sang sakura itu,
memutih diranting bisu
memukau pandang mata
menghias rasa dijiwa
sakura yang membeku
tegar dipuput sang bayu
mekar dipaut cahaya
dihujung kering ranting itu
sakura berlagu riang
selepas hujan salji yang beku
selepas kemarau yang kering
sakura kan berlalu jua
biar seketika memeriahkan suasana
segala puji pada yang Esa
yang mencipta keindahan tak terhingga
No comments:
Post a Comment