Dec 31, 2008

cari makan

salam mula bicara..

edisi makan lagi.
makan malam terakhir 2008

sejuk bagai, tapi larat lagi makan ice-cream.
isk pekena ni?
hehe tadapa..

yang bernama ice-cream ni, biasanya memang menarik.
jangankan budak2, yang tak berapa nak budak pun leh join sama..
:minimo_41:

xkisah la kan? bukannya ada peraturan pun..
best sungguh

bismillah..

alala..napa comel sangat si kecik ni..
yakin je nampak uruskan menda tu

ha..yang ini pun best. nampak macam sikit kan?
rupanya memang muatan ni baik untuk seorang..
tapi kalau berdua lagiiiii baik kan
:minimo_18:

deretan chocolate dalam dekorasi yang mengujakan..
rasa nak calonkan untuk digubah bersama dulang hantaran,

tapi bimbang calon2 chocolate ni cair dalam mulut
dalam perjalanan pulang ke Msia..

maka pencalonan choc jepun ditarik balik..

owhh maka dengan itu,
kena cari replacement choc ni nanti di tanah air...
err belilah barangan buatan Msia kan?
:minimo_16:

Dec 28, 2008

hijrah..

salam mula bicara..

"Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
"


hijrah ini,
seorang aku bermelankoli
penyerahan yang berpanjangan
doa yang dipanjatkan
keampunan yang dipohonkan..

hijrah ini
masa yang berlalu
adalah yang paling jauh dan menjauh
seorang aku terkesima
apa yang telah dititipkan...

hijrah ini
moga amal dan niat dalam penyerahan
diterima dan diperbaiki
realiti hamba yang sering alpa
sering terlupa..

hijrah ini
seorang aku bermunajat
syukur di atas setiap pemberian
syukur di atas setiap kesempatan

hijrah ini
perjalanan yang makin menyingkat
perhitungan yang nyata

hijrah ini
seorang aku meneruskan langkah
biar apa yang telah diciptakan
moga dalam restuNya

semoga dipermudahkan segala urusan..

salam maal hijrah 1430.

"semoga yang terbaik mengiringi kehidupan kita.."

imbas semalam..

salam mula bicara..

perasaan apakah ini
yang semakin .. erm sabarlah hati
:wink:
rindunya pada rasa
lewat malam2 ini
mula la nak menyelak2 perkara2 lama
walaupun sampai bila2 segar diminda
sampai bila2 setinggi syukur rasa...

ingat lagi waktu ini
dengan alasan nak jumpa
meninjau pandangan y indah di sana..
yang disangka nak jumpa cam biasa je

rupanya ada tujuan:pandacloud_32:
pertama kali dikidnap ke desa
pertama kali dipertemukan
tanpa sedia
tanpa...kata

aduhai.seorang aku cuba membawa diri
meramah mesra kan hati
walau hanya diperkenalkan sebagai k.a.w.a.n

aduhai kawanku yang tercinta
betapa yang terhasrat dihati tak terucap dibibir
betapa yang tersirat tak dapat difahamkan
betapa setiap kata perlu ditafsir sendiri
dua tahun berteka-teki

ada maksud yang ingin disampai
ada rasa yang ingin dikongsikan..
terima kasih 'kawan'
atas kesempatan dan ruang
peluang dan keajaiban
terima kasih sayang...
:minimo_19:
"My love,
I want to share
All my love with you
No one else will do...

And your eyes
They tell me how much you care
you will always be
My endless love

Two hearts,
Two hearts that beat as one
Our lives have just begun"
~endless love~



my endless love


Dec 22, 2008

hantar rasa

salam mula bicara...

bila masanya menjelang tiba,
kembali pada nyata
kembali sendiri..
oh perasaan apakah ini

alahai
bila jarak memisahkan pandangan
hati dan rasa berbicara lagi dalam sunyi
pandangan terakhir kekal dihati

kembali sendiri
sepi
sunyi
tapi..
dalam perjalanan yang perlu diteruskan
seorang aku perlu makan dulu..:pandacloud_16:..
bismillah

besar betul hidangan ni.
kalau la dapat berkongsi dengan dia..
ah, rindu lagi:pandacloud_07:
menjelang dinihari
masa keberangkatan yang tiba

akhirnya aku kembali ke lembah sakura
untuk meneruskan tugasan dalam perjanjian

sabarlah hati,
20 hari lagi akan ku kembali ke sarang
untuk sesuatu yang ku nantikan..
untuk anugerah yang bakal tercipta
:chokilala:
mudah2an semuanya selamat
doakan urusan seorang aku dipermudahkan...

"double happiness.."
pemberian teman dari taiwan
arigatou kathy san.

:minimo_14:

Dec 18, 2008

hantar belanja

salam mula bicara...

bila masanya menjelang tiba,
alahai..bergetaran rupa rasa ni.
terkenang 9 bulan yang terdahulu
saat tersarung tanda hati

kisah aku dan dia
hanya Dia yang Maha Mengetahui
betapa terlalu bererti
sebesar anugerah
bagaikan tidak percaya
alhamdulillah, syukur padaNya

hari ini,
bila yang dijanji mula direncana
ikatan 2 keluarga.
siap menggeletar nak jumpa bakal mentua..
macam la tak penah jumpa sebelum ni.

:chokilala:hehe malu ah
cabaran terkini hampir bermula..
selangkah ke hadapan..
isk2, macam tu rupanya rasanya ya..

alhamdulillah,
perbincangan keluarga yang berlangsung beberapa ketika
beriring hantaran belanja
sepurnama yang mendatang
moga semua y dirancang berjalan baik
dan dalam lindunganNya

"walau diiring panas dan mendung
nyata roda hidup yang berputar
adalah hakikat sebuah kenyataan..

munajat seorang aku
dititi hari-hari yang bakal menjelang
moga terus diberi kekuatan
moga rahmatNya mengiringi perjalanan

doa seorang aku
jadikan aku yang terbaik untukmu"
:kiss: