Nov 12, 2013

mari berparti tupperware

rasanya dah berpuluh tahun tak pergi party2 macam ni.
walaubagaimanapun parti pesta muda-muda, harijadi
dan sebagainya tidak juga termasuk dalam senarai.
dahulu kala, masa masih baru mumaiyiz,
adalah juga join arwah mak pergi party pinggan mangkuk, sabun, dan ntah apa2 lagi
sebab tak tau tu rasanya perkara tersebut bukanlah
suatu yang menarik untuk di ambil tahu semasa umur itu

yang fahamnya, alah orang menjual barang di rumah la
promosi, demo itu ini

setelah sekian lamanya masa,
barulah sekali lagi join party
ini gara-gara adik iparlah
maka haruslah beri sokongan

yang bereben2 bagai itu untuk cabutan bertuah..
yang di bawah tu sebahagian dari barang yang nak dijual.
ada manager lain yang akan datang untuk buat
demo masak menggunakan pes dan kuali jenama ini
tupperware

mula tu buat tak layan je. lagi best melayan sikecil tu haa
biar ajelah merka berdemonstrasi
tetapi lama-lama terdengar riuh rendah
lelong2..sambil rebut2
rupanya memang diorang buat clearance sale
fuhh..
sebab yang datang mak-mak,
maka berlaku lah aksi teringin, pastu nak angkat tangan kena call hubby dulu.
minta tolong bayar eh tak tak minta izin nak beli

termasuk kami ni haa... berkenan dengan satu barang.. lepas sale harga mengurang sampai rm50..
mujur tuan besar bagi beli
lagi best, dia siap bagi duit.
eh.. terasa nak angkat tangat lagi ah..
set hidangan blossom tupperware yang dalam kotak tu tinggal rm150 je harga..
tak ke haru..isk
adoii tapi tn besar kata udah2 lah tu
yelah
syukur je lah, dapat beli satu barang
takkan nak semua kan..
hehe time kacihhhh la..
nanti belikan lagi eh..

huhu baru faham kenapa orang suka join perkara seperti ini.
ermm bila ada lagi ya??

2 comments:

  1. saya pon giler tupperware skg..smpai uppa sy ckp dah2 la beli..pakainye idok..wakakak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..sekali terjebak, asyik la nak nak nak je..hehe

      Delete