Oct 28, 2009

colours of ...



autumn dah menyapa. dingin hadir mencengkam rasa.
bunga fofular musim ni pun mula memekarkan kuntum2 warna..

segar nampaknya bunga2 ni rimbun dalam dingin,
meriah penuh warna. anugerah alam ciptaan Illahi. Subhanallah. memukau pandang..

ini bunga kosmos..tumbuhnya mcm lalang sekali pandang. tp leh di tanam la kut agaknya..
cantik pulak warnanya y ini..

ha seorang rasa di sana. sendiri!

"Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba...." ~saujana

pesta ros musim dingin pun da mula juga. cuma belum mekar sepenuhnya..

langit sedikit kelabu hari itu. ada sepi yang mencengkam rasa. ada hampa yang tak tertahan. tapi bagaikan lumrah alam. yang kan terjadi tetap terjadi.. mudah2an masanya akan tiba jua..

errr lapar. jom makan..;)

Oct 16, 2009

sepetang dibandar..



edisi jalan2, sambil tunggu waktu berbuka.. peristiwa ni masa ramadhan dulu.
aci tak? p jalan2, pastu balik bbuka kat bilik.. harmoni je..;)

mana ni? kokura..riuh rendah jg tempat ni. agaknya diorg pun bz nak cari juadah kut

cantik juga tempat ni.

tapi lenguh lak kaki, sbb da petang.. tengok mana sempat je la

oo ada pameran lak..

singgah mini library dalam shopping mall nih..

library la kut..banyak je buku

alahai macam menarik je roti ni. err y ni ada jual kat kedai roti, bukan kat dlm library ni tau

ok, tukar citer plak. juadah sushi n geng2nya dari lab member uni depan ni..

memang tak bleh jumpa sushi la. asyik terpesona je..

meh la jamah sorang sikit..

alala comeinya ikan ni. apalah dia tengah pk gaknya kan?

ikan ni sendiri..sian dia kan?
erm kembali dalam hitungan masa yang panjang,
ada sepi yang terus mencengkam..
sabarlah hati



Oct 13, 2009

misteri malam jumaat...


alkisahnya, berusaha bagai berbasikal semata2 nak je pasaraya..
huh jauh giler.. cukup la sekali tu je ;)

serius penat xhengat.. rasa nak tinggal je beskal tu dah.
perut lak lapa bagai nak rak

sapa kata mudah cari makan. kena usaha dulu kan sebelum dapat makan..

rajin dan usaha tangga kejayaan..
selepas naik turun tangga bsama basikal, alhamdulillah..dapat juga makan

rasa nak perabih semua skali je.. uishhh sila jaga kesopanan dan kesusilaan

macam ni la gayanya bersama2 rakan sekutu..
meriah je bila ada geng nak p makan2 or jalan2
wpun kami cuma ada beskal tua tu je..

alhamdulillah..
sekurang2nya masih ada kan ;)

Oct 10, 2009

sehati berdensha..



berdensha lagi. ikut mem pegi immigration office.
maklum le immigrant, so kena selalu2 semak jangka hayat kependudukan..

ini suasana bandar ni..apa ya? kokura atau kurosaki? lopa..

panas..masa ni mujur belum bulan puasa lagi..

cerah betul suasana. dahaga jangan cakap.
tapi abaikan la dulu. later2 kta minum.
sekarang kita nak berimaginasi pandang dulu...

ada taman lak depan office tu, apalagi, snap sana snap sini la jawabnya..

ku lihat hijau je.. cantik landskap tempat ni.. tp dlm gambar kurang sikit..

macam dalam hutan rimba plak. padahal tepi jalan je tu

haa kan da cakap. dekat tepi jalan je..

macam gambar tampal la plak pic nih..;)

cakk!..eii ada ikan la..nampak tak?

adoii tak nampak rupanya..ok cukup2.. sila bergerak menuju eki untuk pulang..

merahnya mak ngah..

suasana depan eki..

ok tunggu densha lagi..kes selesai.
tgu tahun depan baru buleh renew kelayakan menduduki daerah ni...catch u later. ja ne..

Oct 3, 2009

bila tikus menari-nari I



siaran terlambat dan sangat lambat lagi ;).. rasanya sebelum puasa aritu.. tentang berjalan dan bersukaria, serahkan saja. cepat lagi pantas. isk2

nak ke mana saja ni. ke mana ya? nak laksanakan pemurnian ekonomi kut..ok. prosidurnya bermula dengan yang ini. sila beratur dengan tertib ya..jangan lupa amik tiket.

err sekali silap daaa. haha sila melintas dan tunggu bas yang lain ye kawan2..

haa y ini baru betul. see.. pantang ada peluang kan..cepat je amik position

ok. dah sampai ke eki. sekarang tunggu densha plak.
sila rujuk skrin untuk jadual ketibaan dan lokasi pilihan

ha sekali lagi. yang ini dalam densha dah..

ok dah sampai. tempat ni namanya space-world. tapi takde la nak ke situ pun ;) eiii gayat

ecewah.. tentang berlakon, mmg superb..

ferris wheel melata2..

cakk! saya di sini.. saya & roda..
saya di bawah roda, ermm adakah roda saya di bwh skrg ni??

dah sudah2..cepat jalan!

haa nak gi sinilah.. shoppin secara berskala..

tengok. masing2 dah dapat tangkapan..

penat betul.. lapar lak tu. bila dah tak muat barang kiri kanan,
baru teringatkn perut. siann perut. lapar ya..
ok tunggu next entry la utk jamu rasa plak..;)