Aug 31, 2011

dia..anugerah aidilfitri & salam kemerdekaan

setahun yang lalu, saat ini, di tarikh ini, khalifah kecil ini,
 sedang berjuang, untuk hadir di bumi Allah.
 di beri sebesar anugerah oleh Illahi,
di izin lahir dan menghirup udara,
nikmat dari yang Maha Esa,
assalamualaikum putera hati
bersambut azan dan iqamah
setinggi syukur atas kelahirannya

dan hari ini, saat ini
 genaplah setahun usia
bahagia, sihat, dan gembiralah kamu di sisi keluarga 
y mendidik dan membelai kamu sesempurnanya
dan untuk tiap2 detik waktu,
dari izin Allah tercipta dan membesarnya kamu dalam rahim ini, 
dari sejurus kelahiranmu, 
dan waktu2 kejauhan kita bermula dari itu, 
hanya bait2 doa dan harapan yang tidak terhingga. 
walau dari jarak yang ini memisahkan kita, 
takkan pernah putus untaian doa buatmu
yang memaut airmata dan kerinduan
kasih sayang yang tak terucapkan
duhai anakanda yang dikasihi,
selamat ulangtahun kelahiranmu yang pertama.

maafkanlah ...
tidak disisimu menyisipkan doa. 
tidak disisimu setahun istimewa y ini
untuk membelai dan membesarkan..
tidak disisimu menyaksikan
tidak disisimu untuk semua
dan di antara zarah2 kenangan antara kita
terima kasih kerana tidak pernah menyakitkan
sepanjang jasad kita bersatu badan
terima kasih kerana selalu membahagiakan
terima kasih di atas tiap2 kesempatan
terima kasih untuk setiap dakapan dan senyuman

anakanda cinta hati ayahbonda,
moga selalu dalam lindung rahmat dan kasih sayangNya..

"And a happy birthday to your baby! 
Can you believe a whole year has gone by since you gave birth? 
A lot has happened, in his life and yours. 
If only you had one ringgit for every dirty nappy, 
every papaya-stained shirt, and every precious baby smile...! "
 and I missed those precious moments.. :(

salam aidilfitri buatmu kekasih2 hati.
moga satu masa nanti kita kan kembali bersama..
terima kasih untuk segalanya


SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
“O my Lord! Make me one who performs Salah, 
and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.

9 comments:

  1. Happy birthday utk tuan muda moga membesar jd anak yg soleh Dan bijak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah! moga terus membesar dengan sempurna. :D

    ReplyDelete
  3. Doa seorang ibu. Walaupin berjauhan hati naluri ibu dan anak tetap bersatu. Semoga dipermudahkan untuk bersama kembali, amin

    ReplyDelete
  4. ingatkan besdey dia hri tu..huhu..hepi besdeyy tuan muda..anak merdeka rupanyaa~~

    ReplyDelete
  5. hanis: amin. terima kasih hanis ;)

    asmara: syukur. terima kasih doanya ;)

    myrule: mudah2an tercapai maksud.. thanks mummy ah (^_^)

    anum: aritu bday bulan islam. ni bday dlm sijil kelahiran lak.. terima kasih acik anum ;)

    ReplyDelete
  6. ooo.. share tarikh yg sama ngan puteri kita ek..

    moga tuan muda membesar sihat walafiat.. aminnn

    ReplyDelete
  7. 31 hb ya? terima kasih ya..;)

    ReplyDelete
  8. happy birthday to you...
    happy birthday to you...
    happy birthday to Ammar...
    happy birthday to you...

    ReplyDelete
  9. thank u bonda.. take care tau ;)

    ReplyDelete