sempena hari keraian permulaan spring 2009, secara sukahati beserta nawaitu yang komprehensif lagi chopstick melakukan pergerakan ke tempat makan. apa lagi.. its sushi time..
mehla kita tengok menu bergambar nih. nak membaca tulisan tu, nampaknya tidak la sekali-kali. kecuali melihat macam gambar jugak. gomen ne!
ok.layanla menu yang bergerak dengan sendirinya..owh sangat menggoda dengan keadaan perut yang dahagakan makanan nih. err biasanya dahaga air kan??
jom pilih. kita tengok hasil tangkapan arini.. alah macam luar biasa sangat. itu juga pilihan yang ada kan.. jom. bismillah
sebelum tu sila sediakan diri dengan peralatan-peralatan yang dah disediakan nih..
ok, starter dengan corn sushi.. dappp. sweet
ha arini muncul plak jagung edisi terbakar nih. biasa kat pasar malam je ada, ni elok je bersusun atas pinggan comei..kalau dah jagung tu memang sedap biasanya, kecuali la jagung keras untuk ayam tuh. tatau plak sedap ke tak. esok2 bila balik msia orang tanya la pendapat ayam tuh cemana...
ebi tenpura. orang kata, anak udang, udang lah juga. jadi jangan risau. rasa dia, memang sebijik macam udang goreng. takyah pening2
ini apa eh?ebi furai.udang juga, dalam persembahan menggunakan teknik dan method yang telah dipertingkatkan. jadi adalah contribution dalam bidang perudangan ni kan.. barulah buleh accepted dalam jurnal rasa dan impact factor dia, okla.. not bad
alahai.. tamago ni juga berperasaan manis. manis-manis belaka lah.
unagi. belut. selera sesaja makan menda ni. tapi dalam bentuk yang macam ni la.kalau tengok rupa yang asal tak pasti la selera ni bersetuju ke tidak kan..
ha ini bukan taugeh eh.. nak close up, dia lari lak. yang ni lalu depan mata je, tapi tak berasa nak menjala. rasa macam baby ikan bilis la.. jernih je wajahnya..
ooo last minit punya tangkapan. sedap rupanya tuh. mujurlah plate tower tu da maksima.. huhu bila la nak tangkap yang ni lagi..takpala tunggu sotong ni membesar dulu dalam kolam..
licin.. haha suka tuan kedai. elok-elok berat sepinggan dulu 100gram, sekarang elokla dikurangkan jadi 70gram je. so, kedai pun cepat dapat untung.. adat meniaga yang tak berapa nak sopan
erm sebelum dah sesudah.. tengok je tau. jangan kira. malu ah. eleh, ni hasil tangkapan berjemaah lagi kolektif tau.
kalau dah bersandar macam ni, rasanya maklum la tu.sudah2lah.. orang lain ramai lagi tunggu turn nak duduk.hik2.. ok2 orang bangun la nih
ok.. sila ke kaunter untuk buat apa yang wajar ya. tinggalkan saja pinggan2 itu di sana, bukan hadiah percuma...
alhamdulillah.. rezeki dan nikmat pemberianNya.. err dalam beg, ada lagi rezeki yang wajar disempurnakan.. nyum2..
erm sebelum dah sesudah.. tengok je tau. jangan kira. malu ah. eleh, ni hasil tangkapan berjemaah lagi kolektif tau.
kalau dah bersandar macam ni, rasanya maklum la tu.sudah2lah.. orang lain ramai lagi tunggu turn nak duduk.hik2.. ok2 orang bangun la nih
ok.. sila ke kaunter untuk buat apa yang wajar ya. tinggalkan saja pinggan2 itu di sana, bukan hadiah percuma...
alhamdulillah.. rezeki dan nikmat pemberianNya.. err dalam beg, ada lagi rezeki yang wajar disempurnakan.. nyum2..
"Di antara sutra dan bulan
Terlihat wajahmu kasih
Sedang merenungku
Dalam dilema rindu"
~bila rasa bersama jiwa, semuanya indah bagai dicita.
serasi bagai dikata. moga bahagia malar ke akhirnya.
duhai rasa&jiwa, anugerah ini kita kan sempurnakan bersama.
terima kasih cinta.. terima kasih padaNya~
No comments:
Post a Comment