Showing posts with label wed matters. Show all posts
Showing posts with label wed matters. Show all posts

Jun 14, 2011

sentuhan pereka

kalau dah namanya designer touch,
dapat kain apa pun cantik dibuatnya..;)
apalah rasanya pakai baju y direka professional designer ni ya ;)

baju nikah dulu, kakak designer kat kg tu y buat.
dan dia jahit tangan baju ni.
puncanya banyak sangat manik, tak berani nak jahit
tapi sebab masa tinggal 10 hari nak nikah, 
dah tahap desperate takda baju
terima kasih ya, sudi jahitkan. maklum la, kita tak amik ERT dulu
hee alasan
alhamdulillah, siap jg sehari sebelum kejadian
bila ya nak sarung semula baju tu
hehe ada pulak ni nanti, itulah baju raya edisi tahun ini!

May 6, 2011

lelaki ini

entah mengapa hati selalu dihambat sayu..
pengorbanan seorang lelaki y ini di dalam hidup saya.
tabah dan sabarnya dia memilih cabang hidup y ini
sungguh hidup ketentuan Illahi,
tapi kita insan y mengemudi dan mencorak ketentuan itu
7 hari selepas bertunang mula berjauhan.
fasa bertunang dan perkenalan semula hanya melalui corong suara
terakhir dia menghantar saya di lapangan..
dalam senyumnya, ada kesayuan y tak terbendung..
duhai hati2 ini, bertabahlah hingga akhirnya
saat itu semua adalah permulaan.
9 bulan tidak bertemu
9 bulan menanggung rindu y berbatas ikatan ini
dalam gembira, suka duka, cabaran dan dugaan
airmata dan doa yang berpanjangan

dan demi takdir y telah ditentukan Tuhan
benarlah saya susuk kirinya
seribu kesyukuran dalam tiap2 sujud padaNya
sesungguhnya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik

14 hari selepas janji bersaksi itu, kembali berjauhan
walau sudah dalam kewajiban tanggungjawab
ada batas dan maruah yang perlu dipelihara

buatmu lelaki ini
sungguh tiap2 doa y kupautkan adalah sejahtera buatmu
biar dugaan mendewasakan hubungan
biar dari kejauhan mengikat kerinduan
biar hanya suara menghubung perasaan
takkan pernah menyangsikan kasih dan sayang
takkan pernah terlupa dimana permulaan
terima kasih untuk segala-galanya
http://www.emocutez.com
ehehe okla kawan2. dah berjela2 jadinya kita menulis kisah kitorang ni.
apapun masing2 punyai kenangan, cerita dan pengalaman
y tetap indah disudut pandang y memilikinya kan..
semoga y terbaik dalam hidup kita semua
~salam ceria untuk semua~

May 5, 2011

sirah kasih 2

ahad pagi pun menjelma. lena betul kita tido mlm td.
maka bersambunglah kekalutan kita.
ye, 8 pg sudah terpacak semula di bandar. ada lg barang nak ditambah.
dah tentulah kedai masih tutup..
ke hulu ke hilir lg cari barang.
akhirnya jam 11pg, mak kawan kita call.
dia cam tau je kita tak duduk kat umah.
so dapat arahan percuma supaya balik rumah dan duduk diam2..
 baik..:)

sampai je rumah, dah ramai orang. sedara mara & jiran2 dah datang rewang.
alhamdulillah. hal masak dah diuruskan, hantaran pun diselesaikan oleh sepupu2.
kita lak y tergamam.
Zohor dah masuk. andam pun dah sampai.
hai inilah pertama kali kita tak turun ke dapur time2 ada kenduri cam ni..
err ada la ala2 bagaikan puteri sekejap. ceh!

akhirnya. bila hasrat menjadi nyata.
bila lisannya menyimpul janji.
janji hati janji bersaksi.
biar mengukuh kasih y bersemi

maka inilah suasana petang itu. dua keluarga saling bertemu.
sebelah dari kampung, sebelah lagi dari desa.
 
tuk imam y mengepalai majlis. rasanya takdala berpantun bagai.
straight to the point. haha. memang pantas2 je lah semua dibuatnya.

inilah tetamu2 y memeriahkan suasana.
macam tak percaya pun ada.
serius!. selepas kisah y lama, kita macam hampa utk melalui saat y begini.
tapi, sesungguhnya Dia lah y maha berkuasa.
penentu segala-galanya.
setinggi2 rasa syukur dalam sujud padaNya

majlis dah usai. tetamu sudah mahu beransur pulang.
tinggallah kita secara rasminya menjadi tunangan orang.

err dah habis ke cerita ni? hehe
dah2. amboiii tekunnya. tercari2 orang y bertunang ke? hik2...

May 4, 2011

sirah kasih 1

sabtu pagi menjelma. oleh kerana mak dah boleh terima keadaan y tgesa2 ni, 
maka kami pun plan sambil bgerak ke kawasan sasaran. 
10-15min je pilih reka hias hantaran. 
kemudian dengan kuasa membeli, budak2 kedai tu dikuarantin. 
tak boleh layan customer lain. hahaha. 
tapi serius, saya duduk mengadap mereka 3 org,
supaya mereka tak bangun wat keja lain. 
tak boleh!
sambil tu mak pilih souvenir and ntah apa2 lagi la y dia suka. 
ah ya mak. 
kali ni mak pula y amik semua sesedap rasa, 
& saya y bsedia bayar semua. 
ohhh redha je lah..

pala fikir kat rumah tu masih xhabis kemas lagi.
selesai urusan pembelian dan segala bagai, terus balik rumah. 
mak nak proceed dengan urusan kenduri dgn ayah pulak.
bawang kentang dll dah ready utk dipotong. sapa nak buat?
kami jugalah anak-beranak.penat2.

dah masuk asar.
err tak rasa ke ada sesuatu y penting y belum dibuat???
baju tunang!
arghhhhh.. mana mau cari? dah petang ni.
menjahit tu memang mustahil la kan

maka selepas asar, terus ke butik pengantin. 
kedai pulak macam dah nak tutup operasi. tak banyak pilihan. 
mujurlah esok diorang takda job kat tempat lain, 
kalau tak memang pakai baju kerja je lah jawabnya. 
hari dah gelap. hujan turun selebatnya.. malam menjelma.
semua barang dah dilambak. masih belum diuruskan sepenuhnya.
blank!
nampak tak songket tu? sebenarnya songket tu souvenir utk sensei di sini.
tapi kita wat hantaran dulu. hehe. nanti2 kita beli y lain la utk sensei. arini tak sempat nak cari

badan dah letih. semua orang dah penat.
 sekali lg malas nak fikir apapa.
ada masa lagi kn esok pg dalam 6 jam ;)
tak terbayang apa agenda esok.
eh eh tapi kita sempat hantar sms kat kawan kita.
ha maka pertama kalilah kita terima sms berbau RINDU dari dia..
owhhh lena betul lah kita malam tu... 

Apr 29, 2011

wordless friday

saya ternampak kat blog2 lain wordless wednesday,
tapi saya nak tukar la ke friday..aci kan? ;)
sekarang ni waktu2 solat jumaat kan?
eh masih ingat lagi kisah mertuaku sayang
meh kita sambung sikit ya..
lgpun citer kita terhenti sebelum org solat jumaat balik kan?
Ramlah Ram - Diam Diam Jatuh Cinta

tak lama lepas tu, kawan kita balik.
tau apa jadi kat kitorang masa tu.
segan gila nak pandang muka dia..
ecewah. tp akhirnya pandang bertemu seketika
sambil senyum simpul. diam je la kan. kata tanda setuju..
eh xyah bayangkan la.. semua pun pernah rasa saat manis tu kan
pastu baru la kita dijemput masuk ke rumah utk makan tengahari
sambil terus tentukan berapa dulang, rombongan, hantaran dll.
kira settle la sume dlm masa 30 minit punya plan.
sekitar jam 3, kitorang bergegas ke mall untuk cari cincin.
bahan utama ni kena settle dulu.
rasanya kami spent masa 2 jam sahaja utk cari isi dulang.
memang tak pilih2 tak diskus2 pun. amik saja sesuka hati masing2
sebab kawan kita y bayar semua.. ahahaha nikmat!
pastu apa berlaku? ada 1 hari je nak siap ni
y ada baru cincin & barang hantaran..
y belum digubah, baju tunang tak ada lg, makanan tak decide lagi.
rumah bilik tak kemas lagi and ntah apa2 lah...
zero!
yang dah siap kan cuma luggage nak datang sini..
hatta, waktu tu dah 7 mlm,
kita tak jumpa pun lg mak ayah kat rumah..
hahaha apa macam ini olang
ok. saya tangguh lagi cita ni..maaf ya kawan2.
tuan rumah nak pegi lawatan sambil belajar esok. yippi2

Jan 23, 2011

pengantin lalu...

alhamdulillah.
24 purnama sesudah akad itu...
antara keajaiban dan ketentuanNya
sungguh masih baru,
masih banyak yang perlu diperbaiki
yang perlu disempurnakan..
infiniti syukur ke hadratNya.
moga yang tercipta kian kukuh, kekal berpanjangan.

masa2 yang berlalu,
walau dari 12 purnama di tahun ke 2,
hanya 3 darinya dapat bersama bersua muka.
sungguh itulah bahagian y telah ditentukan
seadanya diterima.
Tahun sudah perkhabaran
kehadiran si kecil jadi hadiah istimewa buat kami.
Tahun ini keluarga kecil ini semakin lengkap dgn kelahirannya.
syukur kepadaMu ya Allah di atas tiap2 takdir y terindah buat kami
to the one I love most,
"padamu yang Allah pilihkan untukku..
bukanlah aku seorang wanita y sempurna, 

sebagaimana yang mungkin kau impikan,
maka, ketika Dia memilihmu untukku,
sempurnalah kekuranganku dengan keberadaanmu,

terima kasih hingga akhirnya & 
segalanya ku terima"

Jan 17, 2011

tanda-tanda dah hampir

perasan tak background rumah ni..
apa gaknya yang nak tiba ni ya..
????

Jan 22, 2010

hari apa?




masa demi masa, waktu demi waktu..
apa sahaja cerita,
apa sahaja y akan berlaku,
hakikatnya tetap akan terjadi..


dinikmati
.
.
berlalu
.
.
.
dan dikenangkan.. :)

dari mimpi menjadi kisah
...

dari doa jadi semangat
syukur alhamdulillah atas tiap limpah rahmat.
mudah2an kasih kekal berpanjangan

dari 365 hari yang akan lengkap esok,
walau hanya 77 hari bersua pandang,
tiap2 detik yang dikongsikan kekal pegun dalam ingatan..

buat yang tercinta
terima kasih untuk segalanya...
selamanya~

untuk teman2 sahabat y sentiasa mendoakan,
moga bahagia yang dicita jadi nyata


p/s: salam hari ulangtahun perkahwinan yang pertama juga buat fathi n pasangan.

Apr 21, 2009

rajin adik rajin..



::rajin adik rajin..rajinla belajar..bila besar nanti boleh tunjuk ajar.. ::

erm malam2 y gelita ni, mcm sedap je makan aiskrim dengan biskut.
kombinasi tu macam tak berapa nak padan,
tapi boleh la dilayankan..
da macam orang takda keja.

rasa macam nak lakukan pengemasan berkelompok dalam bilik.
terjumpa buku-buku ni. beli je la, baca nya bila ya?

kalau dah namanya membaca, ntah kenapa selalu je menyasar jadi mimpi.
cemana nak cepat pandai, kalau tak rajin baca buku.. isk isk
membaca itu sangat relevan dengan pengetahuan.dan kaedah ini kekal relevan sepanjang zaman..membaca nota2 ilmu dan pengalaman itu, rupanya membuat seorang aku berfikir dan tersenyum sendiri. oh macam tu rupanya. tak kurang, situasi yang sama juga berlaku. erm adaptasi maklumat ini mungkin boleh dipraktikkan.. alahai
>>asakan nota-nota biru,
dari gelombang menjadi azimat
menggamit mimpi jadi hakikat.
dalam hitungan yang menyingkat,
dalam perancangan yang dinafikan,
pulangkan nota-nota biru...<<

Apr 12, 2009

baru teringat...



selepas 80 hari baru teringatkan sesuatu.. titipan hadiah dan omiyage semasa majlis. alahai, kalau la kotak-kotak hadiah tu berada di kawasan berhampiran, dah tentu satu persatu akan didigitalkan pandangannya..
takpa-takpa. bila berada berhampiran semula nanti, satu persatu akan cuba di rakamkan.. haha yolah tu

semak-semak memori digital yang ada, ini je rupanya yang sempat dirakam. Ini sebahagian dari pemberian dari rakan taulan dan saudara mara di sebelah kampung..
hadiah2 di sebelah desa, ada yang masih belum dibuka.. si dia kata, nanti-nanti je lah.. boleh? mujurlah dia punya, walaupun nama berdua tercatat bersama. iyalah. ikut kan aje..

takpe, hadiah-hadiah disebelah kampung dah dibuka semuanya.. itu pun selepas 2 minggu majlis berakhir. tapi sekadar mengintai apa isi di dalam. balutan bungkusan tidak dicemar..

kedua bonda dah geleng kepala. budak berdua ini memang ada-ada je. saja nak biarkan hadiah2 tu terus berupa seperti hadiah.. hehehe yelah. barulah nampak macam ada hadiah kan...

sayang nak guna. yang pertama diguna serta merta selepas dibuka, pada hari yang sama diterima. apa ye?? hehe adala..
erm, thanks u for the meaningful gift. err lupa nak bagitau, dia suka dengan idea u tu.. ;)
Flower Dividers
  • ini antara pemberian di sebelah kampung
    - oven (2, satu dari family makcik&pakcik, satu lagi tak dapat dikesan dr siapa)
    - bedsheet (3)
    - album (3)
    - set tupperware
    - set pinggan, cawan (rasanya lebih dari 5 set. err 1 jug da dipecahkn oleh si dia.. alahai sayang)
    - comforter aka toto
    - frame gambar
    - Ringgit Malaysia (.. hehe hampir sepertiga gaji sebulan..kan best kalau cukup sebulan. hik2)
    - err apa lagi ya. dah tak ingat..
    Myspace Money Icons
  • ini pula sebahagian pemberian rakan2 di sebelah desa
    - coffee maker
    - rice cooker
    - mixer & juicer
    - set makan
    - tafsir quran
    - bekas peralatan mandi
    - ntah apa lagi.. rasanya ada 10 kotak lagi yang masih belum dibuka..

haa... yang ini hadiah terkini.. arigatou gozaimas.. apa ya ada kat dalam tu gaknya??

cakk... owh chumel2.. sangat suka.

alahai macamana pulak nak menerbangkan ke m'sia nih..

untuk semua, terima kasih di atas pemberian-pemberian tersebut. apapun ingatan dan kesudian untuk bersama memeriahkan majlis tersebut yang lebih bermakna..

terima kasih semua


untuk rasa&jiwa, bahagia itu kita kan cipta..



Mar 23, 2009

purnama t.i.g.a.



digilir siang dan malam yang berlalu, penantian demi penantian, yang berpanjangan..
masa yang di nanti, yang berlalu, yang ditinggalkan, yang dikenang, yang akan mendatang..
sekejapan masa yang berlalu, walau lelah dalam penantian, semuanya akan hadir dan berlalu..

rupanya 12 purnama telah melintasi saatnya..
23 mac 2008, saat janji diikat, saat kasih tersingkap.
bila dikenang-kenang, sampai bila pun bagai tidak terungkap.
anugerah yang tercipta

alhamdulillah, di antara detikan purnama yang bersilih suasana,
dengan izinNya menyatukan rasa dan jiwa..

terasa bagai kelmarin bergelar kawannya,
semalam bergelar tunangannya,
hari ini menjadi isterinya..
sungguh sirna kesakitan dalam hidup yang terdahulu..
anugerah setinggi rasa.
hingga ke akhirnya seorang aku memalarkan syukur padaNya

"terasa amat rindu di hati
mungkin kau pun begitu
bagaimana haruskah aku lakukan
demi rindu ini.."

~buat rasa&jiwa, bahagia ini anugerah yang tercipta~

Mar 5, 2009

wedding journal VI a.k.a bulan yang manis




~a new day has begun~


tanya sama hati apa rasa sayang,
adakah tandanya nampak di pandang?


bila rusuk bertemu pandang
bila rasa bersua
bila jiwa bersama
bila tunggal berdua

maka bermulalah episod sebuah kehidupan bersama
bagai yang dicita
walau hidup tak seindah mimpi..
eh ya ke?pandai2 je kan..
hidup adalah hidup
mimpi adalah mimpi
pasti!

dan ternyata, sebelum dan sesudah
selalu membawa makna dan tafsir rasa yang berbeza
adaptasi tu ada signifikannya walaupun kadang2 susah nak berkadar langsung
hipotesis y mudah,
selalu-selalu lah ke pangkal jalan,
bila samar dilantai langkah
secara pro dan kurangkan emosi ...
pemahaman dan pengertian
usaha yang infiniti

bermulanya siri kehidupan di desa.
perubahan status dan tanggungjawab.
rasa macam tak percaya.

y utama, rasa macam diri dah jadi rajin berganda-ganda.
macam tak caya je. yalah.
ntah macamana seorang aku sudah pandai beretika dalam urusan sehari2..

yang nyata, acapkali berfikir-fikir semula.
realitikah yang dimata? alhamdulillah..
perkongsian yang bermula

jalan-jalan yang manis. hakikatnya manis belaka. masa yang terhad,
sekitar-sekitar desa je la jadi tumpuan.
err ada tak yang berbulan manis di sekolah? menyertai hari sukan?
oh kembali ke sekolah setelah sedekad lama..

tiba2 teringat beberapa ketika dahulu. kala rindu bertandang, kala rasa tidak bersahut, sanggup ke sekolah, semata-mata nak tengok bumbungnya.. walaupun ntah sekolah mana-mana. ah ye!terubat sangat la rindu tu.. ah kisah y dahulu. kisah seorang aku. syukur hasrat jadi nyata.. rasa itu aku mengerti

maka seorang aku menjadi mengerti..
macamana jadi suri rumah yang berdedikasi lagi berbudi pekerti...
rutin yang di penuhi. kadang2 rasa macam-macam juga.
hehe..
tu la, sapa suruh dulu rajin sangat tolong mak kat dapur.

dalam keluarga sendiri, dah lama tak dikelilingi anak cilik.
bila di desa, alahai, riuh suasana menyertai mereka.
keletah bicara dan ntah apa2 yang di tanya.
sangat comel mereka.mesra manja bagai dah bertahun bersama..
errm hati yang nakal, tiba2 terfikirkan duit raya mereka..
oh tidak!!!
err kita sebaya kn? sbb kita sama-sama masih belajar..

di pelayaran hati
seorang aku masih memanjangkan doa
agar rasa kekal dalam cahaya
agar jiwa malar bahagia
agar kasih tercipta selamanya

sungguh benar,
rasa & jiwa bagai baru nak bercinta
percayalah rasa apa yang tercipta
yakinlah jiwa yang bertakhta

~sayang~
Ku taruh hati ku
Pada bicara tentang cinta
Kata hati jangan lepaskan cinta

Rasa akan tentukan
Kesetiaan hati ini
Kita terus begini
Hingga akhirnya..."

buat rasa & jiwa
mencintaimu adalah bahagia untukku