Showing posts with label tinta rasa. Show all posts
Showing posts with label tinta rasa. Show all posts

Apr 26, 2012

cupak ali-baba

inilah rupanya cupak tu..
alat penyukat tradisional
kalau beras secupak ni, rasanya banyak juga kan
dulu2 rasanya kat rumah ada timbang kati
mana perginya menda tu
nampak lama benar dah cupak ni
cupak, gantang, tahil, kati..pikul
bukan kebiasaan hitungan masa sekarang ni..
ada tak ada, dalam kitab2 agama je lah kan
err cer pegi kedai, dan beritahu.. 
saya nak beli bawang sekati.. kih2
aidilfitri tahun ini... mak memang betul-betul dah tak ada
al-fatihah

Mar 23, 2012

nyanyian tanjung sepi

itu lah tajuk tazkirah pagi tadi... 
disampaikan oleh rakan pejabat. kupasan mengenai al-quran 
dan mengapa kita perlu membacanya sebaik mungkin...

antara mukadimahnya, terkenang dulu2, 
kisah kita dengan al-quran, bagaimana bermulanya..

saya sendiri, mula mengenal alquran melalui muqaddam (sekarang iqra'). 
Muqaddam warna merah.. mula2 bacanya mungkin umur 4 tahun. tapi main2.. 
bersama2 pakcik sebaya saya..
 
pindah al-quran pula semasa tadika. Guna al-Quran arwah mak, warna hijau kulitnya. 
dan arwah mak jugalah guru saya. Masa darjah 1, dah pandai menulis tulisan rumi. 
jadi bila ada bahagian bacaan Quran y saya masih tak mahir, 
saya akan tulis sebutannya menggunakan tulisan rumi pada al-Quran tersebut. 
sampai sekarang ada lagi tulisan tu.. kelakar pun ada ingat balik masa kecil2..

lama saya ambil masa nak khatam al-Quran. 
mungkin dah darjah 4 atau 5.. kemudian ulang baca.. 
form 3 agaknya baru khatam lagi.. 
malas nya saya mas tu membaca al-Quran. tak dijadikan rutin dan tabiat. 
bacaan pun tak lancar dan banyak kesilapan..
 
hinggalah masuk ke universiti. bila berjauhan dengan keluarga, 
saya semakin akrab dengan al-Quran. azam saya, 
biar ambil masa sedikit, saya cuba pastikan khatam tiap2 tahun. 
alhamdulillah, mudah2an makin lama, s
emakin baik bacaan saya dan rutin membaca nya
 
 kali pertama saya beli al-Quran, untuk dihadiahkan kepada penyelia projek sarjana muda, 
usai graduasi masa itu.

kali kedua, saya beli selepas dapat kerja. hadiah untuk diri sendiri.. 
dan al-Quran kulit putih itu sangat banyak menakung airmata saya.. 
saat saya nanar dan kehilangan, saat saya kembara ke lembah sakura, 
saat saya merindui sangat2 keluarga yang di sini, 
saat saya rasa bahagia, kegelisahan, ketakutan, 
kesyukuran dan segala2nya yang mendewasakan saya... 
sayangnya saya dengan al-Quran saya yang itu.. 
bagaikan diari kisah hidup saya
 
 kali ketiga saya beli al-Quran warna biru, yang ada warna tanda bacaan tajwid, 
untuk hadiah hantaran.. 
saat ini, al-Quran itu dibaca ramai murid yang belajar mengaji.. 
alhamdulillah, ada yang membacanya...

dan kali keempat saya beli al-Quran juga berwarna biru, 
edisi sedikit kecil dan ada terjemahannya. 
yang ini saya letakkan dipejabat. moga saya lebih kerap membacanya 
walau cuma sehelai muka, dalam kesibukan masa...
 
sesungguhnya, kalam allah itu, dihadiahkan untuk kita umat Nya. 
yang penuh dengan ilmu dan peringatan. sebagai penyuci hati. 
semoga kita sama2 memperoleh keberkatan dan ilmu yang baik darinya

Dec 2, 2011

jiwaku pergi

"no reason to fail 
when you have EVERYTHING
supports you"

ku bela hati dengan berkata 
aku sudah berusaha apa ada nya
tapi hati yang satu lagi berkata
benarkah sudah cukup usahamu
maka apa lagi cara dan dayanya...

May 6, 2011

lelaki ini

entah mengapa hati selalu dihambat sayu..
pengorbanan seorang lelaki y ini di dalam hidup saya.
tabah dan sabarnya dia memilih cabang hidup y ini
sungguh hidup ketentuan Illahi,
tapi kita insan y mengemudi dan mencorak ketentuan itu
7 hari selepas bertunang mula berjauhan.
fasa bertunang dan perkenalan semula hanya melalui corong suara
terakhir dia menghantar saya di lapangan..
dalam senyumnya, ada kesayuan y tak terbendung..
duhai hati2 ini, bertabahlah hingga akhirnya
saat itu semua adalah permulaan.
9 bulan tidak bertemu
9 bulan menanggung rindu y berbatas ikatan ini
dalam gembira, suka duka, cabaran dan dugaan
airmata dan doa yang berpanjangan

dan demi takdir y telah ditentukan Tuhan
benarlah saya susuk kirinya
seribu kesyukuran dalam tiap2 sujud padaNya
sesungguhnya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik

14 hari selepas janji bersaksi itu, kembali berjauhan
walau sudah dalam kewajiban tanggungjawab
ada batas dan maruah yang perlu dipelihara

buatmu lelaki ini
sungguh tiap2 doa y kupautkan adalah sejahtera buatmu
biar dugaan mendewasakan hubungan
biar dari kejauhan mengikat kerinduan
biar hanya suara menghubung perasaan
takkan pernah menyangsikan kasih dan sayang
takkan pernah terlupa dimana permulaan
terima kasih untuk segala-galanya
http://www.emocutez.com
ehehe okla kawan2. dah berjela2 jadinya kita menulis kisah kitorang ni.
apapun masing2 punyai kenangan, cerita dan pengalaman
y tetap indah disudut pandang y memilikinya kan..
semoga y terbaik dalam hidup kita semua
~salam ceria untuk semua~

Apr 22, 2011

sakura dan senja y berlabuh

semalam lalu taman depan tu.
kala senja merah.
kala mentari mula melabuhkan tirainya.
kala rembulan mulai tersenyum menemani malam
terkesan sakura y berguguran
ranting2 mulai menyepi
kembali sendiri
teguh dan tegar disapa sang bayu
kukuh!
sayonara sakura...

Apr 7, 2011

rimbun sakura

di bawah rimbun sakura
angin berdesir
burung berdecip
kelopak y berguguran
jatuh nyaman dalam rimbunan
tenang
damai
sunyi
sepi mengusik hati
jauh dalam bayangan
hanyut dalam perasaan
senyum dalam kenangan
sendu dalam harapan....

Mar 23, 2011

kejutkanlah aku kawan

kertas putih salju
ku coretkan kedukaanku
hitam dan kelabu
adalah warna dalam hidupku
kejutkanlah aku kawan
aku sedang bermimpi
kejutkanlah aku
yang sengsara dalam mimpi
gementar kakiku
meniti titian usang
berdegup jantungku
apakah dapat ku ke seberang ?????

Mar 14, 2011

bila pungguk btemu bulan

bertambah indah suasana
pungguk bertemu bulan


Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku

kuasa merah jambu dah pudar..
arrrrrr..

Mar 9, 2011

i'm blue

da ba dee da ba

sapa dah lunch angkat tangan.
sapa suka lagu ni angguk pala. 
dulu dengar dalam bas nak p kuliah cinta ilmu.
sambil terfikir composer dia unik betul
sampai dapat lahirkan maksud tersirat
dengan rangkap 'da ba dee da ba..' saja

Blue are the words I say
And what I think
Blue are the feelings
That live inside me
ok takda kaitan!
tapi, terdengar lagu y meliuk lentok ni..
jatuh cinta sudah. owhhh rindu memuncak sama rembulan hati
selamanya dan tak akan pernah berpisah
sampaikan nanti....
~all that I am is because you gave me your heart
all that we can be together~
err tengah feeling blue, tiba2 je sensei panggil.
opocot. tokojut den. isk!
yalah2. org fokus la ni

Mar 5, 2011

malam ku bermimpi

di angin nan lalu
ku sampaikan pesan
padamu hai idaman kalbu

di burung nan terbang
ku kirimkan berita
ku selalu menanti kau tiba
あなたがいなくて寂しい

Feb 13, 2011

cucu penoreh getah


sudah2 la tu..
dah macam ada 7 ekar kebun getah lak.
hik2, getah gelang ada banyak la.

hati ingin pulang
masih dapat bertahan lagikah?
menahan kerinduan ini..
perlu lagikah pengorbanan rasa ini?
malam yang tenang
rintik hujan kian deras
derai rasa makin mencengkam
mata pejam akal rencam

Nov 30, 2010

sinar lebaran..


ni apa hal lak pagi2 sebut sinar lebaran ni??

aidilfitri dah lama berlalu, aidiladha baru sudah seminggu. 
jadi, apa halnya nak bersinar lebaran bagai nih.

hehe ntahla. tiba2 rasa nak mood raya.
ni dalam hati pun cam ada background music lagu raya ;)
dalam bosan2 cari cerita dari tanah melayu sambil nak santap malam tadi, 
terjumpa pula dgn klip program duo Msia & Spore ni.
Sinar Lebaran 2010. 
rasanya program raya aidilfitri tahun ni la kan.

tengok2 ada zizan dalam program tu.
tak mengecewakan! 
suka2.

dah tengok program raya, 
sudahnya masa nak tidur, duk terngiang2 lagu raya.

tiba2...
teringatkan si dia. tentang lagu raya pilihan.
Syawal 1430H ~ Pulanglah. Sebab saya tak pulang beraya dengannya.
Syawal 1431H ~ Halaman Asmara. Sebab kami alhamdulillah telah b3 beraya bersama 
wpun dia makan kuih raya sorang2.

apapun kita selalu kena hargai apa y kita miliki kan.
apa?? kuih raya.
takda2. tuan rumah kedekut kata dah abis.

nah. apam pisang versi tengah malam kelaparan
bersama kelapa parut kering.
petang tadi lupa nak panjat pokok. ahaha.

sudah2!
selamat bertugas dengan dedikasi semua.

"Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian di hari mulia..."

Nov 26, 2010

salam pagi jumaat..


hati yang gundah.
sungguh.
ujian hidup itu pelbagai. 
moga hati diberi kelapangan dan kemudahan.
moga yang teruji diberi kekuatan.
 
apa yang terdaya,
melainkan doa dan tawakal
selepas ikhtiar yang ada..
hingga akhirnya
 
 *
*
мєℓαηкσℓι яαѕα
 *
 *
err sekarang saya seperti mau makan ini lagi..

Jun 17, 2010

senyum dan penerimaan...



"Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang..."

"kadang2 tak semudah kata untuk hadapi y pahit dengan senyuman
kadang2 hati terlalu rapuh untuk menerima kenyataan
kadang2 diri semakin lemah untuk penyembuhan
kembali ke permulaan
sebuah penyerahan yang berpanjangan
penyudahan seorang insan tetap akan berada dihadapan
ampunilah dhaif seorang hambaMu ini Tuhan"

May 30, 2010

riadah hujung minggu..



salam ceria semua.cuaca nyaman, langit biru, cerah..cantik!

riang ria di luar? menghirup udara nyaman?
parti di taman? berlegar2 diruang beli belah?
mengujakan!

atau pegi jemputan kawin sambil mkn nasi minyak/beriani..
bestnya!
tapi seperti tidak mungkin. atau lain kali sahaja ya
bukan kerana tak dapat undangan.
apakan daya, tiket ada, tapi bas tak sampai :)

semuanya kerana..
kotak kecil habitat sementara saya bagai memanggil2.
ruang makin sesak. kotak makin banyak.debu makin tebal.
mujur bonda2 saya jauh diseberang sana.
jadi tiadalah yang akan memerhati. upss..

sebelum btugas, meh main2 dulu.
best rupanya menda2 ni ya.
kenapa masa kecil2 dulu xjumpa mcm ni?
atau ada y tidak rela mempertemukan saya dengan ruangan ini..haha
............
sila buka laci2 y ada. keluarkan segala mala yang ada.
serabut semua kertas2 ni.
masa memilih.
untuk diarkibkan atau lupuskan saja!

tapi tidak sesekali untuk yang ini.
ia benar2 milik saya. ia pernah jadi teman saya.
ia berkongsi rasa dengan saya.
dulu & sampai bila2...

tengok apa ada dalam.
kenangan?
pasti..
dah terlupakan?
tidak! tak akan.

kerana
saya sangat sayangkan sektor memori yang ini.
yang terlalu berharga dan bermakna

yang pernah saya cari makna tafsirnya
yang sudah saya tempuh suka dukanya
yang telah saya fahami hikmahnya

yang sedang saya kecapi manisnya
yang selamanya saya doakan rahmat dari -Nya

eh saya dulu2? taklah begitu lama.
feb 2008 bersama dia di kota helang.
pencarian dan kepasrahan..
rupanya dah terlalu banyak yang dilalui.
dan mungkin ada banyak lagi yang menanti di hadapan nanti

dah. 15 min cukup la untuk memandang ke 'belakang' sejenak.
oppss
apa ada kat belakang?

baik2! teruskan mengemas dgn pantas.perut dah mula meronta minta zat dan vitamin.
maka pencapaian saya di tengahari ahad berakhir dgn bekas2 ini.
sila tunggu hari selasa untuk dilupuskan ya.

tumis cili dan kawan2, ayam dan sayur.
settle masak 30 min. sambil lap2 segala yang berminyak berdebu..
ada mesej dari sana
ingatan untuk makan dan rehat.
baik.
tapi saya nak yang ini dulu.
yang mana satu? dua2 boleh?


"Lost in a world that moved too fast
I was afraid I'd always be alone
Then I saw your face at last

I found my way even in the dark
Though at times it seemed too far
I knew if I'd listen to my heart
I'd find that love is where you are

I close my eyes and see tomorrow
My dreams begin and end with you
I hear you say you'll be there
Always be there
I must believe it's true"

May 26, 2010

mari nyanyi...err perlu ke?



titis hujan mula merintik dimuka hari,
dalam hati terngiang2 melodi hati..
err bukan nak menambah kelebatan titisan hujan dimuka bumi
hanya sekadar meriakan ruang dalam diri..;)


For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right

For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful,

Maybe, I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because
I was loved by you

You were always there for me, the tender wind that carried me
The light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

I'm everything I am
Because you loved me

~saya rindukan dia~