May 12, 2008

ashiya

pusar angin itu
yang menjana kuasa
yang menjana tenaga

ironinya pusaran itu
kuasa untuk menjana
tanpa pusaran itu
mungkin lemah tak bertenaga

ombak yang menghempas
juga menghasilkan tenaga
tenaga suatu kekuatan
kekuatan bererti ketabahan

deretan penjana kuasa itu
rupanya setiap satu memberi makna
hidup suatu perjalanan
dan perjalanan memerlukan tenaga

dibalik pusaran kuasa
biarlah kita mengerti maksud tiap satunya
kerana pengertian mendewasakan
kerana pengertian mengingatkan
siapa kita disisiNya

May 5, 2008

layaran ini

perjalanan ini
ironinya lengkap diciptakanNya
setiap satu yang dilalui
ada makna sendiri

hanya terpulang pada diri
untuk memahami dan memperbaiki
hakikat insan yang jahil dan alpa
selalu terpesona pada yang indah sahaja

hakikat penerimaan ini
selalu terlena di arus rasa
selalu juga tersentak di jiwa

kemudi hidup ini
hidup yang seketika
badai dan gelora mendewasakan rasa

setenang air dilautan
air yang membiru memukau pandang
biar apa yang mendatang
hakikat insan teruskan perjalanan

dipelayaran hidup itu
yang hanya seketika