May 28, 2009

suri dalam dapur...



entry gambar lebih usia lagi.;) ala sesaja nak sembang tentang dapur.

xda la relevan sangat dengan situasi semasa seorang saya skrg ni, tapi terfikir, bila la seorang saya akan memiliki dapur sendiri?

erk apa kes? rumah pun xda lagi, dapur dan ruang tamu jauh la skali. haha best gaknya kan. boleh decorate, boleh menambahkan aktiviti pembelian bahagian kedapuran..

set ini nampak comel kan? maka haruskah dipandang begitu sahaja??

"Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !"

haha musti suri ni xberapa nak cemerlang wat roti kan? hik2

pas tu buat (aka beli) kek macam ni. susun comei2 dalam bekas..

huishh sayang la nak potong. pandang sahaja lah ya. penat2 orang hias kek tu, sayang plak nak usik. apala. nak makan pun susah kan..
.....
ok sekarang, bayangkan plak ada dapur yang kemas macam ni.
kecik pun takpa. karang besar2 sapa la yang rajin bangat nak mengemasnya

ala teruja betullah. ini baru berangan2 tahap amatur. kalau tahap pro punya angan, mau angau di buatnya..

jerang air, goreng telur.. ada salad. haha berkhasiat tau

pastu tambah plak dengan telur bungkus cenggini,uihsss.. shahdu

suka dapur macam ni. depan ruang masak, ada tingkap. leh tengok alam sekitar sambil masak kan.. (err tapi kalu malam2 seram la plak..ahaha)

tengok tu luar sana.. best je rasa suasana dapur nih

xpalah, selesaikanlah dulu satu persatu. bahagian seorang saya, mungkin tak kan dapat semua pada satu masa yang sama. kerana mungkin lorong saya agak panjang dan memerlukan cahaya. maka perlu sangatlah beli lampu dulu kan? ha

rumah impian sana.. nun masih di sana...



May 22, 2009

I'm feeling sleepy.. are u?



ada sesapa yang rasa sleeping beauty tak sekarang ni?? tulun..tulunn..





Lala kahle [Sleep well]

In the jungle, the mighty jungle
The lion sleeps tonight
In the jungle, the mighty jungle
The lion sleeps tonight

Imbube
Ingonyama ifile [The lion's in peace]
Ingonyama ilele [The lion sleeps]
Thula [Hush]

Near the village, the peaceful village
The lion sleeps tonight
Near the village, the peaceful village
The lion sleeps tonight

Ingonyama ilele [The lion sleeps]

Hush, my darling, don't fear, my darling
The lion sleeps tonight
Hush, my darling, don't fear, my darling
The lion sleeps tonight
“The Lion Sleeps Tonight”


May 19, 2009

nanti kau tau ertinya rindu..


erm senyap sunyi..dah pukul berapa la ni. sat2 lg macam da nak subuh.
**u..cepat2 bangun.serius ni dah nak kul 3.30am.. hik2..jangan tensi ya u

ntah apa la seorang saya buat nih.macam beriya berjaga.
karang esok terkulat2 mata tu. tadinya berasa dahaga, terjaga n minum air.
mujurla, x membakar sebarang kek pada pukul 3 pg.
eloknya, sunat bertahajud sebentar lg kan..

erm terjaga waktu2 begini, pantas teringatkan sesuatu.
takda? mana ni? hilang? apa y saya cari ya?

terasa ada sayu yang menjalar rasa..
hakikatnya, saya sangat rindukannya.. sabarlah hati

seharusnya saya telah sembuh, tapi saya tidak. mengapa yang dikata selalu sukar dikota. adakah kerana saya juga begitu.kerana kita selalu peroleh apa yang kita beri..sejujurnya, saya berasa sangat hampa. mungkinkah saya seorang yang perasa?atau saya mengada-ada.. keterlaluankah saya untuk sesuatu yang saya rasakan perlu...atau mungkin saya masih tidak memahami.hati tepulah rasa itu.~total eclipse of the heart~

May 17, 2009

lupakanlah..



menghargai dan dihargai.. hakikat sebuah penerimaan. sungguh rupanya terlalu sukar untuk itu. apakah perlu kehilangan hingga muncul tafsir penghargaan. apakah perlu kesedihan hingga timbul perasaan..

sukarkah? untuk menghargai apa yang kita miliki?
terlalu mahalkah untuk sebuah penghargaan?
terlalu mahalkah untuk secebis rasa?
terlalu mahalkah untuk sebuah ingatan?

keterlaluankah seorang saya untuk semua itu?

masih perlukah airmata untuk sebuah perasaan itu?
kerana kelemahan yang ada
kerana pengetahuan yang berbatas

apa lagi yang perlu seorang saya lakukan untuk semua itu?
walau saya telah terlalu lama tahu, ada harga yang perlu saya bayar untuk tiap2 sesuatu..

doa seorang saya, izinkanlah saya menyenangkan hati semua..

seorang saya terlalu lemah sebenarnya~~hati, lupakanlah saya! lupakanlah..
kerana kita memilih untuk begini. benarkah?

May 15, 2009

~menjelang hari guru..



relevan mei 16, tak lain dari hari seguru malaysia..bila bercerita tentang guru, ironinya tak lari dari budi n jasa. terkenangkan guru-guru sampai bila2 terakam kisah2 yang tercipta. kala diri menginjak remaja, saat diri mencorak hidup..

class of 96. owh seorang saya di sana rupa nya tika itu..terkenang zaman persekolahan yang dah jauh sangat ditinggalkan.. sek rendah dengan nakalnya, sekolah menengah dengan macam2 ceritanya.. bila dikenang2 waktu sekarang ni, macam mimpi pun ada..

hari guru, lebih relevan kepada sekolah berbanding institusi tinggi. walaupun keduanya tempat menimba ilmu. seakan ada perbezaan.. hakikatnya penyatuan itu yang memberi makna berganda

erm macam sayu plak ni. napa ni napa ni.. napa ya? masa y berlalu, dan kita dah berada di mana2..dari satu tingkat ke satu tingkat hidup.. tp terpandangkan belakang, rupanya guru2 itu masih di sana. statik. biar kau menjadi lilin.. & hakikat tanggungjawab dan amanah dari guru utk anak didiknya..

seorang saya kini masih di suatu sekolah.. masih bergelut dengan cita2 dan amanah. bahawa pencarian ilmu itu berterusan, biar secara formal atau sebaliknya. seorang saya sangat menyedari, sampai bila2, di mana dan siapa saya, langkah ini di mana mulanya.. I thank you now for everything you've done... semoga yang terbaik mengiringi kehidupan kita ;)

buat yang tercinta, selamat menyambut hari guru yang ditundakan ke 18 mei nanti.tak pernah terduga bahawa seorang saya akan bersama seorang guru, hingga akhirnya.saya sangat sayangkan seorang guru saya ini.thank you for my dearest teacher!!

May 10, 2009

roses are red..



Roses are red violets are blue
- which roses today shall I choose 4 u?

dapat pegi lagi ke taman ni tahun ni. sekejap je masa berlalu..
jom tengok apa ada kat dalam taman ni
nak tengok kuntuman mawar/ros yang meriah wangi memekar
ni rumah kaca. dalam ada rama2 katanya.. tapi tak masuk pun
cukupla duduk2 kat tangga je..letih. meh duduk cni sat..
tapi macam bau wangi la.. jom2 tengok apa yang bau nih
hah tu dia.. dah nampak dah. besar ros ni, err ros n mawar tu sama ke???
ros putih kuning
yang ni wana kuning.. cantik sangat ciptaanNya
kebanyakkan warna macam dah hibrid. so, cant exactly say the origin colours
merah oren
merah aiskrim kacang..
yang ni cantik..curly
see .. ungu violet.. sweet
semerbak betul harumnya.. geram betul
rasa nak petik je banyak2..
menara taman. arini tutup plak. kalau tak buleh naik.. tapi x perlu la panjat.. daki pun xyah, pandai la dia gerak sendiri..;)
owhh putih sesuci kalbu. mana tau kalbu tu putih eh??
hibrid lagi..
local folks. cikgu english upanya, padanla semangat berbahasa inggeris

ha.. sapa punya ideala ni menyelit kat situ
ros yang menjalar atas pala

===utusan rasa & jiwa====
jiwa says~d smile on ur face lets me know
that you need me
the touch of your hand says
you'll catch me whenever I fall

rasa says~i
'm shining like a candle in the dark
when you tell me that you love me
all I need is your love
to make me stronger ...
buat yang tercinta
terima kasih untuk selamanya
==========