Feb 21, 2009

wedding journal IV

utusan hati ~ dari kampung ke desa, jan 25th 2009

"Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru.."


ketibaan ke daerah baru. erm di sini rupanya destinasi. keraian y serupa, riuh rendah sedesa.. tema di desa, chocolate cream dan songket biru.retro..

kompang dipalu, muzik bergema, zapin lagi.. hari mulai mendung, walau cerah memulakan hari. yang bertari adik ipar bongsu sendiri..

tapi tension arr..seperti di sana, pengantin kena tinggal lagi. kali ini di meja makan. sungguh bermoral jadinya. mata semua berkalih pandang, menyaksikan rentak zapin. maka dengan suka hatinya pengantin menjamu tanpa paksa. owhh sangat lapar.upppss

usai makan, sesi fotografi secara tradisi bersama keluarga & taulan.. senyum yang berpadu

segan sungguh di situasi dengan kenalan-kenalan baru. sesi bersalaman dengan keluarga. boleh plak tak cam rupa. haa kan tak pasal dapat teguran dari saudara yang tua..
gomen ne abg long. orang lupa arrr...

usai majlis, sebagaimana di sana, mendung tak tertahan. hujan turun selebatnya.. rahmat sekelian alam. menyejuk pandang menyegar perasaan

dari kampung tandang ke desa
riuh sekampung datang merai
terima kasih pada semua
raja sehari mengundur diri..


akhir kalam, terima kasih yang tak terhingga. jurufoto terutamanya yang merakamkan suasana dibalik lensa walau dengan kerenah yang pelbagai.
buat kedua keluarga, bagai yang direncana menjadi nyata, budi setahun segunung intan.
buat semuanya, terima kasih segala...

buat yang tercinta
~yang kan terjadi tetap terjadi~

10 comments:

  1. congratz!!!
    beautiful wedding.
    esp. pakai baju merah tu.

    btw, welcome to the club!
    =)

    ReplyDelete
  2. ngee..nur..santek r pic yg kat ur profile tuh :P

    ReplyDelete
  3. xeea: arigatou.merah menyala2 di bawah terik matahari (^_^)

    nana: cun tak?hehe time kasih lerr

    ReplyDelete
  4. cup cakes yg tdk sempat ku merasainyer..hanya pegang kotaknyer shaja...hehhee..tpi xpelah pegang kotak pun..ok jugak..hehehhe

    ReplyDelete
  5. alahai..dpt pegang kotak je ya. erm siannyaa

    ReplyDelete
  6. waahhh! pengantin baru rupenyer yer! tahniahh! selamat melayari bahtera perkahwinan dengan jayanya! :)

    ReplyDelete
  7. Cupcake yg comel n menarik..i pun xperasan ada cupcake sebenarye..i cuma tau dr foto2 yg diambil oleh....????hehehe sendiri mau ingat la kan:-)

    ReplyDelete
  8. alahai.. napa u x perasan. i tau la u cuma memerhati si penangkap cupcake tu je..hik2..

    ReplyDelete