Sep 2, 2011

alkisah raya 2011

menjelang 1 syawal,

malam raya, lepas isya, tunggu pengumuman raya.
dah tukar rupanya penyampai nya ya.lain lak feeling dia..
hehe takde kaitan
dengar takbir raya. maka confirm esok raya. 
rebus nasi impit, telur puyuh, perap ayam. 
call mak dan mak. acara ampun maaf in advance (^_^). 
yeay, mak beri duit raya rm25. sebab rm100 bahagi 4 beradik. 
tapi mak kata, dia amik balik beli baju tn muda. 
sbb mak tn muda tak muncul raya tahun ni. isk!
sms tn besar. tak berbalas. huh, rupa nya bz main mercun & bunga api. 
boleh??? merajuk
kuarkan mixer, cheese, mangga & susu. 
buat dessert raya lagi best. 
sambil dengar takbir dan rancangan malam raya dari tanah melayu.
akhirnya, mimpi indah malam raya.. lupakan kesunyian ;)
 
subuh menjelma, pagi hari raya, gigih betul di dapur. tentulah sorang2. 
berurusan tekun dengan ayam masak kicap, sambal telur puyuh, 
masak lodeh, ayam & sotong percik. 
dapur cuma satu, maka semua menu kena ikut Q. 
potong nasi impit & deco meja raya a.k.a kotak tissue besar. 
memang syahdu la, terkenang meja kayu jati kat kedai perabot. haha
 
kala fajar menyinsing di tanah melayu, 
berkurung biru, bersimpuh ayu, bersalam2an dengan tn besar, 
bergenang air mata cakap dgn tn besar. 
hanya dengar suara dan membayangkan suasana. 
ampun maaf kekanda y dinda harapkan. sudah2. g solat raya dulu.
 
sekitar waktu dhuha, merenung je meja raya y 'cantik'. 
tunggu tetamu y akan berangkat pulang ke tanah melayu. 
terakhir mereka berhari raya di sini.
 
lepas zuhur, tak boleh tahan. 
pakai blouse coklat dan bergerak ke satu rumah sasaran. 
mereka jg akan pulang ke tanah melayu minggu hadapan. 
wah barulah nampak cam raya. ramai y berkumpul di sana, 
bersalam2 bermaaf2an. tahun ni takda perasaan nak ambil gambar. 
jadi mmg takda gambar raya. petang tu dapatlah beraya 2 rumah.. 
lupa sekejap kesayuan.
 
malam itu, makan juadah y kawan2 beri. 
tukar rasa. makan dan makan.

menjelang tengah malam, bergenang lagi airmata 
tgk gambar tn besar dan tn muda dgn persalinan raya mereka. 
saya punya pun ada, tp jasadnya tidak di sana bersama. 
rasa nak photoshop je ;).
 
tn besar call. memang tak boleh tahan lagi dah. 
berjurai2 airmata sambil bercakap dgn tn besar. 
SABAR. azimat dr tn besar.

esok pagi, raya ke2, pergi sekolah dengan muka sembap. 
mari mulakan puasa 6.

sekian terima kasih. sila sambung kerja mulai sekarang (^_^)

6 comments:

  1. alaa sedihnye baca..sabar eh kak ez..mmg sedih kalau raya sorg2 tnpa org tersayang ni..sabar tau.ada peluang insy tahun dpn dpt beraya bersama :)

    ape2 pun makanan2 dekat atas ni semuaa mabelessss..terliurr.huhu

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. penat dah jauh2 ni..

    ala menu biasa je. kuah lodeh.. hehe cumanya dibuat pagi raya..;)

    ReplyDelete
  3. :) nyumm nyum.. bole kirim ke semenanjung tak.. hihi

    kuatkan semangat yer... thn depan pasti bleh raya bersama :)

    ReplyDelete
  4. takut kt semenanjung dah mls nk masak..hehe.. insyaAllah dpt bsama mulai tahun depan

    ReplyDelete
  5. tu la nape x call i ...musti bergelak tawa di mlm raya...
    Amanat i sama ngan Tn Besar ye...
    Tahun depan anta pic raya pada i ye:-)

    ReplyDelete
  6. ala, u mesti bz dgn dodol u kan..mana nak dgr i miscall u.. hehe

    insyaAllah..mudah2an..thanks u

    ReplyDelete