Membaca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).
Membaca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).
Disunatkan berpuasa pada 1 – 10 Muharram.
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
- Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram. Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
- Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
- Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
- Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
- Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
- Menziarahi rumah orang alim.
- Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
- Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
- Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
- Menziarahi kaum keluarga
- Mengerat kuku
- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
- Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu
- Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
- Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
- Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
info: info:
salam eize..
ReplyDeletecamana perasaan sambut thn baru dgn TM depan mata?
:)
selamat tahun baru ye..
salam maal hijrah..
ReplyDeletemudahan tahun baru ni sentiasa membawa keberkatan dalam hidup kita semua.insyaallah...
alhamdulillah.. setiap masa rasa penuh syukur n sempurna bersama semua ;)
ReplyDeletesalam maal hijrah...
ReplyDelete