Showing posts with label malaya. Show all posts
Showing posts with label malaya. Show all posts

Jul 31, 2013

Yang istimewa..21 ramadhan

Apa y istimewa dalam kalendar kenangan kami..
Kelahiran y dinanti... 3 tahun nan lalu

betapa masa yang berlalu
walau pada awal perkongsian itu banyak pengorbanan
banyak kenangan yang tak dapat direalitikan
namun tetap penuh kesyukuran
masih punyai peluang hari ini
untuk menghargai dan mensyukuri
tiap-tiap yang diberi Illahi


terima kasih padaNya
Tuhan yang Maha Pencipta, Pemurah, Penyayang lagi Maha Mengasihani
syukur kehadratNya
semoga terus dilimpahi keberkatan, rahmat dan kasih sayang
semoga diberi segala kebaikan, keselamatan, rezeki dan keyakinan dan keutuhan iman
kepada amanah yang diberi
penyambung waris..

selamat hari lahir sayang (^_^)
terima kasih untuk semuanya

Jan 5, 2012

a famosa resort: ala-ala family day

cuti krisma yang lalu, ada invitation ke a famosa resort
wah, pertama kali juga la sebenarnya ke taman tema air. exciting. 
bukan nak mandi, tapi kita lebih suka ambil gambar je..
luas rupanya tempat ni ya.
banyak aktiviti, termasuk hotel, penginapan, golf, etc..
cantik juga landskap kawasannya
kami ke taman tema air je lah.
tempat budak2. pergi bersama family besar sebelah tn besar  
suasana hari itu.
panas. makin tengahari makin ramai pengunjung
tengok gelagat tn muda.
ini pertama kali dia mandi di khalayak. 
pengalaman pertamanya bermain pelampung, 
pakai baju mandi, dan explore kolam mandi
 
bukan main suka lagi. sampai takmo naik.. 
walaupun kaki tangan abis sejuk biru
 
lapar kan bila riadah kat luar.
dapat la bekal beli nasi ayam. sedaplah tu kiranya diwaktu2 lapar
tengok.
tn muda takmo dah didukung.
menangis2 kalau nampak orang nak ambil dukung dia..

isk2.. seronok ya dah dapat jalan sendiri ;)

Dec 17, 2011

musim kenduri

sejak majlis sendiri, hampir 3 tahun lepas, 
rasanya baru ini berkesempatan menghadiri jemputan kenduri kahwin. 
masa preggy kan tuan muda dulu, 
 
memang ada juga perasaan nak makan nasi kenduri.
satu nasi kenduri kahwin camni, 
dan satu lagi nasi kenduri kat kampung 

ala2 nasi ambang (berkat: orang jawa panggil)
 tapi sebab nun di sana masa tu, 
maka memang di abaikan secara total sahajalah perasaan itu...
hujung minggu,
beberapa minggu yang sudah,
dapatlah merasa nikmat makan nasi kenduri kahwin ni. 
nikmat tak terkata la makan masa tu. isk isk
cukup-cukup la tu ;)
alhamdulillah.. syukur

pengantin belum siap,
so, tn muda je la enterframe kan..


Dec 8, 2011

pertama kali: playground

akhirnya tercapai juga hasrat nak bawa tn muda ke playground. 
masa duduk nippon dulu, memang selalu angan2 nak bawa riadah guling2 kat koen (taman)
sayangnya taman kat sini kena pilih tempat jugalah kalau nak buat perkara yang sama
tapi tak pa, manfaatkan je apa yang ada..
datang dah nak maghrib. hari pula nak hujan. 
padahal nak singgah makan je.
suka pula dia naik yang ini.
takmo turun lak tu.
permainan lain dia masih takut lagi
nanti-nanti kita g lagi nak
 
tengah usha tn besar untuk g zoo.
entah bila la nak approve.. hik2
dah-dah, jom balik.. 

Dec 6, 2011

pertama kali: secret recipe

salam 10 muharam semua. 
alhamdulillah sekali lagi berpeluang 
untuk menambah amalan-amalan baik pada bulan Muharram ini. 
mudah-mudahan berserta niat yang baik, 
kita akan memperoleh rahmat dan keredhaanNya selalu...

lagi tentang kisah pertama kali: 
ala bukan apa pun. pertama kali makan kek SR.
yang selalu jadi sebutan.
ini adalah ihsan adik ipar yang comel itulah..
terima kasih ya.. 
merasalah juga kita ni makan kek mahal..
orang katalah.. hehe

tatau lah apa namanya ni
kita makan je. ramai-ramai.
yang meriahnya tuan muda la..
nanti-nanti, boleh la belanja kek lagi kan..;)

 Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, 
telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: 
"Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah 
nescaya terhapus dosanya dua tahun 
dan sesiapa berpuasa satu hari daripada 
bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." 
(Dikeluarkan oleh al-Tabrani) : ehsan

Dec 4, 2011

pertama kali: yee mee sizzling

banyak pulak edisi pertama kali kan. 
sebelum pertama kali buat trifle bunga, 
berlaku banyak kejadian pertama kali saya dan dia
kejadian 1: makan sizzling mee. 
kejadian 2: tungguuuu
kejadian 3: nanti dulu
hahaha apalah kan..


tapi nak buat camana, memang betul2 inilah pertama kali rasa. 
saya rasa biasa-biasa je mee sizzling di kedai tu,
mungkin ada yang lebih sedap kat tempat lain.
tapi saya tengok tn besar memang teruja makan ni.
dah sedap sangat agaknya. 
yang ni mee biasa.
huhu makan panas2 sedaplah kut.
saya punya dah kembang sebab makan lambat.


tuan muda tak nak duduk diam.
jadi saya layan dia main sambil suap fries.
lapar sangat. mungkin sebab dah kenyang makan fries,
feeling makan mee tu dah kurang.
tuan besar kata, eh betul ke ni tak habis.
takkan nak bungkus kan, pastu dengan seleranya dia habiskan semuanya. 

haha. sedap ya. nanti-nanti boleh la request lagi kan. suka-suka

Dec 1, 2011

trifle pudding bunga

lama nak buat, tapi tak tercuba lagi.
maka terjadilah percubaan yang pertama2 kalinya.
trifle pudding.

atas bantuan adik-adik yang sangat ceria and membantu.
riuh rendah dapur mertua dengan budak2 ni
 
saya hanya beli bahan dan beri arahan
sebab tuan muda dah terjaga saat kami plan nak mulakan operasi
maka sambil mendukung, sajalah saya beri arahan
walaupun sendiri tak pernah buat hahaha
yakin je..
sudahnya adunan kastard sikit sangat kut.
jellynya pun sama
 
maka hasilnya, tiffles ni jadinya dah macam bentuk bunga pulak.
jellynya sedikit, atau bekasnya agak besar.
tngok tu kelopak bunga nya timbul..
orang lain wat trifle semua kek tenggelam,
kami punya timbul lak..
haha tapi hati sendiri berkata comel lah..
tak rasa lagi, harap2 sedaplah..


hati rasa gundah dan kecewa
hampa
walaupun sedar itu semua datangnya dari kelemahan sendiri
dari kurang nya ilmu dan bijaksana
mengapa saya tak dapat buat sama baik macam orang lain?
mengapa saya pilih jalan ini walaupun tahu diri tak mampu
akan selesaikah tanggungan yang satu itu..

Nov 25, 2011

abu ada ayam

jumpa video ini. terus suka. 
tak sabar nak tunjuk kat TM
(eh sekarang suka lak guna initial ni. 
thanks achik kamalia beri idea ni). 
sedap pulak dengar video ni. musicnya taklah mengganggu sangat.
sapa-sapa yang dah abis idea nak menggayakan main/pujuk TM ni, 
tunjuk je la video. dalam fon pun ok juga kalau terdesak.. 
setakat ni takla menolak, tahan jugalah dia melayan video2 macam ni
tapi kalau dah meronta juga tu, tak dapat la nak buat apa kan..


ada sekali tu dia terjaga kul 4 pagi
dan cam nak menangis cari nenek
dengan mata terkulat2 ni cepat2 la buka player dia
haha terus tidur semula.
selamat la dari dia meraung pagi2 cam tu ;)

Nov 23, 2011

alahai fahmi

malam itu, sekeluarga tekun menyaksikan persembahan harimau muda.
sikit tak banyak tentulah teruja nak menyokong pasukan negara
gigih jugala sambil duk berlari sana-sini menangkap TM yang kerjanya nak pegang suis kat TV.
 
pulaknya permainan tak habis secara normal.
adeh sudahnya takda la tengok sangat, sekadar mendengar dr dalam bilik.
apa lagi, layankan TM tgk TVnya sendiri, 
kalau tak habis terganggu konsentrasi penonton kat rumah ni..;)

akhirnya terlena jg dia sewaktu waktu tambahan berakhir.
maka sempatla kita keluar tengok aksi yang mendebarkan itu..
alhamdulillah, rezeki harimau muda malam itu..
berkat rajin dan usaha. semoga kembali cemerlang..

oh fahmi. cayang dia muahh muahh. cayalah!.. 
err bukan KFCM ya tp nama sebenar TM pun fahmi juga hehe.. 

Nov 1, 2011

perjalanan hidup

sehari-hari memandu dalam jarak yang agak panjang, 
menyusur deras di jalanan yang kadang2 rata dan kadang2 berliku ombak, 
dari satu destinasi ke destinasi, 
yang sama berulang alik

harian menempuh perjalanan panjang itu
di hadapan sana,
jalan yang terbentang luas di iring lautan pohonan sawit
satu demi satu kenderaan
lori, kereta, bas dan lain-lainnya

yang di hadapan dikejar
yang di pintas jauh ditinggalkan
dan dihadapan kan muncul halangan
berulang2 kali
dan untuk melepasi halangan
adakala pantas
adakala terpaksa menunggu lama
adakala terpaksa berdepan bahaya
nekad dan tekad
keberanian dan kecekalan

ibarat kehidupan
satu demi satu rintangan, cubaan, halangan, ujian, dugaan
satu persatu telah dan akan kita hadapi
dengan apa kudrat, iman dan kekuatan yang ada

samada kita redha dan menerimanya sebagai satu ujian
yang mematangkan
mendewasakan
memantapkan

"Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar,
dan keluarkanlah aku ke tempat keluar yang benar;
dan kurniakanlah kepadaku kekuatan penolong dari sisiMu"
al-Isra': 80

Oct 26, 2011

doa selamat naik Quran

dulu-dulu belajar mengaji di rumah je. 
jadi tak adalah upacara dari satu tahap ke satu tahap ;)  
tengok budak2 ni mengaji seronok pulak. macam2 ragam. 
ini acara doa selamat bersempena mereka berjaya 
meningkatkan bacaan dari iqra ke Quran, 
satu pencapaian hebat untuk anak2 kecil ini. sekitar umur 3-5 tahun.
   
antara pengisian dalam doanya, 
semoga mereka diterangkan hati, 
dan dapat mempelajari bacaan Quran dengan baik.
 
   semoga, satu hari, isi kandungan al-Quran dapat difahami dan 
dijadikan amalan dan panduan hidup sehari-hari
alhamdulillah. semoga kita tak putus dari membaca 
dan memahami al-Quran kan.. ;)

Oct 24, 2011

proof reader

kisah hujung minggu..
sekeluarga bertiga piknik dan bersukaria di rumah
jumaat petang,
bawa pulang satu fail tulisan sendiri, yang hajatnya nak disemak
 
tak sangka rupanya kat rumah ada proof reader.
native lak tu.
alahai anak. ;)

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, 
baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali 
diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
“ Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: 
Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. 
Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

Oct 21, 2011

implikasi...

sejak dua menjak di tanah melayu ni, 
hari-hari bersarapan perkara seperti yang berikut.
   
 ini kan, entah apa la implikasi 
yang akan dicerap oleh badan dalam masa terdekat ni 
hehe apa? 
masak?
   
ya, selagi belum punya dapur sendiri, 
maka agenda memasak, 
sila serahkan pada pemilik dapur dulu 
lagi pun masakan beliau tentulah lebih sedap.. 
kih2.. alasan!
  
ah sila mulakan segera

Oct 19, 2011

kita mulakan

dengan niat dan kesungguhan, 
dengan usaha dan kecekalan 
semoga memperoleh ilmu yang berkat 
semoga berguna untuk agama, bangsa, negara
   
phew, lama dah tak berhadapan dengan siswa/siswi 
gemuruh juga rasa apapun 
sudah saya kongsikan apa yang ada 
moga memberi manfaat bersama
 
kegemaran tuan muda.. d
an kadang2 kebosanan juga dia menelek2 menda ni
sudahnya di ratah2 saja.. ahaha.. sedap gaknya ;)

Ya Allah! Terangilah pandanganku dengan kitab (Al-Quran),
dan lapangkanlah dadaku dengannya
dan mudah2an dapat aku beramal dengannya,