Mar 26, 2009
shitsubou shita
"yang bernama hidup dan kehidupan
yang bermaksud rasa dan perasaan
yang ditafsir faham dan kefahaman
yang diguris luka dan kelukaan"
berapa banyak yang daa..
inilah masalahnya bila cepat sangat tersagat rasa.
kenapa ntah agaknya.bukan tak pernah terluka,
bukan tak biasa berair mata, bukan hidup ini mudah segalanya..
tak apalah.apa nak dikeluh kesahkan,
apa nak dipanjang2kan.
pahit manis rasa harus ditelan jua.
kalau sedap, sedaplah.. kalau terpahit, termasin,
termanis, maka mungkin dah lain dari yang diharap.
sebab itu hidup dikatakan jangan terlebih2..
sederhana, sedang-sedang, seadanya..
kerana mungkin terlupa dan kelupaan itu mengisi hati,
sekelip mata terhanyut leka. erm abaikan la gambar dan catatan bicara.
nampak tak sekufu langsung kan?
relewannya, bagaikan rasa dalam nikmat makanan2 ini..
andai ramuanya secukup rasa, terserlah nikmatnya.
tapi andai sebaliknya, yang nikmat itu kan berpaling manfaatnya..
mungkin...
~melawan kesejukan hati, seorang aku mungkin telah terlupa.
melankoli dan penyerahan yang berpanjangan, hingga hujung masa yang ada..
~maafkanlah hati, seorang aku menyingkir hampa
"Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.."~kehidupan
..::apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti::..
~ peliharalah hamba-Mu ini dalam lembayung barakah-Mu...
Labels:
foods,
tinta rasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment