Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sep 4, 2011

kad raya dan sayonara

teruja je dapat kad raya..
tak kisah lah walaupun dah lepas raya
   
dah tentu dari tanah melayu dan  y pasti confirm bukan dari tn besar.
 isk! hehe cuba perhati.. takda nama kan? 
 haha yakin je buka. eh kalau dari tanah melayu, sapa punya lagi kan  
dari seorang kenalan. terima kasih la daun keladi, 
raya nanti leh hantar lagi
  
harini, sekeluarga lagi teman sekolah,
akan kembali pulang ke tanah air esok.. 
sedih je. dah kurang kawan kat sini.
 
tengahari tadi ke rumah mereka 
bersama mee sup udang dan apam pisang
mereka ini banyak membantu saya sepanjang di sini
maklumlah, kita ni 'celik' nihonggo..
apa2 hal mesti cari mereka utk tolong baca atau bercakap nihonggo
terima kasih atas bantuan selama ini

sayu je.. sayonara utk mereka..
semoga selamat perjalanan &
panjag umur moga kan bersua kembali

Feb 6, 2011

sukakannya...gandakannya

cik puan bunga bagi hadiah header comel.. 
terima kasih  berganda2 kerana saya sukakannya. 
kamu memang si merah jambu y baik lg comel lah ;)
moga terus baik hati selalu

Feb 1, 2011

random? fuzzy random

adehh kena tanda oleh mummy cik aiyu
err macam tau je kita tgh pusing2 study fuzzy random nih. 
Erm nak list down apa ni? tentang diri juga ya. 
cam lebih kurang nak kenal diri la ni ya.
Jom semak apa random things about me.


"Once you have been tagged,you are suppose to write a note,
with 25 random thing, fact, habits or goal about you. 
At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.
If I tag you, it's because I want to know more about you.
Your cooperation is highly appreciated."

  1. sy suka je berperasaan, tetiba mcm nak tolak sesuatu
  2. saya nak tau kenapa saya mesti fikirkan 25 perkara y nak didedahkan ni? hehe
  3. dulu masa sekolah, sy suka sembunyikan beg kawan2 masa rehat..;)
  4. akan makan wedges kfc kalau mengantuk semasa memandu dilebuhraya
  5. saya tak suka org sedawa kuat2 depan saya
  6. lebih suka ajak anak bercerita semasa nak tidurkan dia 
  7. suka makan sejurus selepas makan ;)
  8. shopping secaara solo adalah all time favorites. takda sapa nak halang budget 
  9. suka suruh org lain tengok signboard semasa memandu
  10. lebih suka memasak kat dapur n kediaman sendiri.
  11. penah kena marah dgn mak sbb mandi kurang dr 5 min ;)
  12. dulu kat sek rendah, ayah saya bgtau kat cikgu jgn benarkan saya masuk library. sebab saya sibuk suka baca novel je..
  13. haa penat juga menaip lama2 ni ya.
  14. saya suka apa y sy suka
  15. tak pandai nak parut kelapa..hahaha sbb suami sy kata itu keja dia ;)
  16. saya pening pala asyik2 nak kena cari problem statement, pastu kena selesaikan sendiri masalah y saya cari.
  17. seorang kawan baik saya tau saya suka bangun tengah malam dan makan dgn riang, apabila sy sendiri. dengan harapan takda sapa y tau la kan
  18. saya selalu dapat markah komunikasi y rendah
  19. saya pernah kena komen dengan majikan sbb saya kerap tak join makan2 lepas mesyuarat
  20. saya tak suka menyiang ikan, apatah lagi bersihkan ayam dan kawan2nya .. wpun saya suka makannya..hahah...
  21. kalau 5x saya buat kek, biasanya 3 daripadanya tak jadi..
  22. saya tak boleh minum kopi waima bekasnya atau perisa y sewaktu dengannya. sakit perut!
  23. saya teringin nak pandai n faham simbol2 matematik y cantik2 dalam jurnal
  24. saya tak boleh pegi kedai semasa lapar. karang tengok selipar pun saya boleh beli.
  25. saya pun taktau kenapa rupanya saya ada banyak perkara y saya suka dan tak suka

fuhh.. berpeluh mak nak.
last but not least, maka dengan ini,
saya mengishtiharkan mahu tag lah 25 org pertama yang singgah ke sini. 
sekiranya berkesempatan & anda ada sekurang2nya 25 perkara y mahu dikongsikan dikhalayak

Thank You

Jan 25, 2011

boleh kita berkenalan?

cik puan wanRyna dah lama beri assignment. 
maaflah cik puan, kita lambat siapkan. 
err potong markah ke? ;)
kita wat ringkas2 la ya. kalau tak sampai sudah tak terbuat ;)

1. APAKAH STATUS ANDA??
Saya cik puan isteri kepada en tuan suami, 
ibu kepada tuan muda kecik berusia 5 bln. 
Masih bersekolah lagi sekarang ni. 
Mudah2an segera dapat selesai belajar, 
sebab nak kahwin kerja pulak lepas ni..;)

2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA

merujuk maklumat di JPN, 
saya ni perempuan melayu beragama islam. 
berasal dari selatan tanah melayu. 
Maklumat lengkap boleh rujuk kat ic saya, 
kalau ada jumpa la. ;)

Saya ni pelajar sekolah. 
umur pun sebaya la dengan mak budak sekolah. 
dah dekat 3 tahun sekolah di nippon ni. 
sampai masa, kena berundur la ni. 
maklum la pendatang dgn ehsan

3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

blog suka-suka. kadang2 jadi hiburan buat diri sendiri. 
kadang2 jadi perantara bersahabat secara maya,
kadang2 jd library,. 
kadang2 jadi cam warung makan. 
err sedikit sangat la jadi meja belajar. ;) 
tak expose sangat semua cerita y berlabel peribadi, 
tp kadang2 melalui tulisan,
orang lain pun boleh agak peribadi kita kan. 
hehe terpulang pada tafsiran masing2.


4. APA PANDANGAN TENTANG DUNIA BLOG
seronok lagi muhibah, 
terutama bila bertukar2 ziarah 
dengan rakan2 kenalan baru dan lama.
ada tu rasa cam dah kenal lama n akrab,
walhal tak penah bsua muka pun.
bagus kan macam tu.. mesra
betul tak? agaknya ramai y setuju la kan.
5. NASIHAT KEPADA KAWAN2 YANG BARU NAK BUAT BLOG

saya bukan blogger tegar. 
jadi mungkin kurang membantu. 
apapun pada y baru, 
selamat berkenalanlah semua 
& selamat berkarya. 
lama2 makin meriah sana-sini dalam talian ni
6. NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA

sekadar coretan biasa, 
kalau ada di antara nya y boleh dikongsi 
dan menambahkan maklumat pd y mbaca, 
alhamdulillah..


7. SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG

erm selagi ada sambungan & kemudahan 
ke dunia maya ni lah gaknya. 
atau selagi ada kelapangan masa dan idea nak sembang2 apa di sini. 

8. TAG 5 ORANG YG ANDA NAK KENAL SGT..

jangankan 5, 
sy buka kepada semua y baca edisi ni, 
dan rasa nak memperkenalkan diri.. 
salam perkenalan ya semua.


maaf, 
agak terlalu ringkas ice breaking dr saya, 
save the best for last. hehe yooolah
ihik untuk keterangan lanjut, 
sila cari saya ya ;) 
nanti barulah boleh kawan saya belanja aiskrim..
err gambar2 hanya penyeri saja..
selamat bertugas semua! ganbatte

Nov 10, 2010

kisah 10.11.2010



Wishing you all the great things in life,
hope this day will bring you
an extra share of all that makes you happiest.


selamat hari lahir u.
ingat lagi tak peristiwa2 ni?
i cuma dapat hadiahkan ingatan itu je kembali..
ingatan atas kenangan y pelbagai
y terlalu banyak pernah kita kongsikan
tapi selamanya i tetap mahu teruskan perkongsian silaturrahim itu

dah banyak y i ajar
walau u tak suruh, walau takda dalam silabus..
selebihnya, u realisasikan sendiri la..
hehe u kan dah besar.
err maksud i, u dah makin dewasa ;)

moga tercapai segala yang didoakan,
panjang umur, murah rezeki dan sihat afiat
jaga diri baik2 dan lain2..
i tinggalkan ruang, u doa sendiri la ya..
i aminkan je..:)


u walaupun ini hari istimewa u,
tapi boleh tak kalau i nak y ini..

boleh la u boleh la..
plisss.
err ok2. i teruskan kepantangan 12purnama tu..
err baru dpt 2 je, bila nak cukup lg 10 nih..:P

"Kususuri Perjalanan Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu Sahabatku

Selamat Hari Lahir Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir"
Selamat Hari Lahir – Saujana

Jul 24, 2010

anugerah cahaya pelangi...



"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada pasangan2 suami isteri
Agar Kekal Abadi,
Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga,
Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia
Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh
Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW. "


~a new day has come~

Bila kasih yang tercipta disimpul erat
bila ketentuanNya telah tiba detik saatnya
moga ijabkabul termetri buat selamanya..

syukur alhamdulillah dan salam tahniah
yang tidak terhingga
buat pasangan pengantin baru ini
moga bersama kekal dalam bahagia hingga hujung nyawa
moga bersama hadapi suka-duka
moga dalam rahmatNya sentiasa dalam sejahtera..



Just a note to say how happy we are for you.
Wishing you a lifetime of the greatest joy, love, and happiness.
Congratulations !


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Jun 20, 2010

watikah dari seberang...



terima bingkisan dari seberang
wah macam dah jauh sangat je.
ingatkan sekadar sekeping utusan
utusan walimah sepasang hati...

tak sabar nak buka..
jom tengok apa ada dalam

seperti yang diberitahu
undangan majlis perkahwinan
alhamdulillah

masanya hampir tiba.
untuk teman istimewa ini
saat y didoakan,
anugerah yang dipohonkan
bila tiba saat waktu yang dijanjikanNya
hanya kesyukuran yang mampu diungkapkan

salam tahniah utk teman ini..
diri ini tau apa y dia rasa
jg faham apa y cuba disampaikan

terima kasih atas pemberian y pertama
maafkan kerana tak dapat memenuhi undangan
maafkan kerana tidak dapat bersama2 menantikan detik itu
maafkan kerana tidak dapat menemani saat bersatunya ijab itu
maafkan kerana tak dapat mengulangi apa y pernah diberikan dulu
:
:

y ini juga cukup manis.
terima kasih y tak terhingga..

err bukan ke bakal pengantin y patut dapat hadiah..
tp kenapa i??? kenapa u kenapa??
(hehe baca tanpa nada marah tau..tp sukaaaaa)

ya, ada nota istimewa dibalik kad y istimewa itu..
biarlah kita sahaja y memahami maksudnya.
menjelang hari y berbahagia itu,
jaga diri dan penuhi waktumu dgn sempurna
doa ini sentiasa mengiringi
agar yang akan terbina berkekalan hingga akhir hayat.


biarkan i juga jadi y pertama mengucapkan
'selamat pengantin baru teman'

tiada daya dan kekuatan bagi kami

kecuali dengan pertolongan dari Allah.

Ya Allah, jangan Engkau sesatkan kami
setelah kami mendapat petunjuk,
berikanlah kami kurnia Engkau yang Maha Pemurah.
Semoga dengan rahmatMu, kedua mempelai ini kekal hingga ke akhir hayat

Jun 3, 2010

kisah kasih teman...


"Rabbana hablana min azwajina wadzuriyyatina qurrata a'yunin
waj'alna lilmuttaqiina imaama"
"Tuhan kami, kurniakanlah pada kami dari isteri-isteri kami
dan anak cucu kami yang menyenangkan diri kami dan
jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa"
(QS. Al-Furqan : 74)


Pada suatu ketika yang telah dijanjikanNya,
akan sampai dan tercipta jualah detik kejadian itu.

bagai bertahun penantian,
bagai berakhir pencarian,
bersatu jalinan
adam dan hawa menyimpul ikatan..

ღ_
salam penuh syukur dan tahniah buat pasangan ini.
tiada apa lagi yang dapat diungkapkan..
hati turut berasa bahagia
atas kebahagiaan mereka..
alhamdulillah
...
semoga yang tercipta kekal berpanjangan
dalam satu transisi hidup baru
bersama kan menempuh warnawarni fasa ini
moga selalu dalam limpah rahmatNya
hingga akhir hayat
ღ_ღ_

"Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati.."

Dec 26, 2009

kisah manis teman II



where should i begin? its somehow late to write this. tapi yang manis dalam kenangan kekal indah selamanya kan u. entry khusus buat teman ini, on her new side of lifestory.

bicara tentang teman ini hampir tiada hujungnya dan bagai terlupa dari mana mulanya. yang pasti anugerah teman y seorang ini cukup bermakna. terima kasih padaNya. alhamdulillah syukur.

sekadar umur y pernah dilalui bersama, suka duka cerita menyimpan memori tersendiri..
pahit manis yang berlalu, insyaAllah kita masih ada n mudah2an selalu ada sesama kita utk berkongsi rasa..

u percaya?

i kadang2 percaya, kadang2 terkesima.
menara kita tidak lagi sendiri kan u.
our 'one fine day' has come..
alhamdulillah


...congrats on your new bundle of joy...


dalam impian kasih yang dihajatkan,
mudah2an adam dan hawa ini kan bersatu dengan izinNya..
selamat menempuhi ikatan ini dengan penuh syukur dan pengertian

yang terindah buat mu teman adalah yang termanis dalam kenangan persahabatan kita

"cinta yang berlandaskan suci
tidak pernah mungkiri janji
sama-sama menanggung rindu
dan jujur selalu hingga keakhirnya
suci dan setia"~suci


~bila cinta bertasbih,
moga bersama izinNya kita terus bersyukur
atas segala anugerah yang diciptakanNya~