Aug 27, 2009

amalan2 sunat ...


Sunat-sunat Puasa:
  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.Rasulullah s.a.w. bersabda:Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
  2. Makan sahur walaupun sedikit.Rasulullah s.a.w. bersabda:Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
  3. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  6. Memperbanyakkan sedekah.
  7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan untuk menghayati dan menambah amalan di Ramadhan kali ini. Mudah2an amalan diterima dan kita sentiasa dalam limpah rahmat dan kasih sayang Nya.
puasa hari pertama je da dapat undangan. rezeki ramadhan.. dgn murninya cuba merasmikan permainan baru ni. kuih cara manis n kaya ball yang tak berapa nak kaya. masih perlu percubaan seterusnya untuk ditambah baik, kerana kegagalan memberi perasaan y baik terhadap adunan dan pengawalan dari menjadi hangit. isk2.. tapi mcm best juga main dengan menda ni..

hari ke2 Ramadhan, secara berjemaah ke Masjid Fukuoka. perjalanan lebih kurang dua jam dari kediaman. sampai je dah tiba waktu berbuka. xsempat nak mengimejkan masjid ni dgn lebih banyak..

Alhamdulillah, sayu rasa dapat mendengar alunan azan secara langsung dan berjemaah.

ramai juga yang berkumpul.dapat juga mengimarahkan masjid ni..

tazkirah ramadhan... mudah2an manfaatnya dirasakan bersama ;)

2 hari berbuka di kediaman lain, dengan yakinnya hari ke3 menjemput sekutu2 ke kotak kecil saya untuk berbuka puasa bersama. menu pasrah saya kali ni, adalah nasi tomato, ayam merah nanas, butter prawn dan salad timun. tak sempat nak buat acar. nasi pun masak pada minit terakhir. tapi alhamdulillah, rasanya lulus la ujian rasa..hik2..harus di ulang lg untuk improvement

bubur keledek+pisang+sagu.. kurang air.. tp saya suka je. err sebab sendiri yang masak kan. so kena beri komen y positif je ;)
yang ni pizza sahur hari 4. kulit instant. berani la tayang kan..heheh
hari 4 masak sempoi je. asam rebus. cukupla. teringat asam rebus MIL. sangat la sedap. tapi sendiri punya ni pun sedap juga kut..;)
haa penat. hubby kata, apsal tak makan megi je. baru nampak macam kat perantauan. alahai. mana besh makan megi je. maka dengan sopannya, hari ke 5 masak mihun je dgn dadar telur. balik lab pun kurang 40 min dari waktu berbuka...haha rantau sangat la ya
melampau2 lak info makanan hari2 ya.. boleh la. ada juga bahan nak dikongsi pandang.
dalam hati rasa teringin sangat untuk bersama2nya, menyediakan dan menikmati hidangan bersama2. jangankan puasa, pagi raya pun tak dapat lg bersama. mudah2an masih ada lg kesempatan y lain. terima kasih kerana mengerti..selalu..
erm..menjelang ogos 28, dimensi baru dalam hidup yang setahap lagi.. mudah-mudahan masih diberi ruang untuk mempertingkat amalan dan nilai diri.

4 comments:

  1. Cik puan...happy birthday ya...moga Allah memakbulkan doamu..n ceria selalu.Amin.....:)

    ReplyDelete
  2. thanks cik ikin..ucapan y pertama awal selepas jobstreet.com..kih2

    ReplyDelete
  3. happy bday u..:-) Dlm hati ada cinta kn u..

    ReplyDelete
  4. thank u so much..alhamdulillah, ada cinta dalam hati

    ReplyDelete