Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Jan 3, 2012

walk of life ~ 2011

berlalunya 2011. sudah 3 hari di tahun baru 2012. 
walaupun rasanya baru sahaja meninggalkan 2010
pantas masa yang berlalu, sepantas kenangan dan peluang
 yang tercipta dan adakala terlepas peluang..

posisi diri 2011
alhamdulillah syukur tak terhingga, 
dapat kembali bersama2 keluarga kecil 
yang tercinta di suku akhir 2011
walau akhirnya menerima sebuah kehilangan
sungguh terasa kehilangan itu
sepi dan longlai di sudut hati
apa yang ada di saat ini, tak dapat lagi dapat berkongsi

sungguh apa pun ujian yang mendatang
menerima dan mencari ruang
semoga tahun dan masa yang mendatang
masih ada rezeki peluang dan keizinan
moga dapat menambah baik apa jua amalan

untuk semua,
didoakan yang terbaik
untuk apa2 yang baik dalam tindakan
salam 2012



Jul 3, 2011

musim panas & bulan syaaban

bahang ramadhan bagaikan dah terasa..
bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, 
pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri  
dan bulan Ramadhan menerangkan hati dan jiwa.. petikan dari : kelebihan syaaban.
mudah2an kita sama2 dapat menambah dan memperbaiki amalan
semoga selalu diberi petunjuk dan rahmatNya
tahun ni, puasa di sini nampaknya.
agak panjang masa siangnya musim panas ni
putaran alam. 

err alasan la tu nak melanggar pantang je kejanya..
musim2 panas y hangat ni, suka betul jeling2 kaunter aiskrim.
mujur xda rasa nak minum ais
lepas kejadian dulu, baru ni makan lagi..
hehe aci la, pause sekejap kan
slurrp..
dah makan aiskrim, xyah makan nasi arini.. ahahaha

Jun 19, 2011

kasih ayahbonda dan mee rojak skippy

assalamualaikum..
minna san, ohaiyo'
rojak dinner semalam
tak da kacang kisar,
kita bubuh je skippy peanut butter tu..
ahahaha boleh la
takda la rojak bertukar rasa spaghetti,
kira ok la kan..(^_^) alasan

rojak. memang salah satu dari 100 makanan kegemaran kita ;)
tak kisah la cemana rupa & persembahannya,
dari rojak spore, rojak asma, rojak manis, rojak mee, rojak buah,
rojak tepung, rojak mamak, rojak pasemboq dan adik beradiknya y lain
memang selalu jd pujaan hati.
meniti saat2 menantinya kelahiran tn muda,
kebetulan ada di tanah melayu
dah ini je lah jd permintaan..
rojak rojak rojak hehe
x pernah tolak lah
kalau balik rumah mak pun,
ayah dah ready belikan rojak & sate. siap frozenkan lagi

kasih ayah dan ibu
walau sudah sedewasa mana pun anak2
kasih sayang dan perhatiannya tak pernah pudar
tingginya perasan itu, selikat merah darah y mengalir dalam diri
menyambung kelangsungan hidup dan kesinambungan generasi
betapa tinggi darjat & kasih sayang ibubapa kepada anak
sungguh doa dan restu dari mereka adalah sejahtera hidup kita
izinkanlah untuk membahagiakan mereka selamanya

petikan puisi untuk ayah dan ibu
Ya Allah,
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
pahala yang besar atas kasih sayang
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Feb 21, 2011

kita mulakan dengan

بسم االلهالرحمن اارحيم.
Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah,
 maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
"Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah 
kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas 
mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan."
[sumber]
moga selalu beroleh rahmat, hidayah, petunjuk dan pertolongan oleh Nya

Feb 19, 2011

serabut

rasanya cam ni la rasa serabut dalam pala..
cubaan menguji pelbagai arah
hati resah fikiran gundah
erm..hidupnya insan
Each day I live, I want to be
A day to give, the best of me
I'm only one, but not alone
My finest day, is yet unknown

I broke my heart, fought every gain
To taste the sweet, I face the pain
I rise and fall, yet through it all
This much remains
I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine
mampukah?
sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah

Jan 10, 2011

doa pagi

بسمك اللهم ندعو
في غدو ورواح
لك منا كل حمد
في مساء وصباح
هب لنا منك رشدا
واهدنا سبل الصلاح
إن تقوى الله نور
وطريق للفلاح

 
ini doa favorite anakanda saya.
kalau menangis, alhamdulillah boleh diam dengar doa ni.
seperti mana tafsirnya, moga selalu dalam lindunganNya
dan selalu beroleh petunjuk dari sisi-Nya.

Dengan Nama-Mu Ya Allah kami meminta
Pada waktu pagi dan petang
Bagi-Mu segala pujian
Pada waktu petang dan pagi

Kurniakan kepada kami dari sisi-Mu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah adalah cahaya
dan jalan kejayaan.

Jan 1, 2011

walk of life ~ 2010


rentetan dari peristiwa 2009, kini berakhirnya pula 2010

dan takdir yang terindah tahun ini adalah kelahiran lil ammar.
Alhamdulillah....all praises to Allah..
Moga kasih sayang kekal berpanjangan.
Moga tiap-tiap pengorbanan berbalas kebaikan.
alhamdulillah syukur pada Illahi atas tiap-tiap satu nikmat
dan peluang yang diberi dan yang diizinkan olehNya.
Semoga tahun-tahun yang mendatang akan berkesempatan
untuk memperbaiki amal dalam tiap kesempatan yang diberi olehNya.
Moga di jauhi hati dari segala kelalaian.
untuk semua kenalan, saya hadiahi ini...
selamat datang 2011.

Aug 18, 2010

kalaulah...



Cicak :
Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...Nyamuk :
Baru habis ronda rumah member... kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes:
Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam:
Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak :
isteriku tersepit pintu

Kucing Betina:
"Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam :
Kawan2...kalu esok i tak update...bererti i dah di goreng....I luv u all...

Kucing:
Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus:
Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?


katak :
malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular :
rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Kuda:
Patah kaki;
Rider aku bijak sangat salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput..

Siput:
Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak:
Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua:
Penat betul nk ubah stigma masyarakat.
Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Kera:
semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus:
Aku makan mee goreng mamak ni. Meh la join sekali.

Lalat:
Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong;
Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing :
update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal..

lipas :
merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..
gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....



itik serati :
hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga:
Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang:
Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung:
Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat:
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis:
Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana:
Cantik tak sisik I? Cantik kan ?


Jul 30, 2010

Jika...


bicara dari kotak mesej teman
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa egonya.


Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis kerenamu,
peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu walau siapa dan dimana kamu …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
janganlah mensia-siakannya.

Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini ?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “betapa BERHARGAnya dia” di sisi orang2 yang dicintainya…


Jun 17, 2010

senyum dan penerimaan...



"Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang..."

"kadang2 tak semudah kata untuk hadapi y pahit dengan senyuman
kadang2 hati terlalu rapuh untuk menerima kenyataan
kadang2 diri semakin lemah untuk penyembuhan
kembali ke permulaan
sebuah penyerahan yang berpanjangan
penyudahan seorang insan tetap akan berada dihadapan
ampunilah dhaif seorang hambaMu ini Tuhan"

Dec 29, 2009

di mana ?




dah 5 hari bermenung2 mencari buah fikiran untuk di usahakan.
ada idea tapi taktau macamana nak disimulasikan.
di manakah gerangan?
Ya Allah berilah hamba kemudahan mencari ilmu Mu

Rabbishrah li sadri wa yassir li amri



takpalah, rehat2 la dulu. alasan!!
karang kena sergah haa hambik.. hik2.
kembali teruja mencanang itu ini utk teman y dalam pencarian warna-warni hari besarnya.

batuk oh batuk. bila mau hilang? perit sudah tekak

Nov 19, 2009

happy friendship..




"Yesterday brought the beginning,
tomorrow brings the end,
and somewhere in the middle we became the best of friends. ~Author"


Good times are even better when they're shared.


A good long talk can cure almost anything.
Everyone needs someone with whom to share her secrets.

Listening is just as important as talking.
An understanding friend is better than a therapist;
Laughter makes the world a happier place.

Sometimes you just need a shoulder to cry on.

happy friendship to all my friends...

Aug 22, 2009

ahlan ya ramadhan..



Ramadhan tiba lagi. alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk menikmati anugerah ramadhan, dan menambah ruang amal yang ada. mudah2an amalan di terima..

tahun ke dua berpuasa sendirian di daerah ini. jauh dari keluarga, jauh dari masakan bonda, jauh dari suasana berebut2 nak pilih ayam goreng mana yang paling gebu kala menikmati sahur... mudah kata, jauh dari semua..

ramadhan 1430h, juga tidak dapat bersama2 dengannya,
walau buat yang pertama kalinya selepas bersama..
:( sayu? hanya rasa yang mengerti..

apapun, alhamdulillah syukur atas segala apa y ada. rasa y percaya,
ada hikmah di sebalik semua ketentuanNya..
terima kasih kerana selalu mengerti. berbicara tentang masa yang menyingkat,
ada bahagia yang tersimpul bersama..


salam ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.
Moga sama2 beroleh rahmat dari Nya

"Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku

Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu" ~Ramadhan


selamat menunaikan ibadah puasa dan mohon maaf salah silap yang ada..

Aug 6, 2009

season in da sun...



cuaca makin panas..alhamdulillah. ada la perasaan ni macam di malaya je.
buleh jg bpakaian selapis cuma. takdelah perlu berbaju bulu y slalu menambah berat dan mengembangkan saiz badan sebenar ;) kala musim yang tak berapa nak panas.

err musim2 macam ni, tekak slalu la demand kan y sejuk2 menyegar kan tekak.

err pastu salah sendiri la kalau bangun pagi tekak perit terbatuk2.. isk!
sapala y rajin sangat nak mereben2kan menda ni. erm padanla.. sabun rupanya.

isk padanla ada kes orang makan sabun dulu kn.
tapi betullah.. kadang2 sabun mandi tu nampak cam sedap je..ihik!
nyum2.. erm bilala nak merayu2 minta dibelikan menda ni kat orang sana.
sampai geleng2 pala dibuatnya. elele kita temankan hobi org tu je..
malu! rupa2nya dua2 pun sama..
erm alahai..