Showing posts with label in japan. Show all posts
Showing posts with label in japan. Show all posts

Oct 22, 2012

bila TM naik train

sebelum ni, nampak train hanya dalam tv/video.
bila ada peluang, haruslah cuba kan.
tengok apa reaksinya.
adakah seperti masa pertama kali dia naik aeroplane aritu.
 
ok dah sampai ke platform.
tunggu sekejap
nampak dia diam je
ok dah sampai.
biasalah bunyi kuat sikit. tapi dia masih maintain.
fuh selamat.
huhu baru tau..
dia memang suka la naik ni..
bagus2.
tapi sayang,
kalau kat kampung kita, 
manalah nak cari perkara2 macam ni nak...;)

kiranya banyak la perkara 'pertama kali' naik transport bagi TM
di trip ini..
aeroplane, bus, train..
haha kalau broom2 ni dah biasa.
tapi bukanlah y gaya macam ni..

layankan je lah dia nak main2 dengan broom2 ni..
suka dia..
mujur belum pandai mintak bawa balik

ok dah siap jalan2..
jom kita balik semula ke lokasi asal
haa nampak x? sebagaimana dlm gambar ni,
betapa sengajanya kami naik train untuk TM dan nendanya sekali :)

Oct 18, 2012

Kembara TM ke Tokyo III

MIL teruja tengok cili ini.
tak taulah ini cili atau bunga..

gemuk2 bulat2..

sekitar kawasan disneyland..
kami pusing je kawasan ni

katanya ini memang kapal betul
tersadai kat sini lak ;)

penat ronda2.. kami singgah di masjid.
taktau dah masa ni kat mana.
err bukan tatau, tp rasa nya dah lupa.
lepas solat zuhur, lepaskan sekejap TM kat satu taman.
hasrat nak bawa dia ke taman y cantik, tp itulah..
ini je y ada berhampiran..
boleh lah dari takda

seronok dia pusing2..
kebetulan ada kawanan merpati ni
tambah seronok lah TM
kejar burung tu ke sana ke mari
yang burung tu pun kemain lagi..hehe

TM dapat tangkap ni...
geram dia sebab kejar2 lari..

jinak2 merpati lah..;)

Oct 17, 2012

Kembara TM ke Tokyo II

as-salam semua..
sudah 1 zul-hijjah 1433 harini.
alhamdulillah. sudah tiba bulan haji.
dan yang punya kesempatan dan peluang,
dapat menjadi tetamu Allah..

punya lah lama amik masa nak kongsi gambar2 ke tokyo tempohari.
itu pun tak banyak.
berat lak jadinya nanti :)
kami taklah masuk setiap satu tempat yang kami tinjau ni
cuma touch-n-go je..
letih + nak kejar masa
 
tapi yang penting, dapatlah tengok dari dekat..
tempat2 yang penting dan menarik sekitar tokyo.
menara ni...
geram sungguh i tengok.
sayangnya tn besar gayat
maka tak mungkin la dapat kami memanjatkan diri ke atas kan..

istana raja..
tapi bukan pandangan hadapan..
dah biasa juga masuk castle dia.
taklah teruja sangat.
yang penting lanskap memang awesome

cantik tak keta police dia:)

menara tokyo.. alahai gambar dah bertabur2 susunannya.

wah-wah.. happy dia dapat explore sendiri..
pastu penat minta urut kaki lak
 

Sep 27, 2012

kembara tokyo TM

alhamdulilah, 
usai urusan kembara terjauh setakat ini bersama TM.
lepas lah niat nak bawa TM ke nippon.
walaupun dulu 8 bulan dia dalam perut ni duduk di sana.
 
pertama kali nak bawa dia naik pesawat. bimbang juga.
dan ternyata kebimbangan tu berasas.
sebab memang dia menggelupur habis semasa flight take-off.
kesian sangat tengok dia, minta turun dari flight masa tu..
nak naik car..nak naik car

alahai anak.
ingatkan dia suka, tapi jadi macam tu lak :)
mula-mula je excited.. lepas tu, hai maaflah kepada penumpang y lain..
perjalanan 7 jam tu terasa makinlah panjang sebab kesiannya dak kecik ni..
turun dari flight, dapatlah pulak TM merasa naik bas..
hehe apalah..
selama ni dia suka betul dengan bas, cuma tak dapat bawa naik je lagi
yang ini suka plak dia...
alhamdulillah, sampai sudah ke tokyo..
apa pula cerita berikutnya
sambung nantilah pulak ya ;)

May 23, 2012

microwaved salmon

lepas cubaan dengan telur menjadi
maka bergegaslah kita cuba bahan lain untuk dieksperimenkan dalam micv. 
maaf sahajalah, tn rumah ni memang tak berteknologi tinggi
jumpa micv tatau nak buat apa
nak guna pun agak2 je putar butang tu
mujur tak jadi apa2
tapi jadilah juga. tu.. jadi salmon kukus.. hehe 
rasa cam sedap sangat lah tu.. 
cuma hiriskan bawang putih/merah, halia banyak2, lada yang memang tak pedas langsung
daun bawang dan serbuk dashi
garam pun tak ada.. macam menu sihatlah sangat
bubuh saja dalam micv and putar sesedap rasa
yang bawah ni ikan lain. putar banyak2 kali sampai kering..
asyik juga ada micv ni kan..:)
maka syukur ke hadratNya
dapatlah juga bersantap dengan penuh nikmat 

May 15, 2012

jom goreng telur

apalah sangat kan.. hehe
sumber terhad, perut lapar
goreng telur nampak mudah kan
memang senang
 
sayangnya tanpa kuali dan minyak serta sumber gas memasak
apalah maknanya niat nak menggoreng telur tu kan
 
 jadinya cubalah sumbatkan telur tu dalam microwave
kut2 la jadi.. see
 
seminit je dah jadi
tanpa kesan minyak
gebu menggelembung bau semerbak.. puas hati!
tapi seminit juga la kegebuannya tu..
bila sedia nak disantap
agak liat teksturnya
barulah tau, itulah kesan minyak dan lemak dalam masakan
 
apapun alhamdulillah
dapat juga makan dari tak lauk kan ;)

Oct 1, 2011

rumah cantik yang ditinggalkan

keterujaan ttg rumah makin menjadi2..
insyaAllah, sedang bertatih ke arah itu

macam budak2 dapat duit raya. eh ya ke.
raya tahun ni dah habis daaa
 
suka tengok design rumah2 tradisional kat sini. agaknya mmg tradisional la, 
sebab rekabentuk bumbungnya pun nampak klasik gitu kn
 
utk modern design, mesti lebih kurang sama je kat mana2,
spt apartment, teres, etc.. 
 cuma mungkin material dan bahan binaan ada perbezaan..
haha yang ini, memang betul2 cam rumah kampung. cantik!
rumah kan satu persinggahan,
tempat berlindung hujan dan panas
antara ruang pemilikan sementara
yang menenangkan dan mendamaikan
antara tempat mencipta kenangan
 
maka.. berakhirlah sudah satu episod kenangan..
hidup di lembah sakura y cukup indah dan damai
walau dalam gelita bahasanya y sedikit sangat saya fahami ;)
berada di sini untuk suatu masa yang bukan singkat
dah bermacam pengalaman,
suka-duka yang bernama kehidupan di rantau
kerinduan dan kesunyian
apapun saya tau, saya akan merindui kehidupan di sini
selamat dan bersih, kecekapan, disiplin dan kerajinannya
saat ini, saya mungkin berada nun di awan biru
membelah langit yang memisahkan
kembali ke satu destinasi rindu
saya akui sedikit sedih
kerana
perjuangan yang saya doakan
pada ketika saya datang ke lembah ini,
belum saya selesaikan
terasa hampa kerana belum berjaya dalam episod y ini
masih belum rezeki saya
atau terlalu banyak kelemahan, kekurangan diri ini
hingga gagal menyelesaikan tanggungjawab pada masanya..

sedih, malu, rendah diri, semua bercampur baur..
terutama pd keluarga dan pembiaya
apatah lg pd diri sendiri
apapun saya berdoa, untuk kembali lagi ke daerah ini
untuk menyelesaikan yang belum tamat
:
selamat tinggal semuanya
sampai bersua lagi..

mimpi ku pulang~

Sep 28, 2011

saya bukan masterchef

teringin.. tak pernah la pula cuba2 membuatnya secara manual
yang instant tu pernah la juga.
maka kali ni dengan gigihnya cuba juga lah buat
dengan penuh kedamaian dan ketenangan
juga kelaparan
maka terjadilah perkara seperti di bawah ini
versi kuah curah atas mee celur (kurang best).
sebab dah ala2 mee rebus lak.
so tukar method.
versi mee di masak sekali dalam kuah..:)
yang ini lebih asyikk

sedap lah pada citarasa saya.
mujurlah takda juri yang perhati cam dalam masterchef.
kalau tak mau bertabur2 gaknya mee dan telur tu.. haha

teruja tengok budak2 ni memasak. memang layak digelar master.
ini baru umur 11/12 tahun.
tu nanti kalau dah umur 30 tahun tak taulah cemana skill memasaknya
apa ntah kebolehan saya masa umur 11 tahun dulu.. hehe
main guli dan tin ting je agaknya
bakat.. perlu dipupuk dan disokong
selagi tak melanggar suruhan agama dan memudaratkan

Sep 27, 2011

kalau dah bukan rezeki kita

bulan puasa yang lepas, dalam perjalanan pulang dari ladang nashi dan anggur
terjumpa pula dengan sungai cantik ni.. ala2 mini airterjun
 
ala suka betul.. walaupun masa tu puasa dan 
dah tentulah takda acara makan2 atau bbq kan
tapi takdalah berhajat nak berenang ke apa,
dapat rendam2 kaki, main2 air jadilah kan.
so, decide akan singgah semasa perjalanan pulang
orang pun masih ramai lagi kat sana
    
dah terbayang2 ni, kesejukan airnya.
dahlah nampak jernih, bersih air tu.
alala seronoknya
tapi sayang. bila balik tu, kawasan ni dah ditutup.
huh selalu macam tu tau.
terlepas je peluang nak menikmati keindahan air.
apapun jadilah, amik gambar ni je dari jarak jauh..huhu~
kalau dah bukan rezeki kita, 
buat lah macamana pun, tetap bukan milik juga kan...