mimpi yang bertaburan sebelum jaga, sebelum cahaya.
di antara mimpi2 itu, selalu menyeret rasa untuk berfikir dan bermenung.
jauh hanyut dibelai masa..ironi hati yang terbuai rasa.
mungkin minda tak upaya atau tak diupayakan untuk mengekang emosi.
kerana itu seorang saya sering terhanyut oleh emosi.
bersangka yang baik2 sahaja, kadangkala membuat hati jadi bungkam..
seorang saya selalu berpendapat, hal yang baik2 tak perlu disangka2 lagi.
kerana itu seorang saya selalu mengakhiri pendapat dengan bersangka pesimis.
justeru tersimpul disudut pandang yang lain, bahawa saya sering menidakkan..
mungkin benar. tidak berapa baik seorang saya rupanya.
kerana bersangka begitu. lagi dan lagi ;)
tak mengapalah.. seorang saya faham dan selalu memandang cermin diri.
siapa saya dan apa yang saya rasa.
kerana hanya seorang saya yang rasa apa y saya rasa.
kerana seorang saya hanya seorang saya..
kerana seorang saya tidak berapa cerdik mungkin untuk mengurus pendapat dan kesimpulan.
hati seorang saya rupanya selalu bertabur.
dan di sebalik mimpi2 yang hadir, hanya padaNya saya kembali rasa syukur atas bahagian hidup yang bersimpang dugaan.
kerana dugaan rupanya mendekatkan hati padaNya..
“ketahuilah, sesungguhnya kegembiraan di dunia ini hanya diibaratkan mimpi belaka, atau seperti
“Pada setiap kesenangan, di sana ada kesedihan, dan tiadalah sebuah rumah yang diliputi kegembiraan melainkan akan diliputi oleh kesedihan..
Abdullah b Mas’ud”
Hakikat Musibah dan Balasannya ~ Kasmuri Selamat, Darul Nu’man.
Abdullah b Mas’ud”
Hakikat Musibah dan Balasannya ~ Kasmuri Selamat, Darul Nu’man.
maafkanlah seorang saya, kerana kurang upaya menyempurnakan diri, atas semua yang saya pilih sendiri..
gembira & duka silih berganti.
ReplyDeletetiba & pergi tanpa diminta & diduga.
hadapi ini hidup dgn senyuman :)
begitulah hidup ;)
ReplyDeletesadis la pulak..
ReplyDeleteuwaaa..
i'm hurt..!!!