Showing posts with label anakanda. Show all posts
Showing posts with label anakanda. Show all posts

Aug 2, 2013

Rajin adik rajin

kisah hujung minggu lalu,
Bila mood rajin dia datang,
Sambil house keeping, tengok2 tekun pulak dia menconteng2 bukunya..
Budaya y jadi keperluan, tp kdg2 sukar nak dimulakan...
petang tu kami pergi menunjuk2 kuih raya kat gudang petang... 
niatnya, tak mahu bersesak2 pada hujung minggu akhir puasa ...

Jul 31, 2013

Yang istimewa..21 ramadhan

Apa y istimewa dalam kalendar kenangan kami..
Kelahiran y dinanti... 3 tahun nan lalu

betapa masa yang berlalu
walau pada awal perkongsian itu banyak pengorbanan
banyak kenangan yang tak dapat direalitikan
namun tetap penuh kesyukuran
masih punyai peluang hari ini
untuk menghargai dan mensyukuri
tiap-tiap yang diberi Illahi


terima kasih padaNya
Tuhan yang Maha Pencipta, Pemurah, Penyayang lagi Maha Mengasihani
syukur kehadratNya
semoga terus dilimpahi keberkatan, rahmat dan kasih sayang
semoga diberi segala kebaikan, keselamatan, rezeki dan keyakinan dan keutuhan iman
kepada amanah yang diberi
penyambung waris..

selamat hari lahir sayang (^_^)
terima kasih untuk semuanya

Apr 5, 2012

jom kira

Pengiraan Pindahan Gaji

boleh di buat di sini : http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan


TM pesan, mummy, berbelanjalah dengan berhemah.. 
upsss

Apr 4, 2012

WW 04.04.2012


fokus!

Apr 2, 2012

preloved item

vrooommmm ...

auntie, tengok la kita dah pandai drive train..
 suka beli barang2 preloved di sini http://www.mybundletoys2.blogspot.com
barang2 nya pun masih elok.. kalau ada rosak pun, wajarlah dengan harganya ;)

train y ini accessories masih baik. semua cukup,
kecuali speaker dia dah pecah la suaranya.. hehe tapi takpe

tuan muda tengah gigih tambah vocab dan kenal objek2 baru...
tuan muda pesan.." come and ride the train with me..."

Mar 30, 2012

rezeki

kawan2 tm yang sama batch,
 ramai yang dah beradik..
 
 tak pun otw nak ada adik 
hehe tm bila ntah agaknya nak berezeki ada adik ni.. ;)

Mar 5, 2012

indah nya suasana pantai

tengahari singgah di pantai
haruslah panas terik menyengat
  
tapi tuan muda turun kereta je meluru nak ke pantai
dia dah faham agaknya nak mandi kat situ
   
tapi sorry eh my dear
kita tak bawa swimming suit...
lagipun panas terik, takda sapa nak layan kamu mandi pantai
kita mandi kat umah je dah la ya
dalam besen nenek.,
kih2
meh main lukis-lukis dulu
;)

Feb 29, 2012

laju laju...

bayangkan kalau dapat peluang naik ini dengan tn muda. 
mesti dia suka kan.
 
pastu mesti dia angkat tangan lambai2.. hehe
tapi belum dpt peluang lagi.. huhu 

Feb 22, 2012

ke menara taming sari

ke melaka lagi le teman sekeluarga hujung minggu yang sudah..
ada saudara datang dari indonesia,
memandangkan mereka ada yang kurang sihat,
bawa lah berjalan ke melaka sahaja. dekat sikit dan kurang hingar.
 
ke menara taming sari sahaja lah 
mak tn muda sangatlah suka. 
eh macamlah bawa dia g jejalan
 
kita kan suka bebenor manjat bangunan ala2 tower ni.
walaupun yang ini tak tinggi mana,
kira oklah kan.
 
sambil tu, nak tengok juga macamana reaksi tn muda.
boleh geng tak dengan mak dia ni.
 
"fuuuuuuuuuuuuuuuuuu....."
haa itulah reaksi dia masa menara tu mulai bergerak ke atas.
terus nak turun dari tempat duduk
 
dan duduk sendiri macam ni.
 
sambil tak sudah2 sebut "pergh, bird.."
pelik dan gembira sungguh nampak reaksi
 
maknya ni lagilah rasa suka ;)
errk tn besar tinggal kat bawah. kih2
ronda2 sini jelah tengahari tu...
ermm menara mana lagi nak panjat ni?
jom tn muda, kita pergi lagi nak?

Feb 15, 2012

jaga gigi

"Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka, pakai baju,
minum kopi, makan roti,
pakai kasut, pergi sekolah... >>"
tuan muda lambat tumbuh gigi.

umur setahun sebulan agaknya barulah muncul gigi pertamanya (4 batang).
 
sekarang dah setahun lima bulan 2 minggu, 
baru nak muncul gigi kelima dan ke enam nya.. alhamdulillah..
err makin kuat la gigitannya tu nanti. siap sedia sapa2 yang kena.

dah lambat ke nak kenalkan berus gigi kat dia ni ya?
balik kerja, dia memang suka check isi handbag.
dengan harapan, memang ada chocolate dalam bag tu untuknya la.
tapi hari itu, saya letakkan berus ni sahaja.

 
bila dia tengok, terus cakap, "haaa... bit bit..."
oh rupanya ada gambar rabbit kat situ.

tau pulak tu, terus masukkan berus tu dalam mulut.
tapi tak lama la, sebab geli2 kut kena lidahnya.. hehe

 
mudah2an suka dia menjaga giginya 
supaya bersih dan tahan nanti ;)

Tips jaga gigi kanak-kanak : info 1, info 2

Jan 28, 2012

vaucer buku

haruslah tak dapat kan.. sebab dah bukan student lagi.. 
berlegar-legar di kawasan library, jumpa lak buku ni.. 

menarik juga..
bolehla menambah2 santapan minda dan rohani
kompilasi dari video-video ceramah

beli tu memang cukup rajin,
membacanya tu kadang2 'rajin' juga..
tambah2 ada teman membaca sorang ni haa..;)

Jan 5, 2012

a famosa resort: ala-ala family day

cuti krisma yang lalu, ada invitation ke a famosa resort
wah, pertama kali juga la sebenarnya ke taman tema air. exciting. 
bukan nak mandi, tapi kita lebih suka ambil gambar je..
luas rupanya tempat ni ya.
banyak aktiviti, termasuk hotel, penginapan, golf, etc..
cantik juga landskap kawasannya
kami ke taman tema air je lah.
tempat budak2. pergi bersama family besar sebelah tn besar  
suasana hari itu.
panas. makin tengahari makin ramai pengunjung
tengok gelagat tn muda.
ini pertama kali dia mandi di khalayak. 
pengalaman pertamanya bermain pelampung, 
pakai baju mandi, dan explore kolam mandi
 
bukan main suka lagi. sampai takmo naik.. 
walaupun kaki tangan abis sejuk biru
 
lapar kan bila riadah kat luar.
dapat la bekal beli nasi ayam. sedaplah tu kiranya diwaktu2 lapar
tengok.
tn muda takmo dah didukung.
menangis2 kalau nampak orang nak ambil dukung dia..

isk2.. seronok ya dah dapat jalan sendiri ;)

Dec 23, 2011

awas

mempelai belum bersanding.
tetamu bersusun depan pelamin.
si kecil riang sama2 bermain
di depan singgahsana mahligai pengantin..

oh anak.. 
sememangnya hari bahagia semua orang pun sama2 suka

Dec 8, 2011

pertama kali: playground

akhirnya tercapai juga hasrat nak bawa tn muda ke playground. 
masa duduk nippon dulu, memang selalu angan2 nak bawa riadah guling2 kat koen (taman)
sayangnya taman kat sini kena pilih tempat jugalah kalau nak buat perkara yang sama
tapi tak pa, manfaatkan je apa yang ada..
datang dah nak maghrib. hari pula nak hujan. 
padahal nak singgah makan je.
suka pula dia naik yang ini.
takmo turun lak tu.
permainan lain dia masih takut lagi
nanti-nanti kita g lagi nak
 
tengah usha tn besar untuk g zoo.
entah bila la nak approve.. hik2
dah-dah, jom balik.. 

Nov 25, 2011

abu ada ayam

jumpa video ini. terus suka. 
tak sabar nak tunjuk kat TM
(eh sekarang suka lak guna initial ni. 
thanks achik kamalia beri idea ni). 
sedap pulak dengar video ni. musicnya taklah mengganggu sangat.
sapa-sapa yang dah abis idea nak menggayakan main/pujuk TM ni, 
tunjuk je la video. dalam fon pun ok juga kalau terdesak.. 
setakat ni takla menolak, tahan jugalah dia melayan video2 macam ni
tapi kalau dah meronta juga tu, tak dapat la nak buat apa kan..


ada sekali tu dia terjaga kul 4 pagi
dan cam nak menangis cari nenek
dengan mata terkulat2 ni cepat2 la buka player dia
haha terus tidur semula.
selamat la dari dia meraung pagi2 cam tu ;)

Nov 23, 2011

alahai fahmi

malam itu, sekeluarga tekun menyaksikan persembahan harimau muda.
sikit tak banyak tentulah teruja nak menyokong pasukan negara
gigih jugala sambil duk berlari sana-sini menangkap TM yang kerjanya nak pegang suis kat TV.
 
pulaknya permainan tak habis secara normal.
adeh sudahnya takda la tengok sangat, sekadar mendengar dr dalam bilik.
apa lagi, layankan TM tgk TVnya sendiri, 
kalau tak habis terganggu konsentrasi penonton kat rumah ni..;)

akhirnya terlena jg dia sewaktu waktu tambahan berakhir.
maka sempatla kita keluar tengok aksi yang mendebarkan itu..
alhamdulillah, rezeki harimau muda malam itu..
berkat rajin dan usaha. semoga kembali cemerlang..

oh fahmi. cayang dia muahh muahh. cayalah!.. 
err bukan KFCM ya tp nama sebenar TM pun fahmi juga hehe..