Feb 19, 2014

mini photo book RM5!

zaman sekarang ni, nak ambil gambar rasanya tiada masalah. 
sangat2 mudah dan fleksibel. mudahnya nak merakamkan kenangan. 
penuh memory, internal external..
cuma kadang2 malas nak print. itu saya lah. 
tak semua gambar y di ambil akan diprint. 
tak larat pun ya juga dgn kosnya 

tapi selain cetakan gambar yang biasa, 
photobook ni satu pilihan.. 
saya suka sebab boleh edit dan cetak banyak2 
kalau berseni sedikit, boleh jadi story book haa

setakat ni sudah ada beberaoa koleksi photo book 
bila ternampak promosi macam ni, 
memang suka lah promosi kali ini dari PixaJoy. 
promosi mini layfat RM5. harga asal RM75.
 fuhh. syaratnya cuma ada referer code. 
bila kita register, akan dapat la referer code ni. 
tapi rupanya kalau nak dapat promosi RM5 ni, 
kena guna referer code orang lain. 
saya dah guna referer code kawan, 
 kalau ada readers yang nak cuba, 

referer code saya FLLMGBBM 

 terma dan syarat ada dinyatakan pemilik referer code, 
akan dapat free photobook ni, s
ekiranya ada 2 pembelian yang menggunakan referer code 
tapi tak kisahlah. niatnya tadi cuma nak rm5 tu je.. 
 hehe kalau ada y guna, 
sapa tak suka dapat barang free :) jom2 ...

Feb 17, 2014

Medical checkup

Ada perkhidmatan ujian kesihatan di pejabat. 
RM20 utk 5 ujian.. 
Gula, tekanan darah, hb, uric asid dan cholestrol


Setitik je darah, tapi boleh diguna utk kenalpasti tahap beberapa aras kesihatan...
Kadang perkara2 macam ini dah tahu, tapi selalu jg lupa.. 
Berapa aras y dikatakan sihat, berjaga2 dan bahaya.. 

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah. >> read more,
  • Bacaan hemoglobin (hb) darah yang normal adalah 12 - 16 bagi wanita dan 14 - 18 untuk lelaki dewasa. >> read more
  • Bacaan asid uric yang normal adalah antara 2 - 6. Melebihi skala itu adalah kurang baik. >> read more
  • Bacaan kolestrol yang baik adalah kurang dari 5.2. Jom fahami kolestrol >> read more
  • Bacaan aras gula dalam darah yang normal adalah 4 - 7.5 >> read more


Ada juga pegawai dan dietrician.. bagus..
Tinggal kita nak amalkan ke tidak...
utk tingkatkan tahap kesihatan
Maka rumusannya pada hari itu adalah...
hohoho kolestrol tinggi...
Owh my..silalah ambil  tindakan segera.. 
Sebelum melarat... Satu darinya... Beli oat..
beli je lah..belum mula mkn lg..adeshhh

jom cari resepi oat pulak!

Feb 1, 2014

The red packets

Budak berdua tu dapat the red packet.. dari uncle mereka..
Sempena tahun baru cina. Ingatkan isinya sama.. ikut saiz rupanya..
Duduk malaya, banyak cuti raya..
Seronok juga, extra masa untuk keluarga..
Sekarang si kecik tidur, gogih siapkan preparation bbq esok.. mudah2an lancar semuanya ;)

Jan 26, 2014

Survival life.. kelangsungan hidup

Kelangsungan hidup.. huii berat ke topik ni.
Tak ada apapa.. cuma bila terpandangkan pokok cili yang dah berbuah ni,
terasa bahawa semua makhluk punyai mekanisme survival ini, dengan izinNya..

Alkisah pokok cili ini, bukannya di tanam dengan sengaja.
Masa kenduri akikah baby beberapa bulan dulu, aktiviti rewang di buat di beranda sebelah ini..
wing kanan rumah bukan hotspot.. jarang duduk2 sebelah sini..
ada tak ada tiap weekend buat round check tgk rumput rampai,
hampagas cicak dan kawan2, longkang etc ada blockage ke tidak..

Lepas 2,3 minggu kejadian, dengan tm buatlah kerja2 cabut rumput halus2 ni.
Dah nampak ada beberapa anak cili tumbuh, juga anak pokok limau kasturi mungkin..
suspect, mesti biji cili tumpah ke lantai masa rewang tu.
so dengan excited ajak tm pindahkan ke pasu beberapa pokok tu..

siap beli pasu plastik, ajar tm siram pokok tiap pagi n petang.. suka dia..
katanya itu pokok dia.. masa tu ada beberapa y ditinggalkan,
sebab halus sangat takut mati..
Lepas2 tu biarkan je la pokok y tinggal tu.
X disiram n jaga langsung pun..
harapkan pokok tu sendiri pandai2lah cari sumber makanan..
Semalam tengok2..eh dah berbuah..
Alahai, terus bagi dia siraman percuma.. sayang tetiba tak memasal
Sedih pun ada.. tak terbela..eh apsal emo ni

Sedangkan y dibela bagai ni jadi macam ni?
Huhu... alahai..
kering kontang. bila kebergantungan dengan alam semulajadi tiada,
ditambah dengan kerajinan y nak membela, haa ini lah kesannya..
hehe sian pulak dengan pokok ni
Moralnya? Renung2kanlah

Jan 23, 2014

memoir adam dan hawa

tekan remote sana-sini
rancangan tak ada yang menarik sungguh.
sambil layan si kecik guling-guling.
tertekan satu channel, bukan kerana aku tak cinta
best ke drama ni.. google2 tengok adaptasi novel juga.
bestlah tu agaknya.
elok je tengok dah habis pulak.. aishh (ni mode tak tekan button info)
tak lama, rupanya ada memoir adam dan hawa
huhu rindunya.
novelnya, dramanya sumer dah pulun dulu
kisah adam dan hawa, dalam novel itu, apatah lagi
kisah kasih sayang, terpisah jarak, pertemuan dan kembara
subhanallah
begitu besar perancangan Allah
alhamdulillah, syukur
genap yang ke 5 tahun
semoga ikatan jodoh ini
berkekalan dalam lindung rahmat dan kasih sayangNya
terima kasih Allah untuk semuanya

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Jan 22, 2014

Marrie layered corn custard pudding

Lamanya x buat perkara2 macam ni.. hehe.. sedap sedap..
Makan sejuk2.. tekstur lembut, tak boleh potong.
Kalau isi dalambekas kecil2 pun comel.
Senang nak makan..
Resepi adaptasi dari sini..
cuma tak masukkan tepung jagung.
sebab tetiba je x jumpa tepung jagung kat dapur.
mana ntah nyorok
permukaan tak licin
manis2 lemak.. sedap jugalah


Jan 5, 2014

Playground bawah pokok

Tahun sudah, ada beli set buai, slider, see-saw terpakai..
tapi tersadai je sementara nak cari lokasi sesuai
Ingat nak tambak tanah lapang tepi rumah, tapi panas lah jadinya, 
sebab pokok besar pun x tanam lagi wat lindung panas matahari
nak tunggu besar, makan bertahun
budak2 sudah mulai main juga buaian semua tu, 
walaupun kita tak pasang elok2 lagi
sudahnya pindahkan lah playground set ni 
bawah pokok rambutan, pisang, jambu, durian n ciku...
redup..
takdalah makpak budak terjerit2 sebab anak2 main panas kan
yang bersihkan ni pun budak2 kampung gak.. 
sebab diorang jg y tumpang main sama2 nanti..
tengo tu..tanah memang tak rata, sebab tanah asal.. berselirat dengan akar pokok
belum sempat lagi nak tambak tanah bagi rata
ingat nanti2 nak juga letak bunga, pokok pagar keliling..
Tapi itulah, baru je nak pegang, 
da cik puan kecik tu panggil2 ajak join dia guling2 atas playmat.. 
lagi syiok.. errr malas ke @
Acik ni.. hehe

Tengok dari jauh, landskap memang x lawa la..
serabut lagi kan..
kalau dapt tanam rumput tebal tu ok juga.. 
ini asyik rumput semak je y rajin muncul.
xyah suruh tumbuh pun rajin je tumbuh..

setakat ni memang ramai2 main sama2,
budak2 mengaji rumah mil...err mak pak budak pun ada y join sama :)

walaupun tak lawa cam taman lain, nak sedapkan hati, boleh je laaaa
Layankan je dulu mana y ada, mana y sempat..
at least xlah hampakan tn muda bila dia ajak g playground main buai..
y ini anytime of possible dia boleh g main sekejap...
jangan dia mintak pool pulak sudah..

eh.. hahaha

esok johor cuti weekend, 
ermm agak2 sempat tak nak tambah 
tanam pokok renek tepi2 taman mini tu ya...

Macam dulu dulu

Bekerja hari ahad, perubahan hari bekerja rasmi di johor?
Dulu, sekitar tahun 80 an rasanya, memang cuti jumaat sabtu.
Sekarang sudah kembali semula. 
ok kut mana-mana hari yang bekerja..
Bila dah kerja, lupa hari pun ada
 jika pasangan tidak bertugas pada hari y sama.
 kena cari kaedah untuk suaipadan masa y ada. 
Kadang2 kualiti masa lebih utama.
semoga diberkati pekerjaan dan kerja kita..

Jan 1, 2014

Happy back to school

1 januari 2014
bermulanya edisi persekolahan.
rata-rata kawan-kawan pos gambar anak-anak ke sekolah.
kalau tak pun semuanya tentang sekolah, permulaan sekolah
hehe turn kita belum lagi
TM baru masuk 4 tahun, tahun ini.
dia tak pernah ke taska
risau juga nanti
selama ni home schooling je.. eh home schooling la sangat hehe
mudah-mudahan serasi bila mulai ke sekolah nanti
tengok gambar anak2 yang ke taska
siap konvokesyen bagai.
padahal taska 3 tahun
memang amazing pendedahan akademik sekarang ini
sekecil itu sudah terdedah dengan pendidikan formal.
bayangkan kalau mulai bersekolah rasmi Tahun 1, 
dan tidak lagi kenal huruf nombor etc..
err macam saya dululah.. mana tau ABC bila masuk tadika 6 tahun..
tentu stress budak-budak itu yang masih belum kenal huruf angka
demand akademik semakin tinggi
takut pun ada
memang baik untuk masa depan, 
tapi kadang2 tak semua orang dapat kelebihan yang sama
last weekend ikut tuan besar ke sekolah
stay kat library sementara tuan besar siapkan kerja 
seronok TM main2 dalam library..
ada buku banyak
dia belum boleh membaca, 
tapi sudah kenal sepenuhnya ABC, jawi..
cuma tengah cari-cari kaedah, 
macamana nak mulakan mengeja dan membaca
mudah-mudahan terang hatinya
sekejapnya rasa masa berlalu
roda sudah berputar jauh
giliran generasi ini pula menempuh cabarannya sendiri
semoga selalu dalam lindunganNya
untuk semua anak-anak, selamat kembali ke sekolah, 
rasmi atau tidak..
semoga Allah memberi kemudahan
terang hati akal fikiran

Dec 31, 2013

walk of life ~ 2013

berakhirnya edisi 2013. yang terasa baru semalam 2012.
pantasnya masa bergerak.
lambatnya mengumpul semua peluang yang datang.
lambatnya menambahbaik amalan.
Allah Akbar
http://www.islam44.net/2012/11/best-islamic-quotes.html
Semoga selalu diberi kesempatan
Semoga selalu tidak terlupakan Mu, di saat susah senangnya diri
apapun, syukur alhamdulillah, di atas rezeki,
nikmat dan ruang2 yang Allah berikan
Semoga diberi keberkatan
 
 
2013 yang berlalu,
perpindahan dan permulaan di kediaman sendiri
kelahiran puteri anakanda kedua kami
antara peristiwa besar tahun ini.
eh besar ke
apapun syukur, satu persatu keinginan, Allah izinkan
 
http://www.islam44.net/2012/11/best-islamic-quotes.html
 
Salam 2014, 1435H
 
 

Nov 13, 2013

Hilang sekejap nikmat makan

Salam isnin
alkisahnya mencabut gigi bongsu... 
setelah bertahun2 disarankan dibuang
sebab tumbuhnya melintang
bertahun itu adlah bersamaan sedekad rasanya
Akhirnya selamat juga dioperasi minggu lepas...
implikasinya adalah bengkakan seperti sebutir telur, tak boleh mengunyah, bercakap laju2, malahan menelan pun susah
sejam lebih dibilik operasi
sakit gitu2 la sebab di beri dadah kan..eh pelali

Pergi sendiri, balik tu cam weng2 juga..
tak lama bila kebas mulai hilang
mulala terasa sakitnya
nak maghrib itu badan mulai rasa lain macam!..
cepat2 makan panadoL dan tido
risau juga kalau demam
mujur malam tu tak membisa
terlena dan terjaga dengan kesan bengkak luar biasa.. eh hehe
sebab x pernah bengkak dimuka cam tu
cam alien dah.. bertabah...
4 hari baru surut. Ngam2 je la ubat y diberi
makan pun errmmm mmg puasa la jawabnya
minum air pun terasa
bubur je la memanjang..
itu pun kuantitinya cam untul bayi 8 bln je
itulah teras hilangnya sekejap nikmat makan, nikmat mengunyah, 
nikmat menelan.. nikmat bergigi
alhamdulillah segala nikmat y allah beri..
maka pesanan masyarakat jagalah gigi selalu

Nov 12, 2013

mari berparti tupperware

rasanya dah berpuluh tahun tak pergi party2 macam ni.
walaubagaimanapun parti pesta muda-muda, harijadi
dan sebagainya tidak juga termasuk dalam senarai.
dahulu kala, masa masih baru mumaiyiz,
adalah juga join arwah mak pergi party pinggan mangkuk, sabun, dan ntah apa2 lagi
sebab tak tau tu rasanya perkara tersebut bukanlah
suatu yang menarik untuk di ambil tahu semasa umur itu

yang fahamnya, alah orang menjual barang di rumah la
promosi, demo itu ini

setelah sekian lamanya masa,
barulah sekali lagi join party
ini gara-gara adik iparlah
maka haruslah beri sokongan

yang bereben2 bagai itu untuk cabutan bertuah..
yang di bawah tu sebahagian dari barang yang nak dijual.
ada manager lain yang akan datang untuk buat
demo masak menggunakan pes dan kuali jenama ini
tupperware

mula tu buat tak layan je. lagi best melayan sikecil tu haa
biar ajelah merka berdemonstrasi
tetapi lama-lama terdengar riuh rendah
lelong2..sambil rebut2
rupanya memang diorang buat clearance sale
fuhh..
sebab yang datang mak-mak,
maka berlaku lah aksi teringin, pastu nak angkat tangan kena call hubby dulu.
minta tolong bayar eh tak tak minta izin nak beli

termasuk kami ni haa... berkenan dengan satu barang.. lepas sale harga mengurang sampai rm50..
mujur tuan besar bagi beli
lagi best, dia siap bagi duit.
eh.. terasa nak angkat tangat lagi ah..
set hidangan blossom tupperware yang dalam kotak tu tinggal rm150 je harga..
tak ke haru..isk
adoii tapi tn besar kata udah2 lah tu
yelah
syukur je lah, dapat beli satu barang
takkan nak semua kan..
hehe time kacihhhh la..
nanti belikan lagi eh..

huhu baru faham kenapa orang suka join perkara seperti ini.
ermm bila ada lagi ya??

Nov 5, 2013

terjebak sudah

setelah sekian lama bertahan, 
akhirnya 
. .
 . .
 . .

 .

terjebaklah dengan perkara yang tersebut.
tambah pula,ada yang offer dengan starter kit ini 
dengan harga yang lebih murah dari yang tertera.

maka rasmilah kita jadi ahli nujum eh.. ahli masyarakat tupperware..

ahli je la.. aktif tu rasanya idak lagi la setakat ini
hehe rupanya cantik ya tupperware ni


Oct 31, 2013

Melting cheese

Nikmat sungguh rasanya kalau tentang cheese ni.. 
tetiba teringa cheese nan masa di nihon dulu..
sedap gebu penuh cheesenya meleleh2. Nikmat tak terkata.. 

ah lupakan saja

Lately terbayang2 pulak roti lapis daging. 
Cam sedap sungguh. Dek kerana si kecil puteri terjaga2 je,
 tak dapat la nak memperaga secara serius. 
Sudahnya jadi cam kat gambar tu jelah. 
Maklum, mangkuk kaserol order tak sampai2. 
maka xnampak la isi lapis dagingnya.. 
buat dua versi.. roti lapis daging burger je dengan cheezy meatball 
sedap gak. tekak sendiri la.
sayang takda kulit lasagna, so guna roti juga.
meatball digoreng kering kemudian masukkan bawang holland dan capsicum.. 
then buat white sauce y lemak berkrim.. lapiskan dengan cheese dan bakar..
huhu meriah.. eh meriah makan sorang2.. 
tak cukup dengan tu, tengok ada kek choc yang sudah berbaki sedikit.. 
nampak cam tak di layan je, maka buatlah versi cam ni..
haa barula habis di makan..siapa? saya lah hahaha oppss.. 
silalah tolak perlahan2 mesin penimbang masuk bawah katil, buat2 tak perasan kehadirannya

Oct 24, 2013

Twinkle twinkle

Ada giliran baca yasin di kampung. Bergegaslah buat kuih untuk jiran..
Huhu barang tak cukup sangat, tapi guna je la y mana ada. Sambil berlari sana berlari sini..dari dapur g bilik jengah si kecik..sekarang mod siangnya tidur adlah 5 minit 5 minit.. adehh


Alhamdulillah, siap juga, sambil duk berlari2 tu.. 
dapat 2 loyang..tn rumah, tinggal 2 star ni cukuplah..
hehe sepasang yang bermakna

Oct 19, 2013

akikah dan kesyukuran

alhamdulillah..
selesai sudah akikah untuk si kecil anakanda putri
semoga doa dimakbulkan
semoga kehidupannya kelak sentiasa dalam lindung rahmatNya
 
terharu bila bacaan berzanji dialunkan
suasana jadi hening
 
lagi-lagi pada sebelah malam, bahagian lelaki
merdu shahdu.. 
apalagi makin lenalah di kecik dalam dukungan..
terima kasih kepada yang turut serta.
jemaah kampung, jiran tetangga yang berewang menyediakan makanan
dan mengendali majlis.
terima kasih semuanya

>> doa akikah
Ya Allah, selamatkan anak kecil ini dan Engkau peliharalah hatinya, matanya, telinganya, mulutnya tangannya, kakinya dan seluruhnya anggotanya daripada gangguan syaitan yang direjam dan bala tenteranya. 

 Ya Allah, kurniakanlah lah kepada anak kecil ini iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan, dilapangkn rezekinya seluas langit dan bumi. Memiliki budi pekerti yang baik dan akhlak terpuji. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah2 Mu. Menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapanya. 

Oct 18, 2013

m sorry...

ha alahai..
umah mak ni dah macam apa ntah
hah baru tau cemana rasanya jaga anak di rumah
hehe.. iyalah, masa tm dulu, kan tinggal je dengan mil.
duduk hostel, jaga diri sendiri je
pas abis belajar tinggal dengan mil lak
so, ramailah nak bantu kan
le ni duk rumah sendiri, huhu baru tau
ni belum naik kerja lagi ni
adeh
ya Allah, permudahkanlah urusan2 kami
happy weekend all

Oct 8, 2013

Sampai jumpa lagi

Ihikk.. berakhirnya ubat jamu utk sesi berpantang edisi ke-2.
Walaupun kepantangan tetap kena diteruskan, tapi pantang rasmi 40 hari tamat hari ini.. xda sapa cakap pun, saja buat perisytiharan sendiri.. entah2 tak valid

ebenarnya berapa hari ya? Ke 44? Ikut lah mana2.. baru2 habis tempoh ni, masih sama je sebenarnya.. tak drastik sangat kan..
Sepanjang tempoh berpantang ni, memang mengulit baby je la.. tak leh angkat itu ini, takleh kuar rumah, tak boleh menyapu, tak boleh jalan laju2, tak boleh aaaa mcm2... ikutkan memang best la...

Tak payah buat kerja kan.. tapi macam pelik pun ada.. lagi pulak lepas 2 mggu awal tu, badan dah mulai rasa sihat.. cuma iyalah, mengantuk je, sbb malam2 berjaga..
Tak apalah, ambil y positif sahaja.. adalah kebaikannya tu.. latest dah dapat berat badan asal.. baby alhamfulillah sihat, syukur dapat bf baby jg kali ini..
Apapun terima kasih y tak terhingga untuk bonda mertua.. jaga sebaik2nya sepanjang berpantang ni.. semoga Allah sahaja y membalas budi baiknya..

40 hari, maknyanya cuti semakin singkat.. alahaiiii..kerja ;)

Oct 1, 2013

Shaklee sana sini

Shaklee.. sekarang ni, siapa yang tak kenal produk ni kan. Kalau bw, melata2 jumpa tanda ni.. ramai sudah nampaknya yang join membership dengan produk ini. Saya? Ehee dapat juga pelawaan jadi ahli, sebabnya saya cuba minta diskaun masa beli.. setakat ni, belum lagilah .. esok lusa tak tau.. lagi pun tak reti sangat meniaga ni...

Kisahnya saya dengan shaklee.. seingat2 lupa, semasa mengandungkan TM dulu, mungkin saya dah pun consume barangan shaklee. Semasa checkup, gynea ada cadangnya 2 item, minyak ikan dan soya... tapi mengenangkan saya dgn soya yang tidak begitu mesra, saya memilih minyak ikan saja. Sebotol.
Sekarang bila melata2 orang recommend shaklee, saya pun beli, set untuk wajah la katakan.. hehe tak nampak dgn pantas apa kesannya. So makan on off. Then bila pregnant lg, maka beli pulak pregnancy set..  standard sayalah.. tentang vitamin ni culas je nak disiplin.. trimester akhir consume lagi omega.. y ini tekun sedikit memakannya.. 

Maka hingga lepas bersalin, masih berbaki pregnancy set ni..

Bila google sana sini, tentang kelawasan lepas bersalin, ramai cadangkan ostematrix. Memandangkan ada banyak lg, maka cubalah makan.. alhamdulillah, memang mudah.. tambah pula susu untuk baby maintain ada. Dulu masa tm, mmg kurang sangat. Y ini walaupun tak berlebih2 untuk distokkan, tp ada je on demand. Syukur.

Saya tak ambil pun set berpantang. Makan jamu, oste dgn esp, oh plus dgn vit c. Sebab tak di beri makan buah, so sy assume makan tablet ni, dapatlah supply vit c semasa berpantang ni.. hope andaian ni boleh diguna pakai...
Apapun y kita makan semoga mendapat manfaat tubuh dan kesihatan.. yeay 8 hati lagi dah genap 40 hari.. alhamdulillah

Sep 27, 2013

Rindunya

Belek-belek gambar lama, walaupun taklah lama sangat...
Terjumpa gambar ni... rindu.. rindu sangat tempat ni..

Eh tetiba.. dulu masa kat situ, 
selalu fikir bilalah nak kuar dari tempat tu..

Sekarang bila dah balik, aisyy teringin lak nak berada kat situ lagi...

Siang yang terasa panjang, tensiom dengan paper, experiment etc...
Malam yang sepi.. merenung bulan rindukan tn muda dan tn besar..

Mengharung hidup sendiri, 3 tahun setengah.. berteman rakan2..

Itulah kehidupan. 
Lepas satu satu lagi bahagian hidup mendatang dan perlu di tempuh
Gambar tu, suasana di univ semasa winter.. 
winter terakhir rasanya sebelum balik for good.. sayu

uwaa rindu2.. eh resam manusia..y jauh dikenang.. 
y dekat di sayang jelah.. hehe syukur