Aug 6, 2012

anugerah kegagalan

perit bukan?
siapa lah yang mahu kan kegagalan
siapa yang tak pernah rasa erti kecundang
siapa yang tak pernah lalui sakit dikecewakan

sebenarnya rasa sebak
saat2 yang akhir pertarungan itu saya tak saksikan
rasa memang berdebar
tak mampu
apatah lagi, selepas terlihat wajah dukanya
selepas takdir kegagalan itu berlaku sekali lagi

dia membawa semangat negara
di bahunya tergalas harapan satu bangsa, satu negara
tak kisahlah kan, apa saja ganjaran atau imbuhan
itu satu kelebihan
tapi melihatkan semangat dan tiap titisan peluh dan kudrat yang dikerah
ohhh rasa begitu terharu
dipentas itu dia meletakkan hasrat negara,
mesti dia dah tak fikir tentang cita-cita dirinya sendiri..

isk-isk sudah2.. emosi pulak
tapi serius lah
kadang2,
lebih sukar rasanya bila tak berjaya nak merealisasikan hasrat orang lain
kadang2,
lebih gerun memikirkan kehampaan orang lain
walaupun,
yang berpenat lelah itu diri kita sendiri
dan
yang tahu apa rasanya kesukaran itu adalah diri sendiri

apapun, semua kan ada hikmahnya..
ganbatte yo!

3 comments:

  1. saya sebak tengok dia menangis. mmg kita pun terasa sgt2 sedih apatah lagi dia yg mengalas tanggungjawab tu kan. masih bukan rezeki utk emas.

    ReplyDelete