Aug 31, 2012

merdeka dan selamat hari lahir

selamat hari lahir Malaysia..
semoga terus aman makmur
kekal harmoni
merdeka dalam silaturrahim dan bermaruah
walau
di air yang tenang
didasarnya tetap kan muncul gelora dan gelombang
jangan lupa tebing dan pantai yang setia
batuan yang memagar
hidupan yang menghias
itu rantaian kehidupan
itu juga kesinambungan hidup
lumrah dan takdir yang diciptakan

 
dan bersempena 31 Ogos juga,
ulangtahun kelahiran TM yang ke-2
alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi
terlalu besar kurniaNya
pada seluruh hamba
dengan izinNya,
memberi sebesar2 nikmat rezeki anak
dikurniakan sesempurna sifat
dan didoakan ketaatanNya pada Allah yang Maha Mencipta
duhai anakanda yang dikasihi
terima kasih untuk segalanya
atas tiap ruang dan kesempatan

ya saya berterima kasih pada anak kecil itu
yang selalu buat saya terfikir
di mana mulanya kita
yang buat saya terpana
bagaimana akhirnya kita
doa yang malar untuknya
sejahteralah kamu wahai anak
hidup yang berjaya dunia dan akhirat

benar tiap-tiap sesuatu,
pasti kan ada hikmahnya..

2 comments:

  1. Salam Easy

    Selamat hari lahir utk anak kesayangan...semoga menjadi anak yg soleh.
    Aminnn

    ReplyDelete
  2. happy bday syg..moga Allah merahmati hidupmu syg:)...

    ReplyDelete