Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

Aug 2, 2013

Rajin adik rajin

kisah hujung minggu lalu,
Bila mood rajin dia datang,
Sambil house keeping, tengok2 tekun pulak dia menconteng2 bukunya..
Budaya y jadi keperluan, tp kdg2 sukar nak dimulakan...
petang tu kami pergi menunjuk2 kuih raya kat gudang petang... 
niatnya, tak mahu bersesak2 pada hujung minggu akhir puasa ...

Oct 26, 2012

open house raya

dari aidilfitri sampai la dah aidiladha..
baru ini nak buat story.. isk2
nampak rajin sungguh...
 
menu biasa jamuan raya kan.. rendang nasi impit x ketinggalan..
sayur taucu.. kegemaran dan specialty dari MIL.. 
pastilah sedap kan..
 
moist chocolate cake..
ini pun kegemaran semua..
anak-anak dara cilik ni, suka ala wat aktiviti macam ni
 
susunatur di meja utama
banyak lauk
 
siap berkhemah.. huhu
cam wedding pulak kan..
 
ini pula tetamu malam..
petang tu hujan lebat, 
maka sebelah malam ramai betul yang datang 
meriah raya.. seronok.
penat? err biasalah ;)
 
bersekali dengan open house raya ni,
adalah jamuan hari lahir TM.. 
juga bondanya ni dan achik2 nya
 
sekali harung.. senang
 
TM takut lilin.. jadi tak lah pasang lilin atas kek...
lepas Tn Besar baca doa, nyanyi lagu selamat beramai2 
Tn besar suap kek pada Tn Kecik..:)
Pn Besar busy click sana click sini
Nak juga buat candy buffet.
tapi tak ada marshmallow chocolate tu..
mana tau tahun depan boleh buat.. 
 
tak plan pun, tetiba je.
maka guna pakai je la apa2 yang ada kat almari MIL ni
hehe
 
susun gitu-gitu je..
rasa comel pulak. eh!
pemanis rasa..
seindah suasana raya...
semoga kita semua memperoleh manisnya rahmat dariNya
salam aidiladha 1433h

May 18, 2012

meriahnya

sampai rumah je, nampak bungkusan banyak2..

 terasa pelik, wah hada y baru balik shopping kah.
agak2 ada tak bahagian untuk kita ni kan

haha abaikan. oh cantik2 berbalut bagai,
teringatlah hari itu hari guru..

banyak sungguh.. comel2 belaka
tiap2 tahun macam tu, mananya tak meriah

apa2 sahajalah tanda ingatan dari anak2 kecil itu
walaupun sekadar tulisan selamat di sekeping kertas yang di framekan
 
yang penting, bersama2 dengan tanda itu adalah doa yang pelbagai dari mereka
semoga panjang umur, semoga bahagia, semoga berjaya dan macam2 lagi..

seronok..
buka balutan hadiah sama2 dan
si cikgunya cuba nak recognize semua pemberinya
 
alhamdulillah..
walaupun saya bukan guru mereka, 
tapi di sudut hati saya, tiba2 terasa sama2 ingin mendoakan
mereka kembali 

jadilah kamu anak2 yang taat perintahNya
mentaati ibubapa
dan berbuat baiklah kepada sesiapa di sekeliling kamu
semoga memperoleh rahmat dan kebaikan dalam setiap ilmu yang dipelajari
semoga siapa jua kamu ditakdirkan suatu hari nanti
jadilah hambaNya yang berguna, menyenangkan dan membahagiakan sesama 

May 16, 2012

assalamualaikum cikgu!

relevan mei 16
semoga kita semua memperoleh keberkatan 
dari setiap ilmu yang diajar/dipelajari

dan semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua
terima kasih cikgu
dan moga segala kebaikan ilmu berpanjangan

Dec 23, 2011

awas

mempelai belum bersanding.
tetamu bersusun depan pelamin.
si kecil riang sama2 bermain
di depan singgahsana mahligai pengantin..

oh anak.. 
sememangnya hari bahagia semua orang pun sama2 suka

Dec 6, 2011

pertama kali: secret recipe

salam 10 muharam semua. 
alhamdulillah sekali lagi berpeluang 
untuk menambah amalan-amalan baik pada bulan Muharram ini. 
mudah-mudahan berserta niat yang baik, 
kita akan memperoleh rahmat dan keredhaanNya selalu...

lagi tentang kisah pertama kali: 
ala bukan apa pun. pertama kali makan kek SR.
yang selalu jadi sebutan.
ini adalah ihsan adik ipar yang comel itulah..
terima kasih ya.. 
merasalah juga kita ni makan kek mahal..
orang katalah.. hehe

tatau lah apa namanya ni
kita makan je. ramai-ramai.
yang meriahnya tuan muda la..
nanti-nanti, boleh la belanja kek lagi kan..;)

 Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, 
telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: 
"Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah 
nescaya terhapus dosanya dua tahun 
dan sesiapa berpuasa satu hari daripada 
bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." 
(Dikeluarkan oleh al-Tabrani) : ehsan

Nov 8, 2011

ibadah qurban

salam aidiladha buat semua
alhamdulillah syukur nikmat atas tiap2 rezeki pemberian Allah
tahun ni buat ibadah kurban di kedua-dua belah keluarga
 
kebetulan pula. suasana pagi tu
hening je
lepas solat hari raya dan takbir

semua dah berkumpul untuk membantu

err kita skip gambar yang penting.
masa ni tuan muda dah tak selesa nak join
nak tidur pulak

bila keluar semula dah selesai
tinggal sesi pembahagian

alhamdulillah sekali lagi

semoga diterima

Firman Allah subhanahu wata‘ala: { فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya: “Maka kerjakanlah sembahyang kerana 
Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)” 
(Surah Al-Kauthar 108:2) 

Nov 4, 2011

salam aidiladha

Alhamdulillah, tak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidiladha. 
semoga kita dapat menambah amalan dan diredhai olehNya

  1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah bagi yang berkemampuan.
  2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya.
  3. Takbir dan berzikir
  4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.
  5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat
  6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu.
  7. Disyari’atkan amalan korban pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
  8. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
Info sharing : kelebihan zulhijjah

Aug 30, 2011

di sini hari ini, lebaran yang dinanti

jauh dari semua,
tidak dapat bersalam bermaafan bersama
hanya doa yang dipohonkan
buat semua, 
selamat hari raya aidilfitri, 
mohon maaf zahir dan batin
atas segala kekhilafan dan keterlanjuran (^_^)
minal aidil wal faizin...

Aug 29, 2011

takbir mulia

terbenam suria petang ini,
cahaya syawal menjelma,
bersambut alunan takbir,
menyeru kebesaran Illahi..
alhamdulillah syukur

disunatkan membaca takbir di luar solat, 
pada Hari Raya Aidilfitri,
dimulai dari terbenamnya matahari akhir ramadan 
hingga imam berdiri untuk mengerjakan solat hari raya.
Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri 
adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Rakaat pertama : takbir 7kali selepas takbiratul ihram 
dan doa iftitah kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua: takbir 5 kali dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.

Aug 25, 2011

carta hit raya

eh eh ewah2.. sapa la y tak suka dengar lagu raya time2 nak raya ni kan..

meh tengok carta hit lagu raya pilihan saya sendiri..
eksklusif tahun 2011

Cenderawasih-Bersama Di Hari Raya


Liza Hanim - Zapin Aidilfitri


Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti
\

Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf


Norkumalasari -Pulang Di Hari Raya


Sanisah Huri - Aidil Fitri


Dayangku Intan - Senandung hari raya


Nurul - Rindu Syahdu Di Hari Raya


Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri


Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal


Jamal Abdillah & saleem - lambaian aidilfitri


Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru


Mamat Exist - Ku Pohon Doa Restu



p/s: gambar tak berkaitan dgn tajuk ;)
maggi grg sinonim perantau..hehe

mood sayu-sayu la gitu..
baru la feel raya jauh lagi sendiri kn..

haha ini hipokrit ke apa..
tengoklah nanti malam raya
sapa y nangis balik selimut
peluk gambar tn besar dan tn muda.. owh..
bersedialah ;)

Aug 13, 2011

cuti rupanya


padanlah pergi sekolah, pintu berkunci..
tapi masuk jugalah, ikut main entrance..
hai, kalau dah namanya waktu cuti,
mood kerja pun cuti jugalah..
err bukan kah kalau tak cuti pun
moodnya suka cuti jg..
isk2.


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

bahaya la sekarang ni

bila dah mula ada perasaan

nak makan kuih raya..

betul..
sungguh2 ni..

dari tahun lepas lagi tak dapat makan tau,
wpun kuih raya bersusun depan mata..
sambung lg tahun ni..

oh tidak..
maknanya dah 2 tahun la x dapat makan kuih raya 
di hari raya..

ohh terhiris pedih rasa ini..
apa?
buat sendiri?
ya. lupakan. baiklah. 
sekian terima kasih. hehehe

Aug 12, 2011

sushi untuk berbuka

balik dari lab gigih cari bazar ramadhan..

logiknya,
mmg tak logik la kalau jumpa kan. 

tp jumpa warung sushi ni pun dah suka. 
so sushi pun istimewa utk menu berbuka..

selamat berbuka puasa (^_^)

Aug 6, 2011

bila puteri ayu turun takhta

alhamdulillah.. usai sudah puasa ke 6 hari ini.
puasa di mana2 pun sama je. cuma cara dan sambutan nya je la ada beza

musim panas tahun ni. jadinya sama la cuaca cam kat tanah melayu.
beza y ketara, takdala asap bkepul dan bau2an sedap
dari bazar ramadhan
apatah lagi bazarnya itu sendiri.. 

maka apa2 saja juadah, kenalah dimasak sendiri,
untunglah y pandai & menjadi masaknya
tapi, bg y lagi pandai ni, untung jugala
nak masak lain, tp y jadi lain pulak. kan untung tu..hehe
kuih puteri ayu. yang dah turun takhta jadi apam saja.
sebab kesilapan teknikal bahan dan,
cubaan berani untuk menukar rupa bentuk & warnanya
ditambah dengan 'kepandaian' yang tukang buat
haha gigih nak makan, tp kalau dah bukan rezki.
ku harap sang puteri, tp y tiba dayang istana
apapun selesai jg  ;)
mujurlah, menu ringkas soto ayam tanpa begedil ni menjadi. 
y penting mesti ada sambal kicap. baru best.
eh lebih byk sambal tu, kalau ada keledek grg sedap jg kan..
nak goreng pisang, pisang sini jadi lembik kalau digoreng
napa ya? ke sendiri y tak pandai goreng pisang??
arghh malunya 
wah2, makan banyak nampak. 
eh hehe. isya' dah masuk.
kita solat & terawih dulu lah. jom ;)

Lafaz niat solat sunat terawih:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “sahaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Aug 5, 2011

sekali lagi. best!

ada sapa penah tgk cerita ni? 
best kan.
comel betul si lisa n sam. si mia tu jangan cerita la
comel 14x.. bijak. nampak sempurna
seronok la juga cerita ni..
lagi2 sambil makan berat lepas buka & terawih.. 
means makan lambat la ni.. hehe..
alhamdulillah..

Aug 2, 2011

awal ramadhan

indahnya kalau dapat berbuka puasa bersama2 sekeluarga..
tambah pula dengan limpahan rezeki seperti ini
tapi apakan daya
yang ini pun sudah cukup memadai
alhamdulillah. syukur ;)

Jul 31, 2011

ramadhan ini

Alhamdulillah. kita masih sama2 diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa, di dalam bulan ramadhan y mulia ini. mudah2an kita selalu menghargai kesempatan masa untuk memperbaiki & menambah amalan. semoga kita memperoleh keberkatan dariNya.

untuk semua umat islam, selamat menunaikan ibadah puasa.


Panduan Solat Sunat Tarawih: klik sini