Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Oct 22, 2012

bila TM naik train

sebelum ni, nampak train hanya dalam tv/video.
bila ada peluang, haruslah cuba kan.
tengok apa reaksinya.
adakah seperti masa pertama kali dia naik aeroplane aritu.
 
ok dah sampai ke platform.
tunggu sekejap
nampak dia diam je
ok dah sampai.
biasalah bunyi kuat sikit. tapi dia masih maintain.
fuh selamat.
huhu baru tau..
dia memang suka la naik ni..
bagus2.
tapi sayang,
kalau kat kampung kita, 
manalah nak cari perkara2 macam ni nak...;)

kiranya banyak la perkara 'pertama kali' naik transport bagi TM
di trip ini..
aeroplane, bus, train..
haha kalau broom2 ni dah biasa.
tapi bukanlah y gaya macam ni..

layankan je lah dia nak main2 dengan broom2 ni..
suka dia..
mujur belum pandai mintak bawa balik

ok dah siap jalan2..
jom kita balik semula ke lokasi asal
haa nampak x? sebagaimana dlm gambar ni,
betapa sengajanya kami naik train untuk TM dan nendanya sekali :)

Oct 18, 2012

Kembara TM ke Tokyo III

MIL teruja tengok cili ini.
tak taulah ini cili atau bunga..

gemuk2 bulat2..

sekitar kawasan disneyland..
kami pusing je kawasan ni

katanya ini memang kapal betul
tersadai kat sini lak ;)

penat ronda2.. kami singgah di masjid.
taktau dah masa ni kat mana.
err bukan tatau, tp rasa nya dah lupa.
lepas solat zuhur, lepaskan sekejap TM kat satu taman.
hasrat nak bawa dia ke taman y cantik, tp itulah..
ini je y ada berhampiran..
boleh lah dari takda

seronok dia pusing2..
kebetulan ada kawanan merpati ni
tambah seronok lah TM
kejar burung tu ke sana ke mari
yang burung tu pun kemain lagi..hehe

TM dapat tangkap ni...
geram dia sebab kejar2 lari..

jinak2 merpati lah..;)

Oct 17, 2012

Kembara TM ke Tokyo II

as-salam semua..
sudah 1 zul-hijjah 1433 harini.
alhamdulillah. sudah tiba bulan haji.
dan yang punya kesempatan dan peluang,
dapat menjadi tetamu Allah..

punya lah lama amik masa nak kongsi gambar2 ke tokyo tempohari.
itu pun tak banyak.
berat lak jadinya nanti :)
kami taklah masuk setiap satu tempat yang kami tinjau ni
cuma touch-n-go je..
letih + nak kejar masa
 
tapi yang penting, dapatlah tengok dari dekat..
tempat2 yang penting dan menarik sekitar tokyo.
menara ni...
geram sungguh i tengok.
sayangnya tn besar gayat
maka tak mungkin la dapat kami memanjatkan diri ke atas kan..

istana raja..
tapi bukan pandangan hadapan..
dah biasa juga masuk castle dia.
taklah teruja sangat.
yang penting lanskap memang awesome

cantik tak keta police dia:)

menara tokyo.. alahai gambar dah bertabur2 susunannya.

wah-wah.. happy dia dapat explore sendiri..
pastu penat minta urut kaki lak
 

Sep 27, 2012

kembara tokyo TM

alhamdulilah, 
usai urusan kembara terjauh setakat ini bersama TM.
lepas lah niat nak bawa TM ke nippon.
walaupun dulu 8 bulan dia dalam perut ni duduk di sana.
 
pertama kali nak bawa dia naik pesawat. bimbang juga.
dan ternyata kebimbangan tu berasas.
sebab memang dia menggelupur habis semasa flight take-off.
kesian sangat tengok dia, minta turun dari flight masa tu..
nak naik car..nak naik car

alahai anak.
ingatkan dia suka, tapi jadi macam tu lak :)
mula-mula je excited.. lepas tu, hai maaflah kepada penumpang y lain..
perjalanan 7 jam tu terasa makinlah panjang sebab kesiannya dak kecik ni..
turun dari flight, dapatlah pulak TM merasa naik bas..
hehe apalah..
selama ni dia suka betul dengan bas, cuma tak dapat bawa naik je lagi
yang ini suka plak dia...
alhamdulillah, sampai sudah ke tokyo..
apa pula cerita berikutnya
sambung nantilah pulak ya ;)

Apr 13, 2012

rumah be-tuah

lepas tengok2 perigi hang tuah,
kami singgah ke rumah be-tuah ni.
 
cantik suasananya.. rumah kampung, rumah kayu.
luas anjungnya
haa sebelum masuk silalah hulur duit dalam kotak ni
banyak barang2 antik dan klasik
salah satunya telefon ni
 
entah berapa lama la umur nya kan
 
yang ini suasana ruang tamu rumah
tengok, baju2 songket lama bergantungan
 
bawah ni pinggan2 mangkuk batu ke.. porselin ke.. entah
tengok gitu je
 
cawan kopi tu macam kat kopitiam kan
 
ini katil lama. di hias macam ni
dulu2 di rumah arwah nenek saya ada katil macam ni juga
kayu.
mesin taip.
dulu2 kan, saya bercita2 nak ada mesin taip
tapi sampai sekarang tak ada pun lagi..
hehe.. 
ntah kenapa saya suka dengan mesin taip macam ni..

Apr 10, 2012

pahlawan melaka

siapa lagi kalau bukan hang tuah kan...
aishlah.. kami ini makin kerap ke melaka. 
jadi asyik2 review tentang melaka je la jawabnya.
kenapa ya?
mungkinkah dipengaruhi oleh peristiwa sebelum kahwin dulu?
ecehwah..
dulu2 kan, tn besar secara tiba2 penah ajak cari kasut di melaka.
dalam hati musykil juga. sudah tiadakah kasut di johor ini?
 
hehe layankan saja.
maka agaknya sebab tu la sampai sekarang rajin benar menziarahi melaka..
lepas dari majlis kenduri kahwin di kawasan kg duyong, 
kami singgahlah kawasan perkampungan tuah ni..
ramai juga datang tengok perigi hang tuah ni
suatu waktu dahulu, saya pernah ke sini, masa darjah 6.
perigi dah tentulah yang sama
cuma sekarang dah diperbaiki kawasan sekeliling
dah ada kawasan perniagaan pulak
 
cantik kan rumah ni. klasik!

Mar 28, 2012

romantis.. isk isk isk

pantai ni di depan sri sayang resort tu je
  
so petang2 tu, ambil lah masa ke sini
sesekali amik feel ada pantai depan rumah
xtau apa namanya, tapi sepanjang jalan ke batu ferenghi memang ada pantai.
banyak batu besar2.
suka.
 

ada juga aktiviti pantai disediakan
sayangnya banyak anjing
memang tak kacau kita, tapi tut tut dia tu rasanya merata2lah kan

hari mulai senja. suasana cantik
 
tu ada orang main belon ni pulak
 
ada couple memancing.. 
nampak mereka seronok je beraktiviti tu
mesti hobi sama
 
langit senja.
dah sudah2
tak elok lah senja2 kat luar kan :)

Mar 27, 2012

pasar chowrasta penang

di jetty butterworth.
inilah bas rapid penang yang bawa kami ke sana sini.. 
eh taklah pegi banyak sangat tempat pun.
ok bas ni. ramai passenger
dari jetty sampai batu ferengghi cuma rm2.70.
 
rupanya ada free shuttle untuk jalan2 sekitar bandar.
so kami pun cepat2 lah hop in,
 
pusing2 kawasan ni..
ramai orang.
penuh sentiasa bas..
mungkin sebab timing pun ok, setiap 5 minit
so, convenient la sangat kalau nak guna perkhidmatan awam ini
 
akhirnya kami pilih turun kat sini
pasar chowrasta, dan kawasan sekitar..
ala-ala pasar tempat shopping moping lah
panas terik.
dalam pasarnya banyaklah jual kain baju, t-shirt i love penang,
bag etc
ehehe
kena tawar banyak2, baru dpt harga cun punya..
lain dari tu, apa lagi, asam colourful penang yang famous tu la banyak
yang ini kalau beli sikit pun dah berat.
takda gambar dalam pasar .. sebabnya.. 
sebab faham2 lah, tangan masing2 dah penuh jinjing buah salak.. 
hahaha

Mar 22, 2012

rasa sayang yeay

haa dah sampai dah tempat penginapan..
see rasa sayang resort.
tapi kenapa bila nak check in diorang kata,
maaf nama anda tiada dalam senarai ya..
haha

mestilah tak ada nama
tak larat la nak stay situ
so dari rasa sayang, kita singgah sri sayang je sudah..
dua tempat ni berhadap satu sama lain..
pendekata, seberang jalan je.
nama pun hampir sama.
rm120/malam
apartment 2 bilik.. ada dapur lagi
budget boleh masak2 la tu..

ok dah check in..
tu nampak tak rasa sayang dari tingkat atas sri sayang.
yeay ada pantai belakang tu
oklah later la tengok gambar sunset pulak ya
~oh sayang menyayang
cinta dikenang..~