Dec 28, 2008

hijrah..

salam mula bicara..

"Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
"


hijrah ini,
seorang aku bermelankoli
penyerahan yang berpanjangan
doa yang dipanjatkan
keampunan yang dipohonkan..

hijrah ini
masa yang berlalu
adalah yang paling jauh dan menjauh
seorang aku terkesima
apa yang telah dititipkan...

hijrah ini
moga amal dan niat dalam penyerahan
diterima dan diperbaiki
realiti hamba yang sering alpa
sering terlupa..

hijrah ini
seorang aku bermunajat
syukur di atas setiap pemberian
syukur di atas setiap kesempatan

hijrah ini
perjalanan yang makin menyingkat
perhitungan yang nyata

hijrah ini
seorang aku meneruskan langkah
biar apa yang telah diciptakan
moga dalam restuNya

semoga dipermudahkan segala urusan..

salam maal hijrah 1430.

"semoga yang terbaik mengiringi kehidupan kita.."

No comments:

Post a Comment