Dec 18, 2009

yang dinanti II



macam dah bersawang je laman rumah ni. edisi berjalan2 dah hampir berakhir.
yang tinggal kenangan y cukup bermakna.

terdahulu, salam maal hijrah 1431h untuk semua.
moga tahun ini amalan kita lebih baik dari y sebelumnya. semoga dalam peliharaNya selalu..

kembali dari hong kong (entri ini masih belum difikirkan lagi penulisannya..), bermula jalan2 kembara di kawasan sekitar. dah hampir dua tahun berkelana di sini, tapi rupanya banyak lg tempat y terlindung dari lawatan. maklum saja..;)

mujurlah taman ini berada 5min jalan kaki sahaja dari station keretapi, 30min dr kawasan kediaman. macam yakin je redah keretapi ni. sightseeing di sini menarik. cuma tak sempat nak naik feri melintas ke seberang. angin dingin y mencengkam, err xlarat nak berlama2 di luar

mojiko retro. cam sesuai je. banyak bangunan2 klasik di sini seperti Old O.S.K. Lines Ltd. Buildings, Old Moji Mitsui Club, Old Moji Customs Building, Kaikyo Plaza, Blue Wing Moji... memang retro sungguh. bangunan lama y dipulihara.. xnampak macam kat nippon lak. english style.

kapal ni ada bar dalam dia. musti lomantik kan kalau dinner dlm kapal ni..

jumpa product of banana di plaza2 berhampiran. mungkin banana ni jadi trademark kat sini. banana man. ala lupa nak snap. kek, kuih muih siap pisang goreng pun ada.. semua kebanyakan berasaskan pisang.. aiskrim nya pun. tp oleh kerana kemahiran memahami bahasanya kurang, tak berani plak nak cuba rasa..;)

haa letih. mendung cuaca.padahal pagi lagi masa ni..

bunga2 musim dingin. tampak segar dalam beku y mencengkam. hati y cukup berbunga. hangat hati terasa nyata. nyata bahagia kerana dia.. terima kasih atas sebuah lagi kenangan y cukup indah.

kenangan pre-anniv pertama yang akan muncul bulan hadapan.
kerana jarak dan kekangan, maka masa2 dan peluang yang muncul, didedikasikan sesungguhnya..

terima kasih cinta~

No comments:

Post a Comment