Jan 31, 2010

.....



sejuk

...

lapar

....




:
:
makan
:
:
makan
:
:



...........zzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZ


produktif betul ;)

Jan 22, 2010

hari apa?




masa demi masa, waktu demi waktu..
apa sahaja cerita,
apa sahaja y akan berlaku,
hakikatnya tetap akan terjadi..


dinikmati
.
.
berlalu
.
.
.
dan dikenangkan.. :)

dari mimpi menjadi kisah
...

dari doa jadi semangat
syukur alhamdulillah atas tiap limpah rahmat.
mudah2an kasih kekal berpanjangan

dari 365 hari yang akan lengkap esok,
walau hanya 77 hari bersua pandang,
tiap2 detik yang dikongsikan kekal pegun dalam ingatan..

buat yang tercinta
terima kasih untuk segalanya...
selamanya~

untuk teman2 sahabat y sentiasa mendoakan,
moga bahagia yang dicita jadi nyata


p/s: salam hari ulangtahun perkahwinan yang pertama juga buat fathi n pasangan.

Jan 19, 2010

I d' HK..kisah tahun lepas



edisi terlambat untuk dikongsikan. bila nampak dah mula bersawang umah ni dari isu2 tn umah.
eh dah kurang isu upanya ya..:)
jom lah, tinjau2 pengalaman di daerah bekas jajahan sang puteh ni.
nak ke sana, sila mulakan dengan tukaran matawang ini ya

macam2 bentuk duitnya. oh ada y terlupa nak snap.
ada syiling dia y bentuk berbiku. nampak macam duit main2 tapi besar nilainya.
lepas la nak beli nasi beryani sepolitena y nyum2.
terutamanya sekali bila terasa sedikit mencabar utk mendapatkn makanan halal
dan ahh teringatkan kesedapan nasi itu.lembut dan berperisa.

lupa nak snap sebab lapar melampau
dan tak terfikirkan hal lain kecuali makan.
sebenarnya mungkin tak susah nak
cari makanan halal di sini,
tapi disebabkan saya hanya bersendiri
dan bersama2 kawan2 berbangsa Tiong Hua,
maka saya jadi sedikit sukar untuk mengajak mereka menemani saya.
untuk pergi sendirian, terasa seperti kurang selamat..mungkin perasaan sendiri je..

di persidangan pun saya hanya menjamah nasi berulamkan buah2an dan salad.
owhh nikmat. syukur ada juga y boleh di makan. maklumla, pemakan nasi tegar :)
desert mangga dan sago ni sangat menyegarkan. asli!..

di jejambat berhampiran hotel kowloon. nak ke kawasan tapak tangan artis..
eh apa nama tempat tu. lupa pulak

yang ini dah tentu la kan. cuaca suram malam ni, jadi samar2 je

memang harus tempat ini dinobatkan dengan bandar cahaya.
penuh dengan neon bgemerlapan..
sangat cantik dipandangan mata dengan teknologi yang ada

ini adalah masjid kowloon. ramai juga muslim di sini.

masa ni nak ke Peak Tram.
seorang teman minta yang ini untuk sebagai ole2.
tapi menda ni melekat, tak boleh lak nak di bawa balik ;) sowii eh u

ini di Madame Tussauds.. lihatla, mimik artis2 dan ahli2 kenamaan yang terkenal.

banyak betul character yang disintetikkan..

elok keluar dari sini je,
kalau ternampak orang, boleh timbul persoalan dan rasa nak cuit.
Eh betul ke orang ni? owhh bahaya


dari atas puncak. untuk tunggu waktu malam untuk acara pesta cahaya

dah balik2.. berasa sangat2 la letih mengharung lautan manusia dan bangunan.
pening pun ada bila rasa nak mendongak je..

beberapa hari di sini, adalah pengalaman baru yang ada keseronokkan tersendiri.
kalaulah si dia ada bersama ;)


saat mahu beterbangan pulang ke lembah sakura. hati disulam bunga2 riang.
kurang dari 12 jam akan bertemu si dia. indahnya perasaan saat itu.
mudah2an, panjang usia, kami kan bersua lagi..

Jan 5, 2010

istana kasih: Kokura Castle

lepas setahun lebih duduk sini, baru ni lah rasa nak melawat Kokura Castle ni. 
taklah jauh sangat dari tempat tinggal. sejam kut
Itu pun dengan kehadiran Tuan Besar. 
Kalau tak takda nya la  nak menyinggah masuk. 
lalu tu je adalah. itupun sebab nak renew visa.. :)
pertama kali la ni masuk istana samurai.
eh tengok tu, tekun je Tn Besar baca info.
ni replika kasawan istana. ada buat orang kecik2.
kena guna teropong lak nak tengok..
ni maklumat kawasan istana
baca lagi
istana idaman
romantik? mestilah..

Jan 1, 2010

walk of life ~ 2009



transisi tahun yang beranjak 365 hari. mudah2an yang lebih baik akan menanti pada tahun yang akan datang. semoga dengan segala limpah rahmatNya kita kan beroleh yang terbaik

2009 yang berlalu punyai ceritera sendiri. jan 2009 bermula dengan transisi kehidupan yang lebih bermakna. alhamdulillah di atas kurniaNya.

bila sakura memutih diranting, cukup memukau pandang.
kebanggaan jelata negara matahari terbit ini mempunyai ironi sendiri.

april menjelma.
tahun baru semester baru institusi akademik di sini.
riang ria di kawasan kediaman kala acara tahunan di sambut penuh warna-warni

mentari cerah memunculkan hangat dalam sinarnya.
bebunga yang penuh warna memekarkan perasaan yang penuh ceria dan bersinar2..

~saya rindu dia~selamanya

july kembali meneruskan jalan2 kehidupan.
ilmu kehidupan yang cukup memberi makna dan pengajaran.

Ya Allah, mudahkanlah urusan hambaMu.
pada setiap detik berilah petunjuk dan rahmatMu

ramadhan 1430H masih di daerah ini, buat kali ke2.
berpuasa di rantau punyai kisah sendiri.
ibadah yang dimuliakan, moga beroleh kemudahan

aidilfitri 1430H. juga buat kali ke2 menyambutnya di sini.
dalam hati sendiri kerana sebahagiannya di sana.
sabarlah (infinity) hati, terima kasih rasa.

okt & nov yang berlalu. dalam kejaran masa dan tugasan.
walau puas kadang menggaru kepala yang tidak gatal (err macamla idea boleh dtg dengan wat macam tu) tapi suka atau tidak, tugas perlu diselesaikan.
sedaya upayanya. selebihnya mudah2an urusan dipermudahkan.
december yang menjelang.
perayauan antarabangsa ke hong kong.
mengujakan juga ke daerah peninggalan jajahan sang puteh ini.

dalam hati hanya menanti.
mendoakan keselamatan perjalanannya ke daerah sakura.
alhamdulillah di sini kami bertemu dan melakarkan kisah manis yang tersendiri.

berakhir sudah episod 2009.
berdua itu cukup memaknakan dan melengkapkan.
alhamdulillah syukur..
.
.
akhirnya
.
.

azam materialistik yang perlu diteruskan...isk2

--- ada lagi ke? ---
awal tahun lepas saya menghadiahi ini secara fizikal

dan awal januari tahun ini,
saya ingin menghadiahi semua yang membaca edisi ini.

terimalah ;)

salam yang terindah buat semua