Feb 27, 2009

wedding journal V

salam mula bicara..

for my best girls

saat2 yang tak dapat diungkapkan.bahawa detik ini menjadi realiti. dalam minda yang terdahulu, pernah merakamkan impian, mereka disisi menemani hari, & akhirnya dengan izinNya, mereka disini

* teringat detik2 nak confirmkan kehadiran. y sorang ikut jalan pintas lalu pantry. y sorang lagi begitu yakin tolak aktiviti kerja sendiri. alahai. terima kasih y tidak terhingga.. demi seorang aku, mereka sudi disisi..

*lama betul kita tak jumpa kn?rasa sangat terharu dgn kehadiran.rasa tak puas bercerita dan bersenda.kita tak sempat pun nak kuar jalan2 ke mana kn?kita jalan2 dalam rumah je.sangat berbeza.ingatkan sempat nak jamu kerang goreng atas pantai, tapi...masa yang cemburu.

*ingat lagi sesi memakai inai?tahukah apa y di dalam fikiran ini saat itu. dalam senda bersulam tawa dan kata. dalam hati berbicara..bicara y sukar diungkapkan.bicara y hanya bersemantik, terima kasih duhai teman untuk segalanya
*lewat dinihari, bila yang sorang dah terlena, y sorang lagi masih sudi menyusun bunga..
*lewat ketibaan yang dinanti, y sorang ntah di mana, y sorang lagi menjadi utusan ke rumah sana. tiba2 teringat kisah utusan merpati. ingat lagi tak?

kenapa banyak sangat ingatan ni? masih punya ruangkah di hati. hakikat sebanyak mana pun kenangan, rupanya masih upaya dicipta, disimpan, dikenang dan dihargai...

"Kepadamu teman
ku pohon sokongan, p
engorbanan dan pengertian
KepadaMu Allah
Kupohon restu agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan pengorbanan dan kesetiaan
telah kuungkapkan segala-galanya... "

masa ni i dah tak dapat nak entertain... entahkan dapat makan atau tidak. tidur apatah lagi. sure sama2 letih kan. maaf atas segala y kurang pada hari kejadian...

3 serangkai yang jambu.reunion kita..

untuk u:

dimanakan ku mula.. dan di mana ntah agaknya semua ni antara kita bermula. dan kenapa kita boleh jadi sampai macam ni sekali.. muskil2.. rasanya mungkin signboard tu dipasang terlalu awal, atau mungkin ada yang tak reti duduk diam2 kerana mengambil gambar. peliknya, dah bertahun-tahun pun masih lagi amatur. erm kalau tak, sure dah setaraf dengan yang pro tu kan?

kita pernah berkongsi rasa yang sama...u ingat lagi rasanya? ayam black pepper kat summit,set ayamas di subang,ikan goreng tepung di KT (huh selamba je kata i kucing),kue teaw goreng di langkawi,& ntah apa2 lagi rasa..
pastinya, i tau.. u selalu tau. rasanya, semua rasa kita dah rasa.. sampai kadang, rasa tu tak ada rasa apapa rupanya.. i ada banyak & terlalu banyak nak dibicarakan. tapi i tau, u musti risau nanti jiran sebelah terdengar kn? hehe so shhhh...
untuk e:
kita punya kisah yang sendiri. punya harapan sendiri.. y agak keterlaluan, rasanya kita ada jilid teori dan petua sendiri. tapi da lama kita tak update kan? mungkin nanti2 kita boleh tambah lagi yang mana perlu...
whatever happens, it happens for a reason. rasanya kita berkongsi statement ni..mungkin selamanya. hingga suatu waktu yang telah dijanjikanNya, kita pasti kan mengerti apa reason tu..

akhirnya, hanya kenangan tinggal. moga selamanya dipermudahkan urusan.mudah-mudahan yang diimpikan jadi kenyataan. sebagaimana hati yang menemani, moga kebahagiaan ini akan tercipta buatmu jua teman..

"Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When its headed for the ground
And theres nothing more painful
Then to let your feelings take
You down

Its so hard to know
The way you feel inside
When theres many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You wont be alone
Ill be there
Ill be your shoulder to cry on
Ill be there
Ill be your friend to rely on
When the whole worlds gone
You wont be alone cause Ill be there..."

Feb 21, 2009

wedding journal IV

utusan hati ~ dari kampung ke desa, jan 25th 2009

"Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru.."


ketibaan ke daerah baru. erm di sini rupanya destinasi. keraian y serupa, riuh rendah sedesa.. tema di desa, chocolate cream dan songket biru.retro..

kompang dipalu, muzik bergema, zapin lagi.. hari mulai mendung, walau cerah memulakan hari. yang bertari adik ipar bongsu sendiri..

tapi tension arr..seperti di sana, pengantin kena tinggal lagi. kali ini di meja makan. sungguh bermoral jadinya. mata semua berkalih pandang, menyaksikan rentak zapin. maka dengan suka hatinya pengantin menjamu tanpa paksa. owhh sangat lapar.upppss

usai makan, sesi fotografi secara tradisi bersama keluarga & taulan.. senyum yang berpadu

segan sungguh di situasi dengan kenalan-kenalan baru. sesi bersalaman dengan keluarga. boleh plak tak cam rupa. haa kan tak pasal dapat teguran dari saudara yang tua..
gomen ne abg long. orang lupa arrr...

usai majlis, sebagaimana di sana, mendung tak tertahan. hujan turun selebatnya.. rahmat sekelian alam. menyejuk pandang menyegar perasaan

dari kampung tandang ke desa
riuh sekampung datang merai
terima kasih pada semua
raja sehari mengundur diri..


akhir kalam, terima kasih yang tak terhingga. jurufoto terutamanya yang merakamkan suasana dibalik lensa walau dengan kerenah yang pelbagai.
buat kedua keluarga, bagai yang direncana menjadi nyata, budi setahun segunung intan.
buat semuanya, terima kasih segala...

buat yang tercinta
~yang kan terjadi tetap terjadi~

Feb 19, 2009

wedding journal III

salam mula bicara...
"Where do I begin
To tell the story
Of how great a love can be
The sweet love story .. "

the Big Day I - jan 24th, 2009

alhamdulillah, dalam cerah matahari, majlis telah berlangsung. terima kasih atas keraian, ucapan dan doa. semuanya berlalu bagaikan sekelip mata.penantian yang berakhir. dan kini sedang dalam ruang nanti semula.. hidup bagaikan sebuah penantian yang panjang, walaupun singkat dalam nyata...

nothing more to say.yang tinggal dan terakam adalah kenangan. yang sangat bermakna. disebalik lensa memori , abadikan salam yang terindah, dari kami buat semua..


~iringan tanda, tanda bermulanya hari. thanks to my girls, yang dalam kantuk rasa, dipaksa secara berhemah untuk menyempurnakan iringan ini.


~iring tanda dari desa..owh, sebakul sayur2an. simbolik sebuah kehidupan

~istana cinta. bagai mimpi jadi nyata. dengan izinNya mudah2an sentiasa dalam rahmatNya. ucapan bersama selepas berdua, "eh macam tak percaya".. aduhai rasa
"Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati"


~gendang berpalu, gitar berbunyi, muzik berlagu. warna-warni acara...
"Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan"

"
Menyusun tari ala tari, sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi"

bila tari bermula.haa mula la lupa siapa keutamaannya.. isk, semua berlari keluar, menyaksi singa bertari zapin. alahai..
tapi comel betul singa ni. kalau tak kenangkan diri, isk2 lama dah nak tangkap.alala comellll. thanks to uncle, hadiah yang bermakna..


tamu yang merai.sebenarnya tak nampak pun keriuhan suasana di luar. dikuarantin secara normal. harapkan lensa kamera dan video sudahnya. harap semua selesa & jamu rasa seadanya..

teman-teman yang bersama. erm gomen ne. ada y tak sempat nak bertukar khabar & bicara..

~di sudut sana..

ketibaan yang dinanti..

biduk yang berlalu, kiambang bertaut...

cake ini sangat nyum2 ok. thanks to nana dari kota..

usai majlis, hujan turun dengan lebatnya. alhamdulillah syukur atas kelangsungan majlis bila hari berakhir, maka raja pun turun takhta secara rasminya..bersama

pengantin yang berbusana biasa ;)..masih meraikan lagi tetamu2 yang datang, hingga lewat malam. lagi sedih, ada pula saudara angkat yang tersilap tarikh. sangkanya nak datang rewang, rupanya majlis dah selesai. maka, rumah masih riuh selepas majlis berakhir..
terima kasih yang tidak terhingga untuk semua...

"Selagi Ada Dia, ilhamku jadi nyata, dengan izinNya, rahmatilah kami bersama"

Feb 18, 2009

wedding journal II

salam mula bicara..

solemnization, jan 23rd 2009

"Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita"

masa yang berlalu, detik yang berlagu, jiwa yang bersatu, resah berpalu

terasa syahdu di awal hari pagi jumaat tu. dalam hati, rasa yang ... speechless.akhirnya, ketibaan yang di nanti...

- 9.20 am: arrival of tok imam. Urusan persetujuan dan persaksian

- 9.30 am: arrival of mr. bride to be and relatives
- 9.45 am: urusan rasmi dan solemn lecture

- 10.45 am: alhamdulillah. termetri urusan adam & hawa

detikan saat yang menjelang. resahkah dihati? hanya doa yang dititipkan, moga dipermudahkan urusan..akhirnya detik itu tiba jua. di temani teman hati yang setia.. terima kasih untuk semuanya

"
Ya Allah, kerana cintaku padanya, berkatilah hubungan ini..."
~segalanya untukmu~

Feb 16, 2009

wedding journal I

Pre-Wedding ~~4 to 10 days before
"dalam cinta harus saling percaya
dalam cinta harus berani pasrah
dalam cinta harus janganlah goyah
dalam cinta harus sejiwa"

alahai, ketibaan di lokasi. serius macam takda apapa. betul ke ni?? eh betulla tu. Jadinya, apa saja yang nak dibuat ni. Erm buat apa ya? urusan rasmi adalah dengan pejabat agama. alhamdulillah, urusan kesaksian boleh diteruskan..

sayugia bermulalah urusan yang tak berapa nak rasmi. bungkus membungkus, semak menyemak, timbang menimbang..finalize dan agihan kad2 jemputan. yang asyik reprint ntah berapa kali.kerana bilangan tamu yang bertambah.



urusan hidangan untuk tamu, cenderamata/hati, bridal & photography, cakes, n ntah apa2 lagi.. dari sebesar2 perkara hingga sekecil2nya..dari sebesar2 lembu sampai sehalus2 gula.macam tu rupanya ya. err gitulah kut.

last minute!!. orang lain berbulan-bulan prepare. ini cuma 10 hari.impak maksima!..apapun hargai masa, ruang, kesempatan dan peluang yang ada. betul tak? y0lah
beg goodies, silver & gold. penuh rumah dengan kotak2 nih. macam nak meniaga pun ada.. ;) .
y meniaga pun tak macam nih...

credit to zilah for flowers & potpourri. thanks for your hardwork..

bunga duit untuk penanggah, thanks to my sis in law.

dodol in da cup, thanks to abah. letih-letih tapi nak juga buat untuk anakanda putri sorang nih. ahaha chopstick dari nihon. thanks to trial n family. kira chopstick ni macam trial tu kita yang punya

ini goodies untuk close family & orang rewang.. err tak tau apa ke mendanya tempat ni.. tempat sup kut

:chokilala:3 days before (wednesday, jan 21)
-arrival of my best girl I


2 days before (thursday, jan 22)
-arrival of my best girl II. err alamak, takda la gambar dia.sorry eh.. later kita upload y cun.

hari terakhir ni, diri ini sudah dikuarantin.hehe mujur sehari je, tak 40 hari..
maka urusan luaran dikendalikan oleh my best girls with my silver sweety

2 hingga 3 hari sebelum hari kejadian, masih lagi kelam kabut. akhirnya jadi blank!!..
filled in with nothing. tatau apa lagi yang nak dibeli dan dibuat. sudahnya duduk melahu je. tengok orang lain wat keja. maklumla..

maka, dikisahkan.. inilah sebahagian detik yang sempat dirakam. plan awal, nak rakam semua menda. sudahnya, isk-isk.. kita hanya mampu merancang..

sehingga detik malam hari jumaat 23 Jan 2009. sesi berinai dengan my best girls. thanks a lot. tak dapat nak upload gambar sebab takda dalam simpanan...

cinta dalam hati.itu yang tersimpan ;)..

hingga detik itu, nantikan...

Feb 15, 2009

baru k.a.h.w.i.n

salam mula bicara...

rasa lama benar tak menjengah kawasan maya ni..
takpe2.. later2 kita wat keja2 penambahbaikan.
alhamdulillah, urusan adam & hawa telah selamat berlangsung.
terima kasih di atas ucapan dan kehadiran rakan2.

sorry for any inconvenience. tak sempat nak bersembang panjang.
apapun terima kasih yang tak terhingga..

link from friend..
http://mairaindah.fotopages.com/?entry=1791341&back=http://mairaindah.fotopages.com/?page=0