Mar 29, 2009

hanami di Iizuka


edisi jalan-jalan ke Iizuka.sempena sakura yang mula memekarkan diri dibalik ranting kering..

dengan menyertai perarakan ini, maka musnahla masa berkurung dihujung minggu yang nan sehari ni je.. hehe. murni tak aktiviti lazim tu..

perjalanan bermula sekitar 930am & tiba dilokasi 11am.err lupa lak, tatau apa nama taman ni.
suka tengok masyarakat ni menghargai ketibaan musim bunga.episod begini biasanya berterusan sepanjang musim ini..

tahun ni, tak pasti, dapat lagi tak tengok lautan bunga yang penuh warna dan pesona.. inilah sakura di rantingnya.. cantik, tapi kalau lebat lagi, tentu tambah cantik dipandang mata
suasana suram sikit arini. kalau langit cerah membiru, tentu lagi cun..

cantik, tp yang cantik di mata kadang2 susah nak diterjemah secara digital kan?

hehe alasan nak meminang DSLR la ni..isk2, bila yea?

suasana sekitar taman ni.. takda apa yang jadi fokus, kecuali sakura..

ini pemandangan dari puncak taman... eiii rasa nak tolak je sesapa dari atas ni.. uppss

aahaa edisi makan2 haruslah menjadi agenda utama bila ada sesi perjumpaan kan..

maklumkan, mana ada pasar malam atau warung cik kiah apatah lagi restoran en mamat yang bole diserbu..

huishh semerbak. puas hati dengan saiz sate nih. kalah sate kajang.. err ni sate sakura kut. makan 3 pun dah berlari2 sate tu dlm perut nih.

apapun integrasi masakan ni mengujakan juga la.kenyang perut sukahati..alhamdulillah..sedap2 masakan sempai2 semua..lupa nak snap sume makanan yang ada. yang pasti, memang meriah dengan pelbagai rasa & warna

erm, tak tau nak bawa makanan apa.. lagipun secara amaturnya, takyah la amik risiko. so, ini je la pemanis rasa untuk semua. taktau la sedap ke tidaknya

ok2 dah la tu..mohla balik. sejuk makin mencengkam rasa.. sampai jumpa lagi.

seputih lautan sakura
sedingin suasana
sesuci rasa dijiwa
setinggi syukur padaNya

~buat yang tercinta
suatu masa & saatnya, kita kan nikmati keindahan ini bersama


6 comments:

  1. cantiknya....moga suatu hari nanti dapat jejak ke sana....

    ReplyDelete
  2. tgk live lg cantik tau.. sakura y berguguran..sayu2 ;)

    ReplyDelete
  3. mula2 baca cam rasa wah bestnyer...tpi lelama cam sayu plak...sbb org tu berjauhan dgn hsband die..xpe22....nanti bersama-sama menikmati keindahan sakura yek..:)

    ReplyDelete
  4. alahai, memahami nya.. indah macam mana pun, kalau y di hati jauh di mata, apalah maknanya rasa kn..

    ReplyDelete
  5. u, kn kita dh lama bincangkn isu mata dan hati ni..
    ke yg kita bincangkan bahu dan mata..
    erm xtau la u..
    kita ni dh banyak sgt berbincang kut:-)
    wlu apepun, moga semuanya menjadi yg terbaik untuk u

    ReplyDelete
  6. mata hati..perbincangan masih berpanjangan selagi ada share of thoughts kn u?

    erm xpalah.optimize je rasa dgn available resources (^-^)

    ReplyDelete