Sep 27, 2012

kembara tokyo TM

alhamdulilah, 
usai urusan kembara terjauh setakat ini bersama TM.
lepas lah niat nak bawa TM ke nippon.
walaupun dulu 8 bulan dia dalam perut ni duduk di sana.
 
pertama kali nak bawa dia naik pesawat. bimbang juga.
dan ternyata kebimbangan tu berasas.
sebab memang dia menggelupur habis semasa flight take-off.
kesian sangat tengok dia, minta turun dari flight masa tu..
nak naik car..nak naik car

alahai anak.
ingatkan dia suka, tapi jadi macam tu lak :)
mula-mula je excited.. lepas tu, hai maaflah kepada penumpang y lain..
perjalanan 7 jam tu terasa makinlah panjang sebab kesiannya dak kecik ni..
turun dari flight, dapatlah pulak TM merasa naik bas..
hehe apalah..
selama ni dia suka betul dengan bas, cuma tak dapat bawa naik je lagi
yang ini suka plak dia...
alhamdulillah, sampai sudah ke tokyo..
apa pula cerita berikutnya
sambung nantilah pulak ya ;)

4 comments:

  1. kalau seat nonggeng macam gambar tu, kita pun nak mintak turun, hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. Wee best tgk TM pgg menu tu smart!

    ReplyDelete
  3. Saja alih perhatian dia...kalau x asyik nak meraung je :-)

    ReplyDelete