Oct 27, 2010

imbas lalu menjelang detik itu...



AWAS!
entri ini lebih panjang aksaranya dari biasa..:)

bila tiba masa 'menunggu hari',
bila dijangka tibanya lebih awal
dalam hati tertanya,
bilakah tandanya akan muncul, bilakah si kecil akan tiba.
bagaimanakah rasanya?
masih selesa di 'dalam' sanakah? :)

persiapan seadanya..
detik menghitung masa

ingatkan nak kongsi tarikh lahir,
tapi hingga tarikh itu dia masih seronok bermain2 di dalam..

hinggalah pagi isnin itu
'rasa2 sayang' tu dah terasa beberapa kali.
mujur petang tu memang dah berjanjitemu
hati mula berkira2..
cuak mula nyata kat muka ;)

check-up dihospital jam 4 petang.
jalan sudah bertanda 2, tapi doktor minta admit keesokan harinya.
Beredar dari hospital, dua2 senyap.
bagai ada fikiran panjang yang sedang dipertimbangkan.
diri ini dah tentulah rasa bimbang,
bagaimana nak melalui 'rasa' itu..
si dia di sisi saya juga sepi.
mungkin bimbang bagaimana mahu melalui bersama..hehe

patutnya pulang ke desa,
tapi si dia ubah agenda.
kita balik kg je lah..dah dekat
ni
hoyeay...



sambil tunggu nak berbuka puasa, jalan2 tinjau istana impian..
30 min sebelum berbuka, sempat juga berkuda ke bazar..
macam la mak xmasak petang tu ;) tapi gagah juga.
rezki pelawaan jgn ditolak

rupanya petang tu adalah terakhir menjamah ais, hinggalah sekarang ;)..
owhh murninya menahan diri

dalam duk berjimba2 ria tu,
sbnarnya 'rasa sayang' tu makin kuat dan makin kerap..
owh sudah tiba kah masanya?
perlu menyerahkan diri malam ini jugakah?
*
**
****
********
*
*
*



see.. saya sudah kena tag!
saya TIDAK pernah bermalam di hospital.
saya TIDAK pernah berbaring di katil hospital.

mujurlah bila dah terbaring sakit tu lupa saya di mana.
bau ubat2an, sila menjauhi saya ya. bukan tak suka tapi saya tak boleh..

maka bermalamlah kami di hospital.
tidur?ayam pun tak tidur macam tu kut.hik2
'rasa sayang' makin kerap n makin buat muka saya berkerut menahan,
hingga dinihari..
bergerak ke 'ruang suite' usai subuh;)
hati hanya kuat berzikir & selawat
sekuat 'rasa sayang' yang mencengkam
dia masih kekal setia di sisi,
bagai mahu berkongsi 'rasa sayang' itu..
kami menanti wira kecil yang sama2 berjuang melihat dunia.
terima kasih jiwa.

ya Allah permudahkanlah urusan kami
rupanya begitu 'rasa sayang' untuk menyambut pewaris buah hati kami
rupanya begitu pengorbanan seorang ibu
subhanallah alhamdulillah allah akbar
dalam waktu dhuha
bersama kasih cinta berpanjangan,
selamat datang sayang

assalamualaikum dunia,
hamba datang
bersambut azan dan iqamah, airmata kasih ayah&ibu
moga Allah selalu merahmati mu
duhai anakanda yang dikasihi

malam pertama kami bertiga.
hari pertama kami 'naik pangkat' ;)
selesa juga bermalam di hospital ini.
makan pun best
err bukan dah patut mula pantang ke?
eh esok je la mula bila dah balik umah..hik2

servis pun tiptop. tekan je button.
sampailah semuanya
err bilnya jangan tak tersangka plak ya..;)

penghargaan dari pihak hospital.
satu2nya bayi yang dilahirkan pada tarikh itu di sini..
best juga bila ceo dan vvip datang menziarah
iringan boleh tahan juga
kalau macam ni, 'next time' leh booking sini lagi..;)


ok sudah2 la tu. nenda dah datang.
dah2 jom balik desa!
mulakan 44 hari indah anda
dengan ceria dan positif2 saja


p/s: terima kasih yang tak terhingga buat
--> datuk doc., midwife, 7 jururawat pengiring, petugas2 hospital.
--> keluarga, keluarga mertua dan ipar duai..
terima kasih atas budi dan jasa
terima kasih untuk segalanya

2 comments: