Aug 30, 2009

orang memberi...



kita merasa. alhamdulillah, harini dah 9 hari berpuasa. moga kita dapat menambah amalan dan sama2 mengambil peluang merebut hikmah dan ganjaran dalam bulan y mulia ini. sungguh di mana pun berada, terasa Ramadhan punyai kelebihan sendiri. mudah2an amalan diterima. syukur alhamdulillah...

amalan muhibah y berlaku semasa puasa ni biasanya bertukar2 juadah sesama rakan & jiran.. ingatkan kat malaya je, rupanya di daerah ini pun amalan tu terbawa2 sama. mungkin sbb rakyat malaya y ada kat sini.. hehe... suka2..
lagi2 time buntu nak masak apa ntah gaknya utk berbuka. meriah lak rasa bila tiba2 fon berbunyi hantar isyarat nak hantar something.. alahai ada y beri ini ..
ini...
ini..
ini...
ini..
dan ini..hehe..banyaknya..

rezeki kan? sama2 berkongsi.. nyum2..sedap betul.
terima kasih kepada yang memberi;)

jumaat terdahulu, kami berkumpul beramai2 menikmati juadah bersama. saya hanya menyediakan ini

dan ini...

sama berkongsi walau sedikit.. teringatkan rezeki2 ini, syukur alhamdulillah, kerana masih upaya menyediakan dan menikmatinya...
*****************************

dan ini untuk sahur malam itu..
kononnya mcm penat sangat la masak2 untuk jamuan tersebut.
jam 230am malaya, patutnya diri sendiri y bangun untuk sahur.
tp dengan mamainya call malaya dan kejutkan orang sana utk sahur..
ahaha mujur la tersedar sebelum panggilan disambut.
kalau tak ada y saja nak kena ceramah percuma..
kih2.. ampun bang..org xbuat lagi ;)

ini eksperimen untuk hari ini. CCC erm.. macam meyakinkan juga rasanya ;)
selamat menjamu selera dan menunaikan terawih ;)...

Aug 28, 2009

ogos, 28...



Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu.



"penuhi hidup dengan sempurna..."
~thank you my dear

terima kasih untuk semua yang menghantar ucapan.
sama2 kita mendoakan, agar urusan kita dipermudahkan
timer kasih u for everything, ever;)


thanks to abby. take care & have a great moment

many thanks also to mai & ikin, friends in fb..

Aug 27, 2009

amalan2 sunat ...


Sunat-sunat Puasa:
  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.Rasulullah s.a.w. bersabda:Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
  2. Makan sahur walaupun sedikit.Rasulullah s.a.w. bersabda:Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
  3. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  6. Memperbanyakkan sedekah.
  7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan untuk menghayati dan menambah amalan di Ramadhan kali ini. Mudah2an amalan diterima dan kita sentiasa dalam limpah rahmat dan kasih sayang Nya.
puasa hari pertama je da dapat undangan. rezeki ramadhan.. dgn murninya cuba merasmikan permainan baru ni. kuih cara manis n kaya ball yang tak berapa nak kaya. masih perlu percubaan seterusnya untuk ditambah baik, kerana kegagalan memberi perasaan y baik terhadap adunan dan pengawalan dari menjadi hangit. isk2.. tapi mcm best juga main dengan menda ni..

hari ke2 Ramadhan, secara berjemaah ke Masjid Fukuoka. perjalanan lebih kurang dua jam dari kediaman. sampai je dah tiba waktu berbuka. xsempat nak mengimejkan masjid ni dgn lebih banyak..

Alhamdulillah, sayu rasa dapat mendengar alunan azan secara langsung dan berjemaah.

ramai juga yang berkumpul.dapat juga mengimarahkan masjid ni..

tazkirah ramadhan... mudah2an manfaatnya dirasakan bersama ;)

2 hari berbuka di kediaman lain, dengan yakinnya hari ke3 menjemput sekutu2 ke kotak kecil saya untuk berbuka puasa bersama. menu pasrah saya kali ni, adalah nasi tomato, ayam merah nanas, butter prawn dan salad timun. tak sempat nak buat acar. nasi pun masak pada minit terakhir. tapi alhamdulillah, rasanya lulus la ujian rasa..hik2..harus di ulang lg untuk improvement

bubur keledek+pisang+sagu.. kurang air.. tp saya suka je. err sebab sendiri yang masak kan. so kena beri komen y positif je ;)
yang ni pizza sahur hari 4. kulit instant. berani la tayang kan..heheh
hari 4 masak sempoi je. asam rebus. cukupla. teringat asam rebus MIL. sangat la sedap. tapi sendiri punya ni pun sedap juga kut..;)
haa penat. hubby kata, apsal tak makan megi je. baru nampak macam kat perantauan. alahai. mana besh makan megi je. maka dengan sopannya, hari ke 5 masak mihun je dgn dadar telur. balik lab pun kurang 40 min dari waktu berbuka...haha rantau sangat la ya
melampau2 lak info makanan hari2 ya.. boleh la. ada juga bahan nak dikongsi pandang.
dalam hati rasa teringin sangat untuk bersama2nya, menyediakan dan menikmati hidangan bersama2. jangankan puasa, pagi raya pun tak dapat lg bersama. mudah2an masih ada lg kesempatan y lain. terima kasih kerana mengerti..selalu..
erm..menjelang ogos 28, dimensi baru dalam hidup yang setahap lagi.. mudah-mudahan masih diberi ruang untuk mempertingkat amalan dan nilai diri.

Aug 24, 2009

makan apa...


Ramadhan datang lagi. alhamdulillah, hari ni mcm tiba2 je dah puasa hari ke3. cepat je masa berlalu kan. dah dua hari berbuka puasa bersama rakan2 beramai.. tapi dalam hati, cuma teringatkan dia.. alahai. bila agaknya ;)

hanya bertukar2 sms menjelang waktu berbuka.. tapi ok la. cuma y tak tahan, bila senarai menu di malaya menjadi isu. isk..

tapi tak apalah.. sama je berbuka di mana pun kan. ecewah, ayat nak sedap kan hati pedal sendiri la tu..

bila lagi nak berdikari dan kuar dari kepompong malas tu kan.. tp lagi hidup sendiri, lagi la bertambah malas di buat nya...hehe pandai saja cari alasan

erm bulan2 puasa ni, selamba je menayang2kan perkara2 mcm ni di khalayak ramai kan.. xpa, pandang je tau.. jgn cuba di rasa plak siang2 hari..kih3

yang penting, apa y terhidang bukan di masak oleh tuan rumah blog ni pada hari berkenaan.. dan ia jg bukan hidangan berbuka.. hanya hidangan makan malam pra ramadhan..

apa pun terima kasih la kat adik2 y sudi menjamu.. kami okey je kalau di suruh makan.. sampai licin dibuatnya.. selamat berpuasa semua..;)

Aug 22, 2009

ahlan ya ramadhan..



Ramadhan tiba lagi. alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk menikmati anugerah ramadhan, dan menambah ruang amal yang ada. mudah2an amalan di terima..

tahun ke dua berpuasa sendirian di daerah ini. jauh dari keluarga, jauh dari masakan bonda, jauh dari suasana berebut2 nak pilih ayam goreng mana yang paling gebu kala menikmati sahur... mudah kata, jauh dari semua..

ramadhan 1430h, juga tidak dapat bersama2 dengannya,
walau buat yang pertama kalinya selepas bersama..
:( sayu? hanya rasa yang mengerti..

apapun, alhamdulillah syukur atas segala apa y ada. rasa y percaya,
ada hikmah di sebalik semua ketentuanNya..
terima kasih kerana selalu mengerti. berbicara tentang masa yang menyingkat,
ada bahagia yang tersimpul bersama..


salam ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.
Moga sama2 beroleh rahmat dari Nya

"Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku

Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu" ~Ramadhan


selamat menunaikan ibadah puasa dan mohon maaf salah silap yang ada..

Aug 19, 2009

menanti ketibaan..



ketibaan siapa ya? erm ada sapa nak teka? err nanti2 la teka.. kita ronda2 dulu. sekali lagi, di bawakan gambar2 yang tak berapa nak terkini.
shopping mall. tempat yang murni untuk membantu ekonomi negara, wpun mungkin boleh mengganggu ekonomi sendiri. tapi nak buat cemana, dah saling memerlukan kan? macam langit dengan bumi. wpun berbeza, ia sangat saling memerlukan ;)
rasa faham dah, kat mana seksyen ni dalam ruangan mall tu kan.
bila dilepaskan secara maksima di ruangan ini, maka boleh la diteliti objek2 yang dipamerkan.
ini pun sedikit sahaja yang diteliti. kalau lama2 ada yang senak nanti ;)
alala bersusun molek je. ermm.
apa saja la niatnya seorang saya berlegar2 di kawasan ini ya.
see alahai. rasa sleepy plak tiba2. agak2 muat tak kalauuuu...
ok2 takmo la teruskan niat tu..kih2 tp cumell kan
yang ni lagi. huhu tak hengat la
yang ni plak. lemak manis je rasa mata ni haa melihat pandangan2 ini. takpalah. one fine day, adalah bahagiannya tu.. akhirnya yang ini jadi pilihan..bintang 5.. bintang hati..
juga yang ini.. botol susu pun nampak mengujakan..
sendirian berada di ruangan si kecil, buat ada perasaan lain yang hadir. mudah2an..
for my younger brother and his wife,
selamat menyambut ketibaan permata hati mereka yang pertama.
moga semuanya selamat dan baik2 sahaja,
& selamat datang insan kecil waris baru keluarga..