Sep 30, 2009

bila tikus menari-nari II



ha da penuh troli baru teringat kat perut..sian perut, dari tadi meronta2 tapi baru sekarang nak dilayan..hehe. ok ke mana kali ni nak jamu rasa.. tenpura ii desu ka?

ok sila amik tempat masing2. punyala semangat.. inilah barisan kita, yang lapar tak terkira..

ok dah siap wat food verification, maka order pun di laksanakan. jom tengok chef goreng tenpura..ooo dah siap dah. dia sedang serve 1by1..mula2 ebi..besarrr tuu..

pastu kabocha, pastu lotus, pastu ntah apa2 lg sayuran..

tak berhenti2 lak ..hehe..tp serius, banyak!

haa yang ni full set. ada nasi sekali. tu y berbaloi2 kenyang nya..


saya cuma makan nasi n acar2 tu. sup nya boleh la..

xlarat den.kicapnya tak menarik selera. so saya abaikan je ;). usai makan, dengan rakusnya berkejaran ke eki sambil menjinjing muatan masing2..barang2 persendirian sahaja..

cepat2..sebelum keretapi terakhir berlalu..

thank you..sila datang lagi membuat perbelanjaan ;)

cepat2 kuarkan duit..

ok, jadi penjaga barang kekawan sat. di ulang, barang2 kawan2 ya. saya hanya berbelanja kurang besar pd hari itu.

himawari..cantik

dah sila angkat barang2 sendiri ni ya.. jom lari2 lagi

ok, ketapi belum tiba. boleh la wat aksi ketapi jam 12 kan..

tu dia dah tiba..sila masuk dan mulakan langkah dengan kaki kanan. duduk sopan, dan pastikan jangan terlelap!

sampai jumpa lagi.. ;)

Sep 26, 2009

riang raya II



2nd day raya, kami ke moji..
rumah seorang lagi keluarga sahabat di sana..
belum masuk rumah lagi dah semerbak bau..
tengoklah, juadah raya yang terhidang..
rezeki lagi hari ni.. puas makan

antara yang berkumpul..sesekali sembang bersama, macam2 cerita dan gaya

close up nasi beriani.. menciutkan pinggan sudahnya..;)

hehe bersusun je makan tengahari

pas makan, mula la rasa sleepy2.isk2 kat umah orang cik kak oiii...j
omla duk luar, ronda2 keliling umah ni

amik angin petang..redup cuaca arini.macam nak hujan pun ada..

rumah ni dekat dengan laut, atas bukit sikit. curam jugalah..
ha ini lah kumpulan raya kecil kami..;)

rasanya tamatla edisi raya kali ni di sini..utk saya la tu..
hehe kut2 nti ada lg open hs, boleh la sambung mood tu kan..

berlalulah ramadhan & syawal 1430h..
alhamdulillah

Sep 23, 2009

riang raya I..


salam hari raya semua..
musti kebanyakan da kembali bertugas seperti biasa..
mood raya pun da pudar, kuih raya pun da tinggal balang..
eh ya ke?
rasanya kalau di kampung, marhaban baru selesai kan?
sekarang musti mood open house..terjah house pun boleh jekk..
ada punyalah kuih raya nak dihidang..

kompilasi dari kami di rantau..ecewah.. ya ke dari rantau.
kat gambar macam kat kampung je tu? kih2..

ini kisah kami di wakamatsu..
2hari je beraya, pastu masuk lab semula
kebetulan raya hari ahad, so ok la tu..
isnin je xp lab..;) upps gomen ne sensei

semua berkumpul di rumah sahabat sekitar jam 815am,
untuk sama2 menunaikan solat sunat aidil fitri..
khutbah yang berintipati,
agar saling insaf menginsafi dan raikan aidilfitri
dengan sederhana dan saling mengingati kepada y kurang berkemampuan

bila dah berkumpul macam ni, maka juadah2 pun jadi banyak..
alhamdulillah rezeki di hari raya..
masak sendiri2 tapi makan ramai2..seronok kan?
lama plak duk rumah ni.. yalah kan, bukan nak ke mana sangat..

kuih muih yang beranika..

varia rasa

varia warna

cemana..mood malaysia kan? yalah, dah ttu kami sume warganegara..
kat mana pun, budaya tu di bawa

inilah di antara y berkumpul pagi tu..
ini dah nak bertolak ke rumah sahabat y lain, daerah lain

juadah pagi tadi baru nak hadam, tambah lagi dengan y ini..alhamdulillah, syukur nikmat

macam nak marhaban la plak.. pelik orang2 sekitar pandang

sedap biskut ni..mekasih tn umah..

sehingga itu.. sekali lagi, sampaikan aidilfitri dari kami di sini...

Sep 18, 2009

bawang berapa kati beli?


5 kati mak...

terjumpa iklan raya ni, tiba2 je mcm menitik airmata..
kasih anak pada ibubapa.
mudah2an diri upaya untuk menyenangkan hati orang tua,
walau dengan apa cara sekalipun..


mudah2an kita sentiasa dapat membuat ibubapa berbangga dan bahagia

menjelang aidilfitri ini,
saya mengucapkan salam aidilfitri dan mohon maaf segala salah silap
dan keterlanjuran kata/perbuatan y ada

untuk semua rakan taulan
selamat pulang ke kampung masing2,
selamat bercuti, hati2 memandu, raikan aidilfitri dengan seribu cahaya..
mudah2an kita beroleh kenikmatan dan rahmat Nya di aidilfitri
moga sentiasa dalam limpah rahmatNya

salam aidilfitri 1430H
dari hibikino

Sep 16, 2009

(^-^) iftar di kashmeri


fuh fuh fuh..dah nak raya kurang berapa hari,
umah tak bersapu, tak bercat, langsir tak tukar..
hehe super economy sangat la tu kan

oo bz ke? bz wat keja ya.. tengok sensei beri kek kecit..
nah amik sorang satu. tapi sensei pesan makan waktu malam tau.
sekarang ni simpan dulu

yang ini pun.. cam bahulu je..

alkisah minggu sudah, usai solat maghrib, ada pelawaan nak ratah nan di kashmeri.
dekat tak dekat jauh juga la perjalanan..

ok sila buat pilihan..nak ini nak itu..
bila perut lapar, maka minda tak terkawal

akhirnya, memadailah ini sahaja. nampak sikit kan. 4 ketui je..
tapi serius, tak larat nak perabih.. tpaksa kunyah pelahan2. y pasti cheese nan ni mmg marvelous.. cheese nya melimpah2 gebu d dalam.. ala bila la dapat rasa lagi..

makan nan tu, x berkawankan dalca atau kari pun da tiptop..
hehe upss masih puasa lagi kan
see, biskut mazola aka biskut minyak jagung..
saya membuat biskut raya? amazing!
pencapaian terkini dalam hidup

~warna warni rasa saya sekarang~

apa y blaku tu sebenarnya terbaik
baik atau buruk dalam pandang
semuanya utk dijadikan panduan, pengajaran...
pastinya

semua akan datang berpasangan
y susah ada senangnya
y gembira ada sedihnya

kerana itu,
kita tak perlu memilih sebelah pasangan sahaja..
secara pakej, cepat atau lambat
pasangannya akan turut serta sekali

rasa seorang saya
dalam gembira menanti nyata
rupanya ada kata bahwa nyata yang tak ada makna
rupanya ada rasa y mengandaikan jiwa terlupa menghargai apa y ada..

andai benar apa y ada ini tidak memberi makna
takkan berbunyi yang bertepuk sendiri..

dalam hitungan masa
rasa ini sedikit calar
maka
lupakanlah!

padaNya, mohon diberi kekuatan selamanya..
di Ramadhan ini, kabulkan doaku