Sunday, January 31, 2010

.....



sejuk

...

lapar

....




:
:
makan
:
:
makan
:
:



...........zzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZ


produktif betul ;)

Friday, January 22, 2010

hari apa?




masa demi masa, waktu demi waktu..
apa sahaja cerita,
apa sahaja y akan berlaku,
hakikatnya tetap akan terjadi..


dinikmati
.
.
berlalu
.
.
.
dan dikenangkan.. :)

dari mimpi menjadi kisah
...

dari doa jadi semangat
syukur alhamdulillah atas tiap limpah rahmat.
mudah2an kasih kekal berpanjangan

dari 365 hari yang akan lengkap esok,
walau hanya 77 hari bersua pandang,
tiap2 detik yang dikongsikan kekal pegun dalam ingatan..

buat yang tercinta
terima kasih untuk segalanya...
selamanya~

untuk teman2 sahabat y sentiasa mendoakan,
moga bahagia yang dicita jadi nyata


p/s: salam hari ulangtahun perkahwinan yang pertama juga buat fathi n pasangan.

Tuesday, January 19, 2010

I d' HK..kisah tahun lepas



edisi terlambat untuk dikongsikan. bila nampak dah mula bersawang umah ni dari isu2 tn umah. eh dah kurang isu upanya ya..:)
jom lah, tinjau2 pengalaman di daerah bekas jajahan sang puteh ni. nak ke sana, sila mulakan dengan tukaran matawang ini ya

macam2 bentuk duitnya. oh ada y terlupa nak snap. ada syiling dia y bentuk berbiku. nampak macam duit main2 tapi besar nilainya. lepas la nak beli nasi beryani sepolitena y nyum2.
terutamanya sekali bila terasa sedikit mencabar utk mendapatkn makanan halal dan ahh teringatkan kesedapan nasi itu.lembut dan berperisa.

lupa nak snap sebab lapar melampau dan tak terfikirkan hal lain kecuali makan.
sebenarnya mungkin tak susah nak cari makanan halal di sini, tapi disebabkan saya hanya bersendiri dan bersama2 kawan2 berbangsa Tiong Hua, maka saya jadi sedikit sukar untuk mengajak mereka menemani saya.
untuk pergi sendirian, terasa seperti kurang selamat..mungkin perasaan sendiri je..

di persidangan pun saya hanya menjamah nasi berulamkan buah2an dan salad. owhh nikmat. syukur ada juga y boleh di makan. maklumla, pemakan nasi tegar :)
desert mangga dan sago ni sangat menyegarkan. asli!..

di jejambat berhampiran hotel kowloon. nak ke kawasan tapak tangan artis.. eh apa nama tempat tu. lupa pulak

yang ini dah tentu la kan. cuaca suram malam ni, jadi samar2 je

memang harus tempat ini dinobatkan dengan bandar cahaya.
penuh dengan neon bgemerlapan..
sangat cantik dipandangan mata dengan teknologi yang ada

ini adalah masjid kowloon. ramai juga muslim di sini.

masa ni nak ke Peak Tram. seorang teman minta yang ini untuk sebagai ole2. tapi menda ni melekat, tak boleh lak nak di bawa balik ;) sowii eh u

ini di Madame Tussauds.. lihatla, mimik artis2 dan ahli2 kenamaan yang terkenal.

banyak betul character yang disintetikkan..

elok keluar dari sini je, kalau ternampak orang, boleh timbul persoalan dan rasa nak cuit. Eh betul ke orang ni? owhh bahaya


dari atas puncak. untuk tunggu waktu malam untuk acara pesta cahaya

dah balik2.. berasa sangat2 la letih mengharung lautan manusia dan bangunan. pening pun ada bila rasa nak mendongak je..

beberapa hari di sini, adalah pengalaman baru yang ada keseronokkan tersendiri.
kalaulah si dia ada bersama ;)


saat mahu beterbangan pulang ke lembah sakura. hati disulam bunga2 riang.
kurang dari 12 jam akan bertemu si dia. indahnya perasaan saat itu.
mudah2an, panjang usia, kami kan bersua lagi..

Friday, January 1, 2010

walk of life ~ 2009



transisi tahun yang beranjak 365 hari. mudah2an yang lebih baik akan menanti pada tahun yang akan datang. semoga dengan segala limpah rahmatNya kita kan beroleh yang terbaik

2009 yang berlalu punyai ceritera sendiri. jan 2009 bermula dengan transisi kehidupan yang lebih bermakna. alhamdulillah di atas kurniaNya.

bila sakura memutih diranting, cukup memukau pandang.
kebanggaan jelata negara matahari terbit ini mempunyai ironi sendiri.

april menjelma.
tahun baru semester baru institusi akademik di sini.
riang ria di kawasan kediaman kala acara tahunan di sambut penuh warna-warni

mentari cerah memunculkan hangat dalam sinarnya.
bebunga yang penuh warna memekarkan perasaan yang penuh ceria dan bersinar2..

~saya rindu dia~selamanya

july kembali meneruskan jalan2 kehidupan.
ilmu kehidupan yang cukup memberi makna dan pengajaran.

Ya Allah, mudahkanlah urusan hambaMu.
pada setiap detik berilah petunjuk dan rahmatMu

ramadhan 1430H masih di daerah ini, buat kali ke2.
berpuasa di rantau punyai kisah sendiri.
ibadah yang dimuliakan, moga beroleh kemudahan

aidilfitri 1430H. juga buat kali ke2 menyambutnya di sini.
dalam hati sendiri kerana sebahagiannya di sana.
sabarlah (infinity) hati, terima kasih rasa.

okt & nov yang berlalu. dalam kejaran masa dan tugasan.
walau puas kadang menggaru kepala yang tidak gatal (err macamla idea boleh dtg dengan wat macam tu) tapi suka atau tidak, tugas perlu diselesaikan.
sedaya upayanya. selebihnya mudah2an urusan dipermudahkan.
december yang menjelang.
perayauan antarabangsa ke hong kong.
mengujakan juga ke daerah peninggalan jajahan sang puteh ini.

dalam hati hanya menanti.
mendoakan keselamatan perjalanannya ke daerah sakura.
alhamdulillah di sini kami bertemu dan melakarkan kisah manis yang tersendiri.

berakhir sudah episod 2009.
berdua itu cukup memaknakan dan melengkapkan.
alhamdulillah syukur..
.
.
akhirnya
.
.

azam materialistik yang perlu diteruskan...isk2

--- ada lagi ke? ---
awal tahun lepas saya menghadiahi ini secara fizikal

dan awal januari tahun ini,
saya ingin menghadiahi semua yang membaca edisi ini.

terimalah ;)

salam yang terindah buat semua

Tuesday, December 29, 2009

di mana ?




dah 5 hari bermenung2 mencari buah fikiran untuk di usahakan.
ada idea tapi taktau macamana nak disimulasikan.
di manakah gerangan?
Ya Allah berilah hamba kemudahan mencari ilmu Mu

Rabbishrah li sadri wa yassir li amri



takpalah, rehat2 la dulu. alasan!!
karang kena sergah haa hambik.. hik2.
kembali teruja mencanang itu ini utk teman y dalam pencarian warna-warni hari besarnya.

batuk oh batuk. bila mau hilang? perit sudah tekak

Saturday, December 26, 2009

kisah manis teman II



where should i begin? its somehow late to write this. tapi yang manis dalam kenangan kekal indah selamanya kan u. entry khusus buat teman ini, on her new side of lifestory.

bicara tentang teman ini hampir tiada hujungnya dan bagai terlupa dari mana mulanya. yang pasti anugerah teman y seorang ini cukup bermakna. terima kasih padaNya. alhamdulillah syukur.

sekadar umur y pernah dilalui bersama, suka duka cerita menyimpan memori tersendiri..
pahit manis yang berlalu, insyaAllah kita masih ada n mudah2an selalu ada sesama kita utk berkongsi rasa..

u percaya?

i kadang2 percaya, kadang2 terkesima.
menara kita tidak lagi sendiri kan u.
our 'one fine day' has come..
alhamdulillah


...congrats on your new bundle of joy...


dalam impian kasih yang dihajatkan,
mudah2an adam dan hawa ini kan bersatu dengan izinNya..
selamat menempuhi ikatan ini dengan penuh syukur dan pengertian

yang terindah buat mu teman adalah yang termanis dalam kenangan persahabatan kita

"cinta yang berlandaskan suci
tidak pernah mungkiri janji
sama-sama menanggung rindu
dan jujur selalu hingga keakhirnya
suci dan setia"~suci


~bila cinta bertasbih,
moga bersama izinNya kita terus bersyukur
atas segala anugerah yang diciptakanNya~

Thursday, December 24, 2009

sendiri sepi...



13 hari menganyam cinta di daerah ini. akhirnya saat itu berakhir jua..
hati kembali diragut rindu y berpanjangan..
rindu itu amat memilukan



terlalu banyak yang dikongsikan. dalam zahir lisan dan amali.
terlalu manis dalam kenangan...

terima kasih cinta kerana selalu memaknakan rasa ini.
saat pandangan y terakhir musim ini, sampai kita bersua lagi..
moga selamat tiba di destinasi

~sendiri sepi melihat bulan~