Feb 19, 2014

mini photo book RM5!

zaman sekarang ni, nak ambil gambar rasanya tiada masalah. 
sangat2 mudah dan fleksibel. mudahnya nak merakamkan kenangan. 
penuh memory, internal external..
cuma kadang2 malas nak print. itu saya lah. 
tak semua gambar y di ambil akan diprint. 
tak larat pun ya juga dgn kosnya 

tapi selain cetakan gambar yang biasa, 
photobook ni satu pilihan.. 
saya suka sebab boleh edit dan cetak banyak2 
kalau berseni sedikit, boleh jadi story book haa

setakat ni sudah ada beberaoa koleksi photo book 
bila ternampak promosi macam ni, 
memang suka lah promosi kali ini dari PixaJoy
promosi mini layfat RM5. harga asal RM75.
 fuhh. syaratnya cuma ada referer code. 
bila kita register, akan dapat la referer code ni. 
tapi rupanya kalau nak dapat promosi RM5 ni, 
kena guna referer code orang lain. 
saya dah guna referer code kawan, 
 kalau ada readers yang nak cuba, 

referer code saya FLLMGBBM 

 terma dan syarat ada dinyatakan pemilik referer code, 
akan dapat free photobook ni, s
ekiranya ada 2 pembelian yang menggunakan referer code 
tapi tak kisahlah. niatnya tadi cuma nak rm5 tu je.. 
 hehe kalau ada y guna, 
sapa tak suka dapat barang free :) jom2 ...

Feb 17, 2014

Medical checkup

Ada perkhidmatan ujian kesihatan di pejabat. 
RM20 utk 5 ujian.. 
Gula, tekanan darah, hb, uric asid dan cholestrol


Setitik je darah, tapi boleh diguna utk kenalpasti tahap beberapa aras kesihatan...
Kadang perkara2 macam ini dah tahu, tapi selalu jg lupa.. 
Berapa aras y dikatakan sihat, berjaga2 dan bahaya.. 

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah. >> read more,
  • Bacaan hemoglobin (hb) darah yang normal adalah 12 - 16 bagi wanita dan 14 - 18 untuk lelaki dewasa. >> read more
  • Bacaan asid uric yang normal adalah antara 2 - 6. Melebihi skala itu adalah kurang baik. >> read more
  • Bacaan kolestrol yang baik adalah kurang dari 5.2. Jom fahami kolestrol >> read more
  • Bacaan aras gula dalam darah yang normal adalah 4 - 7.5 >> read more


Ada juga pegawai dan dietrician.. bagus..
Tinggal kita nak amalkan ke tidak...
utk tingkatkan tahap kesihatan
Maka rumusannya pada hari itu adalah...
hohoho kolestrol tinggi...
Owh my..silalah ambil  tindakan segera.. 
Sebelum melarat... Satu darinya... Beli oat..
beli je lah..belum mula mkn lg..adeshhh

jom cari resepi oat pulak!

Feb 1, 2014

The red packets

Budak berdua tu dapat the red packet.. dari uncle mereka..
Sempena tahun baru cina. Ingatkan isinya sama.. ikut saiz rupanya..
Duduk malaya, banyak cuti raya..
Seronok juga, extra masa untuk keluarga..
Sekarang si kecik tidur, gogih siapkan preparation bbq esok.. mudah2an lancar semuanya ;)

Jan 26, 2014

Survival life.. kelangsungan hidup

Kelangsungan hidup.. huii berat ke topik ni.
Tak ada apapa.. cuma bila terpandangkan pokok cili yang dah berbuah ni,
terasa bahawa semua makhluk punyai mekanisme survival ini, dengan izinNya..

Alkisah pokok cili ini, bukannya di tanam dengan sengaja.
Masa kenduri akikah baby beberapa bulan dulu, aktiviti rewang di buat di beranda sebelah ini..
wing kanan rumah bukan hotspot.. jarang duduk2 sebelah sini..
ada tak ada tiap weekend buat round check tgk rumput rampai,
hampagas cicak dan kawan2, longkang etc ada blockage ke tidak..

Lepas 2,3 minggu kejadian, dengan tm buatlah kerja2 cabut rumput halus2 ni.
Dah nampak ada beberapa anak cili tumbuh, juga anak pokok limau kasturi mungkin..
suspect, mesti biji cili tumpah ke lantai masa rewang tu.
so dengan excited ajak tm pindahkan ke pasu beberapa pokok tu..

siap beli pasu plastik, ajar tm siram pokok tiap pagi n petang.. suka dia..
katanya itu pokok dia.. masa tu ada beberapa y ditinggalkan,
sebab halus sangat takut mati..
Lepas2 tu biarkan je la pokok y tinggal tu.
X disiram n jaga langsung pun..
harapkan pokok tu sendiri pandai2lah cari sumber makanan..
Semalam tengok2..eh dah berbuah..
Alahai, terus bagi dia siraman percuma.. sayang tetiba tak memasal
Sedih pun ada.. tak terbela..eh apsal emo ni

Sedangkan y dibela bagai ni jadi macam ni?
Huhu... alahai..
kering kontang. bila kebergantungan dengan alam semulajadi tiada,
ditambah dengan kerajinan y nak membela, haa ini lah kesannya..
hehe sian pulak dengan pokok ni
Moralnya? Renung2kanlah

Jan 23, 2014

memoir adam dan hawa

tekan remote sana-sini
rancangan tak ada yang menarik sungguh.
sambil layan si kecik guling-guling.
tertekan satu channel, bukan kerana aku tak cinta
best ke drama ni.. google2 tengok adaptasi novel juga.
bestlah tu agaknya.
elok je tengok dah habis pulak.. aishh (ni mode tak tekan button info)
tak lama, rupanya ada memoir adam dan hawa
huhu rindunya.
novelnya, dramanya sumer dah pulun dulu
kisah adam dan hawa, dalam novel itu, apatah lagi
kisah kasih sayang, terpisah jarak, pertemuan dan kembara
subhanallah
begitu besar perancangan Allah
alhamdulillah, syukur
genap yang ke 5 tahun
semoga ikatan jodoh ini
berkekalan dalam lindung rahmat dan kasih sayangNya
terima kasih Allah untuk semuanya

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.