Apr 21, 2011

sushi dan kisah hamil

salam semua.
dah nak tengahari. rasa lapar tak? meh kita citer makan2 nak.
sushi, sapa y tak tau kan..
tapi kita tak makanlah y raw sushi. favorite ebi mayo dan corn sushi :)
dah lama tak makan sushi..
tahun lepas, masa tengah preggy, memang tak lepas menu ni.
hari2 mesti nak sushi. tak tau kenapa.
saya takda alahan muntah pada 1st trimester.
cuma saya memang langsung tak boleh nak telan nasi.
tau apa menu saya 4 bulan pertama tu?
pagi: roti ala donut + anmum (akak2 y baik hati selalu tolong belikan ni.)
tengahari: roti tawar + nestum
snek: kismis dan kwn2, badam, segala buah2an y ada kat kedai.. esp limau & anggur
dinner: lempeng kelapa/bubur nasi beras jepun + anmum

rasanya itu je y lalu dek tekak. tp tau tak, hari2 kena ada supply sushi.
dpt seketul pun jadi lah. tu y sampai beli sushi satu pek pastu makan sikit2.
sebab jauh nak g kedai sushi.
punyalah nikmat. lagi satu, kalau dapat udon sup. wah menjadi2 seleranya..
itu sedikit kisah2 awal kehamilan, tentang cara makan.
ingat lagi masa awal tu. tak boleh makan. jadi layankan mulut dengan tak makan. 
tak rasa nak paksa diri makan, sbb asyik pk takpalah.
tak ingat dalam tu ada budak y perlukan makanan wpun tekak kita tak selera.

maka kita pun sakit perut, sampai tak leh berdiri. menangis2 la jawabnya..
ya emo lebih. bikin gempar je kat kawan2 satu lab.
apa jadi dengan budak ni.
kenapa sakit perut? sebab tak makan!.. 
hahaha malas nak layan sbb sendiri cari pasal
eh tp kawan2 tak cakap camtu pun. diorang siap pujuk2 lg suruh makan.
bagi susu, bagi biskut..hailah perangai kita masa tu.
dapat manja dengan kawan2 je
janganla sampai tersebut apa kita nak makan masa tu. 
abis sume akak2 kat lab ni, siap dari lab univ depan sana 
sediakan/hantarkan makanan y kita tersebut tu. walhal kita tak tertelan pun.
ada juga kawan y panggil rumah diorang, 
sebab nak suruh jg kita cuba masakan diorang,
kut2lah mahu makan.
datang bilik hantarkan makanan itu ini..
subhanAllah. saya selalu punya kawan2, y sangat baik hatinya. 
benar sy sendirian tanpa suami waktu itu. 
tp sy cukup bertuah dan sangat2 bersyukur dan berterima kasih buat kakak2 
dan kawan sekalian y 'menjaga' saya waktu itu.
Semoga Allah sahaja y membalas budi baik mereka..
eh emosi lah menaip ni.jadi panjang lebar laknya.
padahal nak tayang sushi je y kita makan ahad lepas.. sedap!
err tak berapa nak bersiri la kan. 
citer bertunang tak wat lagi, alih2 dah citer pasal ni.. keh2. daa

5 comments:

  1. sedapnya sushi..tapi saya tak mam sushi la..hubby sukalah.. hehe

    ReplyDelete
  2. Sy tak brape gemar..sebab imagine ikan tu mentah..haha..padahal sedap je org len makan =P

    ReplyDelete
  3. kty lama giler dah tak makan sushi..nie..

    ReplyDelete
  4. Nasib baik dok jepun..dapat sushi best2..hehhe

    waaa...tau2..pregnant sorang2..takder suami..huhuhu

    ReplyDelete
  5. ashra: sedapp
    ryna: taklah.. ada y kukus, grill.. hehe masing2 punya selera
    kty: suka tak? hehe
    myrule: tu la. mgkn sbb awal2 tu kta takut mengidam menda y takda kat sini. jd hari2 ckp kat bby jgn minta y takda..;)

    ReplyDelete