Nov 26, 2011

Awal muharam

alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan, untuk menambah dan memperbaiki amalan. mudah2an kita sama2 memperoleh rahmat dan keredhaan dariNya.

Membaca doa akhir tahun –   Selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).

Membaca doa awal tahun -     Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).

Disunatkan berpuasa pada 1 – 10 Muharram.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram


  1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram. Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
  2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
  3. Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.
  4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
  5. Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
  6. Menziarahi rumah orang alim.
  7. Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
  8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
  9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
  10. Menziarahi kaum keluarga
  11. Mengerat kuku
  12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.
  13. Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu
  14. Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
  15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
  16. Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali


info: info:

4 comments:

  1. salam eize..
    camana perasaan sambut thn baru dgn TM depan mata?
    :)

    selamat tahun baru ye..

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah..
    mudahan tahun baru ni sentiasa membawa keberkatan dalam hidup kita semua.insyaallah...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. setiap masa rasa penuh syukur n sempurna bersama semua ;)

    ReplyDelete