buat mee bandung. yummy

mempersembahkan, yang dah sedia diratah ;) 

makan juga dgn ikan goreng tepung dan cumi2 goreng..
hah berejam la jawabnya makan 

Sep 22, 2011

rumah cantik tepi sawah

kalau namanya sawah ni, rasa indah je pemandangan
elok, terbentang luas je
 
mula pula la nak berangan duduk2 tepi sawah
sambil tgk burung berkicau pulang petang
melukis pemandangan cam nur kasih dengan adamnya  
ah ye
indah betul angan2 tu kan
apsal penat lelah, jerih payah
si petani tu membanting tulang keringat
tak termasuk dalam scene ya..
hehe kalau berani cubalah
oh betapa tingginya jasa seorang petani
y berbudi kepada tanah
semoga dipermudah segala urusan
 
mana butir berasnya?
tak ada lagi la tu
 
subhanallah.. memang cantik bumi Allah ni
semoga kita selalu memelihara dan memanfaatkan kurniaanNya
tu tengok tu.
terpesona sat dengan integrasi sawah y menghijau,
langit nan biru, awan memutih dan rekaan rumah tu
lengkap je tengok.
haa cantik la design macam ni.
sayounara..
sampai jumpa lagi lah, rumah idaman..;)

Sep 14, 2011

semanis kurma

seronok pula tengok ni. 
suami perwira, isteri bidadari..
saling melengkapi
moga kasih sayang tambah erat hingga akhirnya

"Sepasang suami isteri yang saling memandang dgn kasih sayang 
maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang…
bila suami memegang telapak tangan isterinya 
maka dosa2 kedua2nya berguguran dr celah jari tangan keduanya…"


Sep 13, 2011

falling in love

oh oh suka sudah dengan karya terbaru ni..
   
cinta itu indah kan (^_^)

dinner orang baru perabih duit kat sales lepas raya..hehe

Aug 14, 2011

ketika cinta bertasbih

"cinta itu menyembuhkan, bukan menyakitkan.."

alahai indah betul bait2 puisi dalam cerita ni.
ada sapa2 y dah tengok ke?
best kan. semua comel2, kacak. 
bahasa dan penyampaian pun baik2..
nyataa cara hidup islam, lemah lembut,
berbahasa, menjaga syariah, hikmah..
rasa indah je suasana y digambarkan
banyak pengajaran,
tentang tanggungjawab keluarga, suami-isteri, ibu-bapa, saudara-mara,
tentang cinta dan perjodohan,
tentang kekuasaan Allah
tentang takdir dan perancangan y maha Berkuasa..

"kau mencintaiku seperti dia mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah meneduhkn dlm gelita nyala
kau mencintaiku
seperti matahari mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah membagi cerah cahaya
tak pernah lelah menghangatkan jiwa"

Aug 8, 2011

rumah raya baru?

dah nak raya ni, tapi rumah tak ada lagi
sapa belum ada rumah lagi sila angkat tangan.
hehe saya lah tu orangnya.
sapa2 pun mesti ada cita2 y ini kan..
macam cantik je rumah moden klasik cam ni kan.
hai, dah macam istana raja dulu2 je kalau wat design gini
duduk kat serambi petang2, 
sambil makan kuih putri ayu tak jadi, hehe
mesti nyaman
alahai cantiknya.
tapi kayu kat hutan mana la 
nak ditebang utk bangunkan umah cam ni,
kalau beli kayu kat kedai, err x terbayang lah kosnya

eceh ceh..
konon2 duduk lepas penat sapu sampah depan umah la tu.. err angan2

rumah lama. rumah kenangan.
masih terpelihara, sebagaimana kenangannya di sini
tiba-tiba rindu rumah ini. al-fatihah utk allahyarhamah nenda