Jan 23, 2014

memoir adam dan hawa

tekan remote sana-sini
rancangan tak ada yang menarik sungguh.
sambil layan si kecik guling-guling.
tertekan satu channel, bukan kerana aku tak cinta
best ke drama ni.. google2 tengok adaptasi novel juga.
bestlah tu agaknya.
elok je tengok dah habis pulak.. aishh (ni mode tak tekan button info)
tak lama, rupanya ada memoir adam dan hawa
huhu rindunya.
novelnya, dramanya sumer dah pulun dulu
kisah adam dan hawa, dalam novel itu, apatah lagi
kisah kasih sayang, terpisah jarak, pertemuan dan kembara
subhanallah
begitu besar perancangan Allah
alhamdulillah, syukur
genap yang ke 5 tahun
semoga ikatan jodoh ini
berkekalan dalam lindung rahmat dan kasih sayangNya
terima kasih Allah untuk semuanya

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

2 comments:

  1. happy aaniversary ke 5 k.ez..moga bahagia selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. cam tetiba je dah 5 tahun..alhamdulillah

      Delete