Aug 29, 2011

takbir mulia

terbenam suria petang ini,
cahaya syawal menjelma,
bersambut alunan takbir,
menyeru kebesaran Illahi..
alhamdulillah syukur

disunatkan membaca takbir di luar solat, 
pada Hari Raya Aidilfitri,
dimulai dari terbenamnya matahari akhir ramadan 
hingga imam berdiri untuk mengerjakan solat hari raya.
Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri 
adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Rakaat pertama : takbir 7kali selepas takbiratul ihram 
dan doa iftitah kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua: takbir 5 kali dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment