May 12, 2011

Golden Week, 2011 Trip: Day 1

dah beberapa kali dapat jemputan untuk ke Mt. Aso.
Tahun lepas terpaksa la menolak sebab sedang berdua2an dengan tn muda.
Tahun ni, eh dapatlah kita join kumpulan kawan2 yang nak ke sana,
sempena cuti panjang Golden Week
sebelum bertolak kita makan dulu.. 
tengok tu, bersusun je. dah cam kat asrama pulak. hehe 
kakak y baik hati dengan rajinnya buat home-made burger ni.
saya? bismillah, jemput2 makan..;)
haii dapat juga sampai sini. mula-mula pergi bandar Kumamoto (熊本) dulu.
Cantik taman Suizenji ni. tapi tak lah luas sangat seperti di Kanazawa, tahun lepas. 
kolam ikan. agaknya sinonim kut kat sini. asal ada kolam je ada ikan. 
eh memang lah. takkan dalam kolam ada keropok lekor pulak kan? hahaha
haa betul kan saya cakap. besar2 ikan dalam tu. banyak jangan cakap la.
kalau dapat 2 ekor wat lauk malam pun cukup dah tu. dah la manja. 

kita lalu sebelah dia pun ikut je semua. siap beratur lak tu..
dia ingat kita ada bawa roti tuk dia kut. alaaa ciaannn ya...

kemudian, kami ke Kumamoto Castle.
tak amik gambar pun dalam castle ni. ramai betul manusia. pening pala.
ni entah apa la pakcik pahlawan duk bersembang.
suara garang tp muka cute.

rasanya sama je konsep mana2 castle pun kat sini.
alahai kenangan~

7 comments:

  1. seronoknya... tp x taulah kenapa dulu masa aku pg Japan..ada jugak diorang bawak pegi gunung, Iizuna Heights nama tempat tu x silap, ada air terjun cantik tapi yang peliknya takde org mandi pun mcm kat sini. pastu diorang explained air terjun x boleh buat mandi sbb air tu sejuk sangat, tp aku celup2 kaki xdelah sejuk mane..hehehe..x taulah..maybe diorang takut ganggu ekosistem kot..

    ReplyDelete
  2. sbb tu kut air terjun x rosak..;)

    ReplyDelete
  3. bila la nk smp japan ni...
    dlm mimpi jerla kot... ;)

    ReplyDelete
  4. katanya RM500 je masa offer airasia..;)

    ReplyDelete
  5. besnye..
    satu,jepun mmg cantik..sejuk mata memandang

    keduanya,gebusss nya burger tu..

    ReplyDelete
  6. bestnyer...bila la nak sampai sana ni..

    dok tgk bos jepunku je ari2..heheh

    ReplyDelete