Apr 29, 2009

bunny's house



ok, sambungan bingkisan dari taman,
kali ni kita tengok apa ada dalam umah cik bunny n family.
jom la singgah, cik B dah pelawa ni..

bila cik B ada rumah sebesar dan semesra alam macam ni
nak juga tau, apa xtvt dia.
tak usahla semak dengan kementerian,
apa kerja dia, n berapa banyak gaji dia ya..hik2

tengok tu, cik B da tunggu.. meh la masuk, isyaratnya..
nak masuk xyah buka kasut pun takpa.
tp pastikan buat bayaran tunai di kaunter ya sebelum masuk..

jemputla masuk kawan2.. ha sebelum tu, ni la family cik B..

ini ruang berdiang cik B. comel kan. tempat cik B santai..
kalau cik B tension, kita rasa,
apakata cik B duduk je dalam tempat pembakar tu.
jadila sate cik B nanti..hik2..upsss
ini home theater cik B. sound system biasa2 je. tapi bolehla..
cik B kata, tunggu gaji nanti, baru leh upgrade.

kecik je ruang tamu. meh naik tingkat atas lak..

yang ini ruang pandang dari tingkat 2.
alahai, cemana la cik B organize umah ni. comei2 je

simple je ruang atas ni.sesuai la utk cik B
rajin upanya cik B study. kita pun x rajin macam ni.
subjek apa la gaknya cik B study kan??

ruang bersiram.. kemas je. okla. mcm da penat la. jom turun semula

cik B jemput kita duduk. penat lak nanti katanya.
ada kek y menawan utk pandangan mata. set cawan pun ada. tapi kosong la.
cik B kata, kena beli air kat luar sana, kalau nak minum..
tengokla.. cik B tengah menjamu selera. salad je? kenyang ke?

amboih.. makan sorang2 je ke?xmo pelawa kita sama?
hik2.. bila sebut2 tentang makan, nak juga tengok dapur cik B.
.....
tapi da penat la nak story
tunggu next entry la ya...

ok cik B. tima kasih la bawa kita tengok2 umah cik B. cantik.
kalau raya nanti..tatau la cemana meriahnya.
catch u later...

~when I need you
i just close my eyes and I'm with you
and all that I so want to give you
it's only a heart beat away~

Apr 27, 2009

flora is bunga..bingkisan dari taman


sayugia, dicatatkan bingkisan dari taman, sempena edisi ke luar daerah di hari minggu. sangatlah berkobar2 rasa nak menjejak kaki ke sini. alhamdulillah, sampai juga..

irrashai..suasana masa ketibaan tu agak suram. jadi gambar2 pun nampak kurang bercahaya.
taman ni rasanya devoted to rabbit's family. sebab semua character berasaskan rabbit ni. agaknya la.. tak sempat lak nak wat literature review. so kita buat assumption je la ;

ini habitat rabbit hidup.. comel belaka la. x usah pertikai ciptaanNya..;)

rumah bagai dalam taman bunga.. penuh keliling dengan bunga2 ni. uihhhh segar je pandangan. esok2 rasa kalau dah penuh ilmu penanaman bunga, buleh la wat gaya2 gini..

esok2 la kan, bukan sekarang.huhu alasan. seorang aku memang tak berapa mesra dengan tanam-menanam bunga nih..

cakk .. haa ni la character rabbit's family. comel kan. di gelar Sylvanian Families..err asal usul sila buat rujukan terus di en google..

perjalanan ini.. kiri kanan bunga2 y ceria. bunga ros masih belum mekar sepenuhnya.. tentu lebih cantik. baunya pun dah harum semerbak..

rabbit toon lagi..

ramai orang. bukan setakat bunga2 dan rabbit, ada macam2 lagi kat sini..

macam kat alam fantasi kartun je..

pink eye of ... comel je rasa.isk semua comel ni apahal kan

bunga ni pun jadi pink haa... rupanya macam tulip. tulip la gamaknya kut..

theme park. standard la dengan permainan2 y pelbagai tu

ez go round.. suka tengok.. macam klasik je.

bila bergerak di udara. oh tidakk. pertama kalinya menyertai permainan2 seperti ini..

haa penat2. gayat? hik2 apala.. budak kecik pun xgitu tau..

ok.. da tak larat nak tunggu gambar diupload. nanti buat part II la plak.. daaa

Apr 26, 2009

hasrat vs hakikat



apa nak buat?
bila rindu semakin menghimpit..
antara hasrat dan hakikat.
kisah tentang hati,
l.u.p.a.k.a.n.l.a.h

hasrat
"I need you now
More than words can say
I need you now
I've got to find a way
I need you now"
~alias

hakikat
"di hati kulakarkan sebuah impian
yang aku namakan harapan
jalan ke puncak itu beronak dan berliku
namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
aku sangkakan harapan selembut impian
kiranya kehidupan tidak sedemikian
... "
~hati yang rapuh

Apr 23, 2009

...(^-^)...

presenting beautiful iris,
to whom appreciate the beauty and happiness of lives


"May you have .....
enough happiness to make you sweet,
enough trials to make you strong,
enough sorrow to keep you human,
enough hope to make you happy.."


it is sweet to be loved by you &
may this happiness lasts forever

Apr 21, 2009

rajin adik rajin..



::rajin adik rajin..rajinla belajar..bila besar nanti boleh tunjuk ajar.. ::

erm malam2 y gelita ni, mcm sedap je makan aiskrim dengan biskut.
kombinasi tu macam tak berapa nak padan,
tapi boleh la dilayankan..
da macam orang takda keja.

rasa macam nak lakukan pengemasan berkelompok dalam bilik.
terjumpa buku-buku ni. beli je la, baca nya bila ya?

kalau dah namanya membaca, ntah kenapa selalu je menyasar jadi mimpi.
cemana nak cepat pandai, kalau tak rajin baca buku.. isk isk
membaca itu sangat relevan dengan pengetahuan.dan kaedah ini kekal relevan sepanjang zaman..membaca nota2 ilmu dan pengalaman itu, rupanya membuat seorang aku berfikir dan tersenyum sendiri. oh macam tu rupanya. tak kurang, situasi yang sama juga berlaku. erm adaptasi maklumat ini mungkin boleh dipraktikkan.. alahai
>>asakan nota-nota biru,
dari gelombang menjadi azimat
menggamit mimpi jadi hakikat.
dalam hitungan yang menyingkat,
dalam perancangan yang dinafikan,
pulangkan nota-nota biru...<<

Apr 19, 2009

2009 Welcome Party~


minna san, konnichiwa..
kyoo wa, nani-o shimashita-ka??
-paati o shimashita.


oo ada welcome party di sakura house tengahari tadi. turun la juga,
bersama2 meraikan student baru tahun ni. haa tengok tu.
da penuh parking. ramai yang datang join party ni..

jom kita mulakan dari sini.. starting point, boleh amik quiz card, hashi dan pinggan makan..

tak banyak beza. acara y sama seperti tahun lepas.sesi makan, sembang2, amik gambar da semestinya..samada menangkap atau ditangkap gambarnya, erm xkisahla..

ramainya..best juga, boleh bertukar2 pandang dan cerita. tambah kenalan
gerai makan dan minum yang ada. amik je, xperlu bayar..
ceria je semua. nak sembang, tapi nihon wakarimasen..
sikit2 je y paham.sudahnya senyumm je la.layannn


chicken ball ni mcm best je..
nampak je la kan, tak usah la nak amik.ok next please..

ha tomato ni je la y sahihnya boleh di makan.. eh sedap pulak makan tomato ni.
ha lempeng ni boleh. sedap la dengan perut yang lapar ni..

ms sally san with her couple, make them cute couple.
;) er apala couple saya sedang buat di sana kan..

yang ini, kathy san.. best nampaknya dia dapat makan aiskrim tu.
tambah cuaca panas (dalam dingin)..

tapi takpa, kat bilik ada stok aiskrim.walaupun dah ditegur secara berkala.
cukup-cukup la makan aiskrim.ha jeles la tu..haa rindu rindu..

.....

apa ni? kalau padi katakan padi, tidak hamba tertampi-tampi

kalau mochi katakan mochi, boleh la hamba tumpang makan sekali..

chaiyo chaiyo.. erm betullah, bukan mudah nak mudah kn??
tapi ada juga yang selalu mudah dapat kemudahan.
xpalah.dah bahagian masing-masing..

nyum2.. tapi penatla kunyah menda ni. chewwy..
ini y plain version dgn air gula

yang ini bersalut brown sugar kut
domoo..
sedap la kuih ni.sbb seorang aku mmg lapa. breakfast ditengahari la ni.

yang ni tak larat dah nak makan.. dah x kuat nak kunyah..hehe

tunggu lucky draw announcement..

.....
.......
...........

tiba2 gendang berbunyi..apa tu??ooo ketepi2.. ada dragon nak lalu..
yalah-yalah..lalu la, jangan segan2..sopan sikit jalan tu. malu orang tengok ;)
owh tiba2 teringat pada sepasang singa yang mengapit pengantin lelaki ku yang berbaju merah..

panas.. pala da mula rasa sakit. jom la masuk admin ofice ni..

asal boleh, bergambar saja jawabnya..

ooo duk sini upanya ya.. selamba je join diorang ni..alala suka-suka

"awak nampak letih je.. tak pe ke landing kat situ? awak xkisah ke?
xpa, kita memang da biasa mcm ni..ah mengantuknya"

lucky draw yang x berapa nak lucky ;) dah-dah, jom beredar...

sampai jumpa lagi di welcome party 2010. erk dah 10 ke???

erm ja mata raishuu ne ...